Sekarang ini drama bersiri Kampung People memang sedang hangat diperkatakan masyarakat. Ramai penonton yang terhibur melihat aksi lucu keluarga Razif yang terpaksa hidup di kawasan kampung yang dilakonkan oleh Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Riena Diana dan Kamarul Eqifshah.
Bukan itu sahaja, gaya tudung Elly Mazlein yang melakonkan watak Mona/Aminah turut menjadi perhatian ramai kerana hijabi mula meniru penggayaan selendangnya hingga menjadi tular.
Ads
Jom kita lihat gambar-gambar peminat yang meniru gaya tudung Aminah yang telah dikongsi sendiri oleh Elly Mazlein di laman instagramnya.
Kisah Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain yang terkorban tujuh tahun lalu angkara dibuli oleh enam bekas pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) cukup menyentuh jiwa. Tragis dan tidak berperikemanusiaan! Biarpun takdir sudah tertulis, budaya buli ini tidak harus dipandang ringan. Apatah lagi sampai meragut nyawa.
Ramai yang menzahirkan rasa marah, sedih dan simpati dengan kisah tersebut.
Pengacara terkenal, Dayah Bakar turut meluahkan suara hatinya di platform media sosial.
Terkesan dengan kisah Allahyarham Zulfarhan, Dayah yang merupakan isteri kepada seorang tentera iaitu Kapten Muhammad Hanif Hamidi memuat naik satu hantaran di akaun Instagramnya.
“Bullying in any kind is unacceptable. Apatah lagi sehingga meragut nyawa.
“Budaya buli tidak harus dipandang ringan. Berapa ramai lagi yang akan terus menjadi mangsa? Berapa ramai lagi pembuli mendabik dada mampu tersenyum dan berbangga?
“Say NO to bullying. May we not be them, may we not raise them. may we STOP them!”
Tegas ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, satu langkah dan pilihan kita boleh meninggalkan kesan kepada hidup seseorang.
“You can choose to be the villain or the hero, but in this matter you just need to be a human.”
Dalam hantaran yang sama, Dayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah Abu Bakar turut memuat naik satu gambar surat layang yang ditulis lapan tahun lalu dan ia kini sedang tular di media soial.
Surat tersebut dipercayai ditulis oleh seorang pelajar lelaki dikenali sebagai Muhammad Aiman Aufa yang juga rakan seuniversiti dengan Allahyarham Zulfarhan.
Semoga kisah Allahyarham Zulfarhan menjadi pengajaran buat semua seterusnya sentiasa cakna dengan isu ini.
Untuk info, Allahyarham Zulfarhan merupakan Pegawai Kadet Laut dan bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Allahyarham Zulfarhan meninggal dunia pada 1 Jun 2017 kerana dibuli dan didera sehingga menyebabkan kematian disebabkan kecederaan parah, lebam serta melecur seluruh badan. Allahyarham Zulfarhan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun Teh, Johor Bahru.
Mahkamah Rayuan menyifatkan apa yang berlaku terhadap Allahyarham Zulfarhan sebagai kes jenayah kekejaman yang paling jarang ditemui.
Al-fatihah (dibaca) buat Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bermula semalam 29 April pengguna WhatsApp di Malaysia boleh menggunakan fitur panggilan suara atau panggilan video berkumpulan hingga 8 orang. Menerusi sebuah kenyataan pemberitahuan, fitur ini telah dilancarkan untuk semua pengguna, baik di smartphone Android dan iPhone di seluruh dunia, termasuk Malaysia.
WhatsApp meningkatkan keupayaan panggilan video, dengan mempertingkatkan keupayaan panggilan video di sebabkan penggunaan panggilan video berkumpulan yang tinggi ketika wabak virus korona.
Panggilan suara atau video berkumpulan boleh memuatkan sehingga lapan peserta. Fitur ini boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana sahaja pengguna berada.
Untuk menggunakan ciri kumpulan panggilan video agak mudah. Inilah langkahnya:
Pastikan aplikasi WhatsApp di telefon yang anda gunakan adalah versi terbaru. Sekiranya tidak, kemas kini aplikasi WhatsApp anda terlebih dahulu.
Selanjutnya, pengguna boleh membuat panggilan suara atau video kepada seseorang. Pilih salah satu rakan anda untuk membuat panggilan video sebelum menjemput peserta lain.
Kemudian, jika panggilan pertama disambungkan, logo “tambahkan peserta” akan muncul di sudut kanan atas skrin untuk menambahkan lebih banyak peserta ke panggilan video, dengan sehingga lapan orang.Terdapat kaedah mudah untuk membuat panggilan video untuk satu kumpulan sekaligus. Sebagai contoh, Group WhatsApp mempunyai empat atau kurang ahli, jadi semasa membuat panggilan, ia boleh dilakukan secara serentak secara automatik.
Walau bagaimanapun, jika satu kumpulan mempunyai lebih daripada empat ahli, pengguna mesti meningkatkan jumlah peserta satu persatu untuk mencapai maksimum lapan orang.
Walaupun panggilan video kumpulan WhatsApp mampu memuatkan lapan orang, jumlah peserta masih rendah berbanding aplikasi lain.
Anda boleh menggunakan aplikasi Google Duo, aplikasi pesanan segera ini telah meningkatkan kapasiti maksimum peserta kumpulan panggilan video dari lapan hingga 12 orang. Boleh lah hilangkan kerinduan melalui video whatapp ya!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Di zaman serba moden ini, ramai di antara kita yang seperti tidak dapat berpisah dengan telefon pintar. Pasti sentiasa melekat je di tangan sehingga bateri kosong. Hmm, tabiat begitu sebenarnya tidak elok dan akan menjejaskan kualiti bateri telefon pintar.
Banyak lagi perkara sebenarnya yang akan membuatkan bateri telefon pintar anda menjadi lemah dan cepat rosak. Jadi, Hijabista ingin kongsikan tabiat yang perlu anda elakkan bagi menjaga battery health anda.
Kurangkan penggunaan powerbank. Gunakan di waktu terdesak sahaja jika perlu.
2. Jangan tunggu sehingga bateri 0% baru nak caj. Bila bateri dah low, terus je caj!
3. Sabar! Jangan guna telefon waktu sedang dicaj. Bahaya juga tau.
4. Jangan terlebih caj telefon. Pasti ramai yang membiarkan telefon dicaj sewaktu tidur hingga tidak sedar bukan?
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bukan seribu dua, tapi berjuta-juta pengikut media sosial, transisi selebriti yang kini usahawan busana Muslimah - Aurel Hermansyah, akui akhirnya temui ketenangan diri yang...