Dunia digital tanpa sempadan menyaksikan semua orang hari ini mempunyai akaun di media sosial. Tidak kiralah sama ada di facebook, instagram atau twitter dengan tujuan untuk mengetahui info atau cara berhubungan dengan kenalan yang sudah lama tidak ditemui.
Namun bagaimana jika pemilik akaun itu sudah meninggal dunia. Contohnya bagaimana dengan akaun media sosial seperti facebook untuk memastikan ia tidak lagi dilihat oleh pengguna lain. Perkongsian wanita ini Nur Aliah Mohd Nor yang memberitahu cara bagaimana untuk delete akaun facebook mereka yang sudah meninggal dunia dengan cara paling mudah.
ARTIKEL BERKAITAN: Elak Ditipu No Panggilan Yang Tidak Dikenali, Ini Cara Jejaki Lokasi Seseorang Melalui Whatsapp
Penutupan akaun ini penting bagi mengelakkan perkara tidak diingini daripada berlaku atau orang lain menggunakan akaun ini untuk kepentingan diri sendiri. Walau bagaimanapun wanita ini berpesan agar password facebook kita biar ahli keluarga tahu. Ini kerana jika berlaku apa-apa yang tak diingini, mereka boleh login facebook pemilik akaun.
Ayuh, kita lihat perkongsiannya agar jika terjadi pada ahli keluarga kita senang untuk melakukan perkara ini nanti.
Ni Cara Untuk Delete Akaun Facebook Kita Jika Kita Meninggal Dunia
Pasti ramai lagi yang tak tahu dekat facebook kita ada 1 fungsi button ni yang dinamakan sebagai ‘Legacy Contact’.
Legacy contact ni bahasa mudahnya kita lantik seorang waris kita untuk handle akaun facebook kita dan orang itu boleh tolong delete akaun facebook tersebut. Sebenarnya banyak lagi kelebihan dalam Legacy Contact ni. Nanti korang boleh baca di bahagian komen ye. Sekarang Lia cuma nak kongsikan dulu step untuk sampai ke bahagian Legacy Contact ini.
Cuma pesan Lia kalau boleh password facebook kita biar keluarga kita tahu juga ya. Kalau berlaku apa-apa yang tak diingini mereka boleh LogIn facebook kita.
ARTIKEL BERKAITAN: Takut Kena Godam Dan Gambar Tidak Berhijab Tersebar, Hijabi Perlu Tahu Keperluan Letak Password!
P/S: Boleh tengok step dekat gambar di bawah ini ye..
Step 1
Step 2
Step 3
Step 4
Silakan LIKE, #SHARE dan TAG orang yang kita sayang untuk ilmu yang bermanfaat ini.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/qJcrk3LO1FI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Adakah Kita Sempat Bertaubat Sebelum Ajal Menjemput? Bacalah Doa Ini Untuk Pinta Taubat Kepada-Nya.
Setiap daripada kita pastinya pernah melakukan dosa. Sama ada dosa besar mahupun kecil, kita sebagai manusia biasa tidak pernah lari daripada melakukan dosa dan kesilapan. Meskipun kita sudah nekad untuk tidak mengulangi dosa yang dilakukan, namun godaan syaitan itu kadang-kala melemahkan iman dan akhirnya mengajak kita untuk melakukan dosa.
Sesungguhnya ALLAH SWT itu Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani. Setiap hambanya yang melakukan dosa diwajibkan untuk bertaubat kepada-Nya supaya dapat dihapuskan segala dosa yang telah dilakukan. Kendatipun dosa yang kita lakukan itu besar, tetapi percayalag bahawa ALLAH SWT akan sentiasa mengampuni hamba-hambanya.
Pengakhiran yang baik adalah objektif utama kita sebagai umat Islam. Oleh itu, ayuhlah kita bersama-sama mengamalkan solat taubat dan doa taubat ini supaya diberi peluang untuk menjadi hambanya yang soleh!
Dalam Alquran surat an-Nisa’ ayat 17 menjelaskan tentang taubat yang akan diterima Allah SWT.
إِنَّمَا التَّوْبَةُ عَلَى اللَّهِ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السُّوءَ بِجَهَالَةٍ ثُمَّ يَتُوبُونَ مِنْ قَرِيبٍ فَأُولَٰئِكَ يَتُوبُ اللَّهُ عَلَيْهِمْ ۗ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا
Ertinya:
“Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya, dan Allah Mahamengetahui lagi Mahabijaksana.”
Sebagaimana Allah berfirman tentang Firaun:
حَتَّىٰ إِذَا أَدْرَكَهُ الْغَرَقُ قَالَ آمَنْتُ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Ertinya:
“Hingga bila Firaun itu telah hampir tenggelam, berkatalah dia, ‘saya percaya bahwa tidak ada Tuhan melainkan Rabb Yang dipercayai oleh Bani Israil dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah).”(QS Yunus: 90)
Allah berfirman, “dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan” yaitu kemaksiatan-kemaksiatan selain kekufuran, “hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan, sesungguhnya saya bertaubat sekarang, dan tidak pula (diterima taubatnya) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran bagi orang-orang itu telah kami sediakan siksa yang pedih.”
Doa Taubat:
Ya Allah, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia, kebaikan diakhirat dan lindungilah kami daripada seksa api neraka.
Ya Allah, ampunilah aku, kasihanilah aku, berilah petunjuk kepada ku selamatkanlah aku dan berilah aku rezeki.
Ya Allah, perbaikilah agamaku yang menjadi perkara paling penting padaku. Perbaikilah akhiratku yang menjadi perkara paling penting padaku, perbaikilah duniaku yang menjadi kehidupanku. Perbaikilah akhiratku yang menjadi tempat aku kembali. Jadikanlah hidup ini sebagai tambahan segala kebaikan bagiku. Jadikanlah kematian itu sebagai istirahatku daripada segala kejahatan.
Ya Allah, sungguh aku banyak menganiayai diriku sendiri. Tiada lain yang dapat mengampuni dosa-dosaku, kecuali engkau, ya Allah. Maka ampunilah aku dengan keampunan yang langsung datang daripada Mu. Kasihanilah aku, ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, kebodohanku, dan keterlampauanku dalam apa yang aku kerjakan, dan apa sahaja yang Engkau lebih ketahui daripada diriku sendiri.
Ya Allah,ampunilah segala kesalahanku yang datang daripada kesungguhanku dan daripada senda gurauku, dan daripada apa yang aku tidak sengaja dan daripada sengajaku dan segala sesuatu yang datang daripadaku.
Ya Allah, ampunilah kesalahan-kesalahanku yang lalu, dan yang akan datang, yang aku rahsiakan dan yang aku pamerkan dan segala sesuatu yang engkau lebih ketahui daripada diriku sendiri. Engkaulah yang maha mendahulukan dan maha mengakhirkan dan Engkau maha berkuasa atas segala-galanya.
Ya Allah, kepada Mu kuserahkan diriku, kepada-Mu aku beriman, kepadaMu aku serahkan segala urusan ku, dengan bantuan Mu aku berjuang, kepada Mu aku merujuk berkaitan hukum-hakam. Maka ampunilah kesalahan-kesalahanku yang lalu dan yang akan datang, yang aku rahsiakan dan yang aku pamerkan. Engkau yang maha mendahulukan dan maha mengakhirkan, tiada Tuhan melainkan engkau. Tiada upaya, melainkan dengan pertolongan allah.
Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu sebaik-baik yang diminta oleh Nabi Muhammad. Dan lindungi aku daripada apa yang Nabi Muhammad minta perlindungan daripada Mu. Engkaulah tempat meminta bantuan dan engkaulah yang memberikan kecukupan. Dan tiada daya, tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah.
Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu, segala yang mendatangkan rahmat daripada-Mu, segala yang menyebabkan pengampunan-Mu, yang menyebabkan terselamat dari semua dosa, yang menyebabkan mendapatnya semua kebaikan, berbahagianya dengan syurga dan terselamatnya dari api neraka.
Semoga ALLAH SWT membuka pintu hati kita untuk bertaubat dan menerima taubat yang kita lakukan supaya dapat memasuki syurga-Nya. InsyaAllah Amin YRB. Selamat beramal!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bolehkah Wanita Dalam Hadas Ambil Wuduk Sebelum Tidur
Allah SWT mensyariatkan wuduk bagi mengangkat hadas bagi seseorang yang ingin melaksanakan ibadah yang tertentu seperti memegang mushaf al-Quran, solat, tawaf dan seumpamanya. Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib.
(Surah al-Maidah: 6)
Disamping itu, Rasulullah SAW juga menganjurkan umatnya supaya mengambil wuduk pada situasi bukan ibadah seperti untuk tidur, makan, berada dalam keadaan marah dan sebagainya. Hal ini disebutkan Sheikh Abdullah Ibn Abd al-Rahman Bafadil al-Hadramiy di dalam kitab al-Muqaddimah al-Hadramiyyah, dengan berkata:
Maksudnya: Bahawa disunatkan untuk mengambil wuduk bagi sesiapa yang berbekam, hidung berdarah, mengantuk, tidur yang tetap punggungnya, muntah, batuk di dalam solat, memakan sesuatu yang dibakar dengan api, memakan daging unta, syak tentang hadas, ghibah, mengumpat, berdusta, mengeji orang lain, mengungkap perkataan yang teruk, marah, ingin tidur, membaca al-Quran dan hadith, berzikir, duduk di dalam masjid, melintasi masjid, mempelajari ilmu, menziarahi kubur, mengusung mayat dan menyentuhnya. (Rujuk al-Muqaddimah al-Hadramiyyah: 37)
Begitu juga dalam satu hadith yang diriwayatkan daripada al-Bara’ bin ‘Azib RAnhuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Apabila kamu pergi ke tempat tidur kamu, maka hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk kamu untuk mendirikan solat, kemudian berbaringlah di lambung sebelah kananmu.
Riwayat al-Bukhari (247) dan Muslim (2710)
Hukum mengambil wuduk sebelum tidur adalah sunat. Bahkan, ia merupakan satu tuntutan bagi seseorang yang dalam keadaan berjunub sebelum dia tidur. Ini kerana Rasulullah SAW sendiri mengambil wuduk ketika Baginda SAW ingin tidur atau makan dalam keadaan Baginda SAW masih berjunub. Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah RAnha, bahawa beliau berkata:
Maksudnya: Bahawasanya Rasulullah SAW jika sekiranya berada dalam keadaan berjunub dan Baginda SAW ingin untuk makan atau tidur, maka Baginda SAW akan mengambil wuduk seperti wuduk yang diambil untuk solat.
Hadith riwayat Muslim: (305)
Ibn Rajab al-Hanbali ketika mensyarahkan hadith ini dalam kitabnya Fath al-Bari dengan berkata, ramai dalam kalangan para ulama berpendapat bahawa apabila seseorang yang berjunub hendak tidur (tanpa mandi wajib), maka hendaklah dia membasuh kemaluannya dan berwuduk. (Rujuk Fath al-Bari Li Ibn Rajab, 1:357)
Mengambil wuduk bagi orang yang berjunub tidak mengangkat hadas, namun ia meringankannya. Ini kerana Rasulullah SAW memberitahu bahawa malaikat rahmat tidak akan mendekati sesiapa yang tidak mandi atau berwuduk ketika dia berhadas besar. Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Tiga perkara yang tidak didekati oleh malaikat iaitu mayat orang kafir, orang yang berlumuran wangian khaluq, dan orang yang berjunub kecuali jika dia mengambil wuduk.
Hadith riwayat Abu Dawud: (4180)
.
Walaubagaimanapun, para ulama’ membezakan antara orang yang berjunub dengan orang yang berada dalam keadaan haid dan nifas. Hal ini kerana haid dan nifas merupakan hadas yang berpanjangan dan tidak terangkat dengan mandi wajib, jika sekiranya masih dalam tempoh haid dan nifas tersebut. Manakala orang yang berjunub, maka hadasnya akan terangkat dengan mandi wajib. Oleh itu, disunatkan berwuduk hanya kepada orang yang berjunub dan tidak bagi wanita yang dalam keadaan haid dan nifas.
Selain itu juga, syarat untuk berwuduk pula hendaklah suci daripada haid dan nifas. Justeru, seseorang wanita yang dalam keadaan haid dan nifas tidak sah jika dia mengambil wuduk, kerana tidak cukup syarat wuduk tersebut. (Rujuk Busyra al-Karim Syarh Masail al-Taalim: 99)
Dalam hal ini, Imam al-Syirazi dalam kitabnya al-Muhazzab fi Fiqh al-Imam al-Syafi’ie menyebutkan bahawa:
Maksudnya: Jika sekiranya seseorang wanita itu berada dalam keadaan haid, maka haram baginya untuk melakukan perbuatan bersuci (toharah). Ini kerana datangnya haid akan mewajibkan wanita tersebut bersuci. Apa yang mewajibkan seseorang itu bersuci maka ia menghalang sahnya perbuatan bersuci tersebut selagimana masih dalam keadaan demikian, seperti ketika membuang air kecil. (Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 2:382)
Imam al-Nawawi menukilkan daripada kitab Musykilat al-Muhazzab dalam mensyarahkan petikan teks di atas menerangkan bahawa yang dimaksudkan dengan haramnya seorang wanita untuk bersuci, mempunyai dua tafsiran:
- Pertama: Makna haram yang dimaksudkan di sini ialah tidak sah jika wanita tersebut bersuci.
- Kedua: Haram dan berdosa jika sekiranya dia bersuci dengan berniat ianya sebagai satu ibadah (ta’abbud), dalam keadaan dia sudah tahu bahawa perbuatan tersebut tidak sah. Maka, dalam keadaan tersebut, maka dia berdosa kerana mempermain-mainkan ibadah. Imam al-Nawawi menyebut bahawa tafsiran ini merupakan yang sahih. (Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 2:382)
Walabagaimanapun, dalam situasi saudari yang bertanya, jika sekiranya mengambil wuduk bukan dengan niat untuk mengangkat hadas atau ibadah (ta’abbud), seperti berniat untuk membersihkan diri dan menyejukkan badan sahaja (tabarrud) contohnya, maka perbuatan tersebut tidaklah berdosa. Hal ini seperti yang disebut oleh Imam al-Nawawi dengan berkata:
Maksudnya: Adapun sekiranya sekadar melalukan air di atas anggota-anggota wuduk tanpa niat ibadah, maka tidak berdos dengan perbuatan tersebut, tanpa khilaf. (Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 2:382)
Hal ini kerana ia boleh diqiaskan dengan perbuatan bersuci sunat yang lain, yang diniatkan bukan untuk ibadah dan mengangkat hadas seperti mandi sunat bagi wanita haid untuk berihram, berwuquf dan melontar jamrah. Dalam hal ini, Imam al-Nawawi menyebutkan bahawa:
Maksudnya: Adapun perbuatan bersuci yang sunat dengan niat untuk membersihkan diri, seperti mandi untuk berihram, berwuquf dan melontar jamrah, maka ia disunatkan bagi seseorang wanita yang haid, tanpa khilaf. (Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 2:382)
.
Disamping itu juga, Imam al-Nawawi menyebutkan sepakat para ulama Syafi’iyyah bahawa tidak disunatkan untuk wanita yang didatangi haid dan nifas untuk mengambil wuduk. Namun jika haid sudah berhenti, maka keadaannya sama seperti orang yang berjunub dan disunatkan baginya untuk berwuduk. Beliau RA berkata:
Maksudnya: Para ulama’ Syafi’iyyah bersepakat bahawa tidak disunatkan wuduk bagi wanita yang didatangi haid dan nifas (iaitu wuduk sebelum tidur). Hal ini kerana wuduk tidak memberi kesan kepada hadas kedua-duanya. Namun, jika sekiranya haid telah terhenti, maka ia menjadi seperti keadaan orang yang berjunub (iaitu disunatkan untuk berwuduk). (Rujuk al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 3:218)
KESIMPULAN
Berdasarkan perbincangan dan perbahasan di atas, kami menyimpulkan bahawa hukum seseorang wanita yang didatangi haid dan nifas mengambil wuduk adalah tidak sah dan haram serta berdosa jika sekiranya dia berniat ta’abud dan mengangkat hadas. Ini kerana wuduk tersebut tidak memberi kesan kepada hadas kedua-duanya dan dikhuatiri membawa kepada perbuatan mempermain-mainkan ibadah.
Oleh itu, jika sekiranya ingin melakukan hal kebiasaan dengan berwuduk sebelum tidur, maka hendaklah berniat sekadar untuk membersihkan diri dan menyejukkan badan, maka hal tersebut adalah diharuskan. Begitu juga, jika sekiranya haid sudah berhenti, maka keadaannya sama seperti orang yang berjunub, justeru disunatkan untuk mengambil wuduk dan diwajibkan untuk mandi. Moga-moga dengan perbuatan yang mengikut panduan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW dalam menyucikan diri tersebut mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT. InshaAllah.
WaAllahu a’lam.
Sumber kredit: Mufti Wilayah Persekutuan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lebih 20 Tahun Naila Hassan, Supritendan Polis New Zealand Sorokkan Status Sebagai Wanita Muslim
Kejadian serangan yang terjadi pada hari Jumaat lalu di masjid ketika umat Islam hendak menunaikan solat Jumaat di Christschurch, New Zealand sememangnya mengejutkan seluruh dunia dan pastinya umat Islam yang paling terkesan dengan kejadian ini.
Bukan itu sahaja, masyarakat dunia juga turut mengecam tindakan keji oleh pengganas terbabit dan berharap dia bakal dikenakan hukuman yang selayaknya. Turut menerima perhatian dunia ialah seorang polis wanita muslim dan berpangkat tertinggi di New Zealand iaitu Superintendan Naila Hassan.
Diberi peluang berucap, beliau telah meluahkan rasa bangganya menjadi seorang wanita muslim dan juga seorang yang mempunyai pangkat yang tinggi sebagai pegawai polis New Zealand.
Sebak ketika bersuara, jelasnya, pihak berkuasa akan menjalankan siasatan dengan tegas dan meminta orang ramai supaya sentiasa berjaga-jaga demi menjamin keselamatan komuniti di sana. Beliau juga turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada polis dunia kerana memberikan bantuan dalam kes ini.
20 tahun sorokkan status sebagai seorang muslim.
Bayangkan menghabiskan dua dekad pertama kerjaya anda dengan menyembunyikan sebahagian daripada siapa anda.
Itulah kenyataan daripadanya. Awalnya, ia adalah mengenai “kesesuaian” dan menjadi seperti orang lain.
Sebagai komander bagi daerah Counties Manukau West, peranan Naila melibatkan pengawasan kepolisian di pinggiran Auckland selatan Māngere, Ōtāhuhu dan Papatoetoe.
Hinggalah pada tahun 2012, beliau akhirnya menyedari kepentingan kepelbagaian dalam unit polis.
Beliau yang berasal daripada Pakistan ini sebenarnya baru sahaja dinaikkan pangkat, iaitu antara salah seorang wanita Islam pertama yang berjaya mendapatkannya di New Zealand.
“Pasukan MPES [Maori, Pasifik, etnik] kami di ibu pejabat ingin meraikannya, untuk mempunyai pemimpin masyarakat, tetapi saya sebenarnya menolaknya, saya tidak mahu melihat sebagai untuk kepentingan saya sendiri,” katanya.
Tidak lama kemudian dia diketepikan oleh Timbalan Pesuruhjaya Mike Clement, yang kemudian menjadi pegawai komander polis City Auckland.
“Beliau memberitahu saya, ia bukan lagi mengenai Naila, ini adalah tentang pemodelan peranan saya di polis New Zealand.”
Naila dan kakitangan lain kerap bertemu dengan para pemimpin, bersama dengan masyarakat etnik lain.
“Kita perlu menggambarkan komuniti kita, lebih baik melibatkan mereka dan mereka akan mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang lebih baik kepada kita.”
Beberapa perubahan kepada nilai-nilai polis telah dibawa oleh Pesuruhjaya Mike Bush.
Pada akhir tahun 2014, satu nilai polis telah ditambah kepada sistem nilai polis sedia ada iaitu “menghargai kepelbagaian dan empati”.
Kata Naila, ia bukan sahaja mengenai kepelbagaian etnik, tetapi juga kepelbagaian pemikiran yang digalakkan.
“Kami kini menggalakkan rekrut untuk berfikir secara berbeza. Kami mahu menjadi inovatif dan berfikir secara berbeza dengan apa yang telah kami lakukan pada masa lalu.”
Naila berkata pemikiran yang pelbagai juga boleh melalui dikecapi melalui pengalaman umur, jantina dan kehidupan.
Selain itu, Naila juga mahukan seluruh komuniti Islam dan juga Chrischurch untuk tahu yang mereka (polis) akan sentiasa bersama komuniti-komuniti tersebut, berkongsi suka duka dan akan melakukan sehabis boleh bagi membantu.
kredit: North Shore, Facebook New Zealand Police, Rodney & West Auckland Police, stuff.co.nz
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI