Setiap orang itu ada personaliti dan perwatakan berbeza tak sama dengan yang lain. Begitu jugalah dengan sikap kita yang boleh dikaitkan dengan kedudukan kita dalam bilangan adik beradik.
Jika bercakap mengenai anak sulung, mesti ramai akan fikir mereka ini seorang yang tegas dan garang kan sebab kebiasaannya mereka ini ada sikap yang begitu. Betul ke ni ? Di twitter, @Humanxsick telah berkongsikan ciri-ciri yang biasanya ada pada anak sulung.
Tegas dan menakutkan ?
Perangai ‘kakak-kakak’ atau ‘abang-abang’ itu mesti ada…
Pandai nyorokkan kesedihan…
Bertanggungjawab tapi degil jugak!
Lepas baca ni, mesti kita boleh kaitkan semua ciri-ciri ini dengan anak sulung yang kita kenal dalam hidup kita. Jadi, jangan peliklah jika ada sahabat anda yang ada watak begini. Memang lumrah anak pertamalah katakan. Yang penting, hatinya haruslah baik tau!
kredit : twitter @Humanxsick
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Teruja Main ‘Add Yours Challenge’, Tanpa Sedar Data Kita Dicuri Hingga Lesap Duit!
Sekarang ini memang tengah tular dengan trend ‘Add Yours Challenge’ di laman Instagram. Masing-masing teruja untuk menyertainya seperti memuat naik gambar pusat pengajian mereka dahulu, gambar pasangan mereka dan sebagainya.
Sememangnya seronok apabila dapat berkongsi dengan orang ramai namun perlu diingatkan bahawa tanpa kita sedari ada individu yang tidak bertanggungjawab boleh mencuri data kita daripada cabaran tersebut.
Nampak macam remeh namun sebenarnya ada di antara kita yang datanya sudah dicuri hingga lesap duit di dalam akaun!
Di Facebook, akaun OMG Hackers turut memberi peringatan kepada semua agar jangan sewenang-wenangnya memberi data kepada orang asing. Walaupun nampak menyeronokkan, namun ia mampu memberikan suatu risiko buruk buat diri kita tanpa diketahui.
Ramai yang menjadikan tarikh lahir diri dan keluarga sebagai kata laluan peribadi. Hati-hati ya sis!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jom Atasi Insomnia Dengan ‘Military Method’ Ni! Hanya Dua Minit Je Pasti Berdengkur
Pernah tak hijabi mengalami masalah susah nak tidur? Susah tidur atau insomnia merupakan masalah yang paling biasa bagi kebanyakan orang. Ia disebabkan oleh tekanan, gaya hidup yang tidak seimbang, ataupun masalah emosi.
Bagi hijabi yang mengalami insomnia atau gangguan tidur pasti tahu betapa terseksanya memaksa diri untuk tidur setiap malam. Bahkan di Malaysia, kajian menunjukkan 89% masyarakat mengalami insomnia.
Terdapat pelbagai cara untuk merawat masalah insomnia ini seperti pastikan bilik tidur anda berada pada suhu yang betul, elakkan cahaya dan bebas dari bunyi bising. Tetapi kalau hijabi dan cuba kaedah ini tapi masih tidak berkesan, jangan risau. Hijabista ada cara yang lebih cepat dan berkesan untuk dicuba!
Artikel berkaitan: Kerap Hadapi ‘Insomnia’ Walaupun Penat? Cuba Amalkan Doa Anjuran Rasulullah Ini!
Teknik ketenteraan, tidur dalam masa 2 minit!
Melalui video yang dimuat naik seorang pakar kecergasan di laman Tiktok; @justin_agustin, dia telah berkongsi teknik ‘ketenteraan’ untuk lelap dengan hanya 2 minit!
Teknik ketenteraan untuk tertidur dalam masa 2 minit ini memerlukan langkah menggambarkan senario yang tenang untuk mengosongkan fikiran anda dan menghilangkan tekanan tambahan dari fikiran anda.
Difahamkan, teknik tersebut digunakan oleh tentera ketika mereka cuba mendapatkan tidur yang cepat dan nyenyak. Ia dikatakan dicipta oleh pegawai tentera yang sangat mementingkan prestasi pasukannya.
Keletihan dan kurang tidur membawa kepada kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang askar yang baik, jadi dia telah mencipta teknik tersebut yang ternyata berkesan dalam 96% kes selepas 6 minggu ujian. Wah, jom kita terokai teknik tersebut!
#1 Mulakan dengan merehatkan otot di dahi.
Hijabi perlu kendurkan otot muka, termasuk lidah, rahang dan otot di sekeliling mata serta fokus kepada pernafasan anda.
#2 Turun ke leher dan bahu.
Pastikan bahu anda tidak menegang. Jatuhkan bahu serendah yang boleh dan biarkan lengan serta jari berasa longgar.
#3 Bayangkan sensasi hangat bergerak dari kepala ke hujung jari tangan. Kemudian bergerak dari paha hingga ke hujung jari kaki.
#4 Tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan.
Pastikan anda kendurkan otot dada, perut, turun ke paha, lutut dan kaki.
#5 Kosongkan fikiran
Akhir sekali, hijabi perlu kosongkan fikiran selama 10 saat sebelum ‘membayangkan’ salah satu senario yang tenang.
Antara senario yang hijabi boleh bayangkan adalah:
- Berbaring di dalam sampan di tasik yang tenang dengan langit biru jernih di atas kamu.
- Berbaring di buaian baldu hitam di dalam bilik yang gelap gelita.
- Berkata “jangan fikir, jangan fikir, jangan fikir” kepada diri sendiri berulang kali selama kira-kira 10 saat.
Banyak kesan buruk insomnia seperti imuniti yang lemah, tekanan darah tinggi masalah ingatan, dan penambahan berat badan. Jadi jangan ambil risiko dan cuba dahulu teknik di atas. Penulis berharap teknik ketenteraan ini membantu anda tidur dengan lebih cepat dan dapat masa rehat yang lebih lama!
Artikel berkaitan: Jangka Waktu Dan Corak Tidur Yang Ideal Untuk Peringkat Umur, Seiring Dengan Peningkatan Usia
Sumber: TikTok @justin_agustin
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Memang Suka Buat Mama Menangis” – Anzalna Nasir Menghadiahkan Ibu Seutas Rantai
Baru-baru ini, pelakon jelita Anzalna Nasir atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir menyumbang seutas rantai leher bernilai RM120,000 yang menarik perhatian ramai.
Menerusi mesej yang dimuat naik oleh Anzalna di laman TikTok miliknya, dia sekeluarga mengunjungi sebuah kedai emas yang besar dan menyatakan hasrat untuk membeli rantai tersebut untuk ibu tercinta.
Artikel Berkaitan : “Setiap Kali Berbalah, Tolak Ego Ke Tepi..” Anzalna Nasir Kongsi Tips Kekal Bahagia Bersama Pasangan
Rantai leher yang dibeli aktres berusia 35 tahun itu dikatakan mempunyai campuran emas seberat lebih 50 gram dan set berlian seberat lebih 12 karat.
@anzalnanasir @HABIB Jewels #FYP ♬ Syurga Di Telapak Kaki Ibu – Aishah
Bukan itu sahaja, rata-rata netizen ke ruangan komen, turut sebak kerana Anzalna menghargai jasa ibunya yang sanggup berbelanja besar demi menggembirakan orang tersayang.
Dalam pada itu, ramai yang merakamkan penghargaan atas pemberian Anzalna kepada ibunya, yakin anak yang sentiasa mengatasi ibu bapanya pasti melimpah ruah pada masa hadapan.
Artikel Berkaitan : Mulianya Hati Anzalna! Tak Lokek Kongsi Rezeki Dengan Golongan Susah Raih Pujian Netizen!
Sementara itu, rata-rata orang yang melalui kaunter memuji sikap ibu kepada dua anak itu dan mendoakan agar rezekinya sentiasa diluaskan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI