Beberapa hari yang lalu, viral di media sosial tentang video Faiz Roslan yang mengaku dirinya tidak berpuasa dan juga tidak menunaikan solat 5 waktu. Allahuakbar, begitu berani anak muda masa kini membuat pengakuan sebegitu secara terang-terangan.
Kronologi bermula apabila Faiz Roslan memuat naik video parodi bersama dua orang rakannya yang dengan aksi yang tidak senonoh. Video itu meraih perhatian ustaz-ustaz, netizen dan juga para selebriti tempatan. Rata-rata menyatakan bahawa Faiz dan rakan-rakannya itu seakan tidak menghormati bulan Ramadan yang baru sahaja bermula.
Terkini, viral pula video ‘live’nya di mana dia mengaku tidak berpuasa. Malah, salah seorang rakannya juga sedang enak menikmati kentang goreng yang dibeli di salah satu restoran makanan segera.
Berikutan hal ini, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri telah menegur perbuatan Faiz dan rakan-rakannya itu. Ekoran video tersebut, akaun Instagram milik Faiz juga dikatakan telah ‘dipadamkan’ oleh pihak Instagram sendiri.
Teguran Mufti Wilayah Persekutuan ini begitu sopan dan berhemah hingga meresap ke dalam jiwa. Malah, Dr. Zulkifli juga turut menjemput Faiz Roslan dan rakan-rakannya untuk hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Malah, Mufti juga mengharap dan menunggu balasan daripada Faiz Roslan sendiri.
Sebagai seorang dewasa, anda di luar sana tentu tahu menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Sempena bulan Ramadan ini, usahlah kita bertengkar sesama sendiri. Lebih baik kita tumpukan pada amalan-amalan kebaikan yang boleh menjana pahala. Ini isi kandungan teguran Mufti Wilayah Persekutuan terhadap Faiz Roslan. Semoga yang baik dijadikan tauladan dan yang tidak baik dijadikan sempadan.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan,
Aras 5, Kompleks Islam Putrajaya Blok D,
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, WP Putrajaya.
Saudara Faiz boleh berhubung melalui Setiausaha Mufti di talian 03-88709104 ATAU Ustaz Muhammad di talian 017-2559506. Saya menanti balasan daripada saudara Faiz. Semoga ada penyelesaiannya bagi isu-isu yang berbangkit.
Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan