Memang sedih apabila perpisahan yang berlaku dalam sesebuah rumah tangga. Rumah tangga yang dibina akhirnya runtuh di tengah jalan. Mengharapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Lebih memilukan apabila sesebuah rumah tangga itu musnah angkara orang ketiga.
Berikut catatan Ebit Lew untuk dijadikan panduan bersama.
Sedih pilu menangis sangat bila terbaca kisah sesiapa ceraikan isteri sedang mengandung untuk berkahwin lain. Cuba bayangkan kita diuji mak ayah kita bercerai kini. Apa perasaan kita. Jika kita dah tua ini rasa begitu. Bagaimana satu hari nanti anak yang tak tahu apa-apa itu nak faham.
Hadiah paling mahal ibubapa kepada anaknya ialah didikan agama dan contoh kasih sayang keduanya. Saya berdoa Allah selamatkan rumahtangga ini semua rumahtangga kita semua. Janganlah bina mahligai bahagia atas tangisan air mata isteri yang kita nikahi dan cintai serta tangisan anak-anak.
Selalu dakwah anak muda di jalanan dan wajah anak sedih di sekolah-sekolah. Maaf sangat, selalu bila saya jumpa dari keluarga yang bercerai berai. Buat yang telah diuji teruskanlah kuat yer. Kita ada Allah. Jadikanlah musibah itu buat kita dekat dengan Allah.
ISTERI AMANAH ALLAH KEPADA SUAMI
Semoga Allah selamatkan kita semua dari hati yang mati. Hidupkan jiwa kami semua dengan takwa. Doakan yang baik jer untuk semua.
Satu jer nak cakap untuk ingatan diri sendiri dan semua. Isteri ini amanah Allah. Untuk kita pimpin dan bimbing masuk syurga. Bukan kita suka kita jaga. Tak suka ceraikan. Lainlah beliau ada lelaki lain. Kita mulia dan manusia sebaik-baik kejadian..kita sayang kerana Allah..walau banyak kekurangan kita tampung dan bina sama-sama untuk redha Allah. Lihat isteri…kenangkanlah ibu kita..kenangkan anak perempuan kita..kenangkanlah..
Ads
Saya ingat seorang kawan saya baru kahwin jumpa ustaz. Ustaz, isteri saya baik, rajin,solehah, semua kerja rumah dia buat,senyum jer..sempurna..bestkan ustaz?
Ustaz jawab secara berfikir. Isteri kamu ahli syurga insyaAllah..tapi kamu belum lagi. Kamu mungkin masuk neraka..
Kenapa pula ustaz. Dah semua isteri kamu buat. Kamu buat apa? Dah kahwin terus nak jadi raja. Muda-muda dah malas.
Bahagia itu bila kita yang memberi. Bukan tuntut hak dari pasangan..dalam kata lain saling bantu membantu dan bertolak ansur..
Pernah ada seorang suami jumpa saya. Dia nak ceraikan isterinya. Dalam perjalanan nak bercerai. Masing-masing tak nampak baik satu sama lain. Allah sayang dia uji kita. Carilah niat awal kita kahwin. Kita kahwin nak dapat redha Allah. Bimbing dan pimpin masuk syurga. Kahwin bukan untuk dapat apa yang kita nak tapi tunaikan apa yang Allah nak..nikah itu amanah Allah.
Ads
Tapi ustaz,isteri saya degil. Malas. Tak pernah nak ambil hati saya. Tak layan saya. Selalu tolak saya….dia senaraikan buruk isteri dia..
DIDIK ISTERI DEKATKAN DIRI DENGAN AGAMA
Abang kan ketua keluarga. Ada bawa isteri belajar agama? Ada buat Taklim rumah? Ada solat tahajud sama-sama? Ada doakan isteri setiap malam? Ada baca Al-Quran sama-sama? Ada mengorat pujuk dia dekat dengan Allah..wah abang,dulu cantik lawa menawan sexy semualah. Eh, tiba-tiba hari ni baru sedar segala kekurangan pasangan. Kurang saya di mana? Dah lama-lama baru cakap tipu jer semua tu? Doa pada Allah, dan tanya diri kita sebenarnya apa kita nak dalam hidup kita? Cubalah tanya?
Semua takde ustaz..sekurang-kurang abang dah buat semua tu jika masih tak berubah barulah fikir yang lain-lain. Ini tak pernah bawa berada di jalan Allah pun lagi..
Ads
Baik ustaz..
Dia bawa isteri datang keluargasunnah. Sehari dalam keluargasunnah. Lepas tu bawa isteri 3 hari belajar iman. Mula buat taklim rumah. Mula makan dalam dulang berjemaah. Mula sama-sama dekat diri pada Allah..Didik isteri anak solat..bagi masa untuk keluarga..
Jumpa saya semula kata,ustaz hidup kami dah bahagia. Baru saya rasa kahwin setelah sekian lama. Kalau tahu dari mula kahwin ajak belajar agama. Belajar iman. Dekat pada Allah. Makan suap-suap. Kerana sunnah semua ajaib..Ajaibkan ustaz..
BIMBING DAN PIMPIN ISTERI
Wanita ini boleh jadi paling lembut dan menyejukkan membahagiakan. Wanita juga boleh jadi paling keras dan teramat menyakitkan.
Suami tak boleh ler jadi macam wanita juga nak menangis dan menjerit tak tentu pasal. Mereka melengkapkan kita. Sebab tu kita lelaki. Sebab tu kita lelaki..Dalam Al-Quran kata ‘ArRijal’ Ar Rijal..Ar Rijal..Allah puji ‘lelaki’. Tugas kita bertenang dan pimpin isteri kita kerana Allah sampai syurga.
Selamatkan diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka…Memang lelaki dijadikan ketua maksudnya memimpin. Wanita ialah tunjang utama keluarga..Dakwah dengan kasih sayang dan kelembutan pujuk rayu. Malam menangis di depan Allah. Al-Quran puji pengorbanan wanita dan Islam sangat menjaga hak wanita. Setiap lelaki dilahirkan dari perut seorang ibu.
Sumber kredit: Ebit Lew
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sejak awal tahun lalu, laman sosial dilihat dilihat dibanjiri dengan hantaran selebriti-selebriti Malaysia yang teruja menjadi tetamu Allah bersama keluarga mahupun pasangan masing-masing.
Namun, lain pula bagi selebriti jelita yang satu ini, Fatimah Rohani Ismail atau lebih dikenali sebagai Emma Maembong apabila kelibatnya bersama suami dan anak kini terlihat berada di tanah suci, Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.
Tindakan Emma yang tidak mewar-warkan perkara tersebut di media sosial telah menjadi bualan ramai, sekaligus meraih pujian di kalangan peminat dan warganet.
Perkara tersebut menjadi tular apabila terdapat jemaah yang turut berada di tanah suci memuatnaik sebuah video menerusi akaun pengguna TikTok @zairachematt, memaparkan pelakon filem ‘Kimchi Untuk Awak’ itu sedang mendukung anaknya sewaktu berada di Madinah.
Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada hantaran video tersebut dan rata-rata warganet menghamburkan pujian diatas tindakan Emma Maembong yang secara senyap melakukan ibadah dan kebaikan.
Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan netizen dan mencuri perhatian Hijabista.
“Dia dah pergi senyap2..Tapi orang pulak tolong hebohkan. Mujurlah benda baik”
“Senyap2 je g umrah rupanya. Allahuakbar semoga mendapat umrah yang mabrur”
“Bagus cara Emma..Tak perlu heboh pun..Tau2 da sampai sana. Alhamdulillah moga kita semua pun dapat jejak ke sana..”
“Owh patut la dalam live 2 hari lepas cakap tak live 2 minggu..Senyap2 je dia g umrah..Humble betul..Semoga mendapat umrah yang mabrur” tulis wargamaya.
Selain itu, Hijabista juga sempat meninjau laman Instagram milik pelakon itu dan mendapati, Emma Maembong ada berkongsikan perkembangan terbaharunya, dengan memuat naik beberapa rakaman video dirinya dan keluarga ketika berada di Tanah Suci bersama suami dan anak.
Sekadar info, antara beberapa selebriti terkenal tanahair yang telah pergi mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini adalah Intan Najuwa, Zizi Kirana, Puteri Sarah Liyana, Fasha Sandha, Chacha Maembong, Zul Ariffin dan ramai lagi.
Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh barakah dan hikmah, jadi pada bulan yang paling mulia dan penuh ganjaran ini, ramai diantara umat Islam berlumba-lumba mengutip dan mencari pahala demi mendapat keredhaan yang maha esa.
Begitu juga dengan perihal anak gadis kepada aktor Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang tampil berbeza demi menghormati bulan Ramadan sekaligus menyahut seruan rakan-rakanya untuk berhijab ketika keluar bersiar-siar di khalayak umum.
Leona Akur Disuruh Rakan-Rakan Untuk Tampil Berhijab
Perkongsian Leona menerusi laman TikTok miliknya baru-baru ini telah meraih pujian netizen apabila Leona dilihat begitu sopan dan berbeza ketika mengenakan hijab sewaktu bersiar-siar bersama rakannya yang lain.
Menerusi hantaran itu, dapat dilihat Leona yang tampil lebih manis dan menawan mengenakan hijab berona kuning air sambil memakai baju sejuk lengkap hoodie berwarna merah jambu lembut.
Dalam perkongsian sama, gadis berusia 21 tahun itu juga sempat menitipkan ucapan salam Ramadan yang ditujukan khas buat para pengikutnya di aplikasi berkenaan.
“Kawan-kawan menyuruh saya untuk memakai tudung di khalayak ramai. Salam Ramadan,” tulis Leona ringkas pada ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Cantik Sangat Semoga Istiqamah Leona! – Netizen
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen untuk melihat maklum balas netizen terhadap perubahan positif yang ditampilkan Leona khususnya di bulan mulia ini.
Rata-rata wargamaya memberi respon menyokong bahawa Leona lebih jelita dan menawan apabila mengenakan Hijab. Malah, ramai yang mahu Leona untuk terus menjaga penampilannya agar dapat berhijrah menjadi lebih baik selari dengan apa yang dituntut oleh agama Islam.
Dalam pada itu, netizen turut meminta Leona agar terus berkawan dengan rakan-rakan yang memberikan pengaruh baik seperti ini yang sering menegur di saat kita lalai dan terleka dengan dunia.
Sekadar info, sehingga kini, video tersebut berjaya meraih lebih 700,000 kali tontonan dan mendapat lebih 100,000 tanda suka daripada warganet selepas sehari dimuat naik dalam aplikasi tersebut.
Terdahulu nama Leona sering mendapat perhatian dan menjadi bualan wargamaya di media sosial ekoran penampilannya yang terlampau seksi dan ‘mencolok mata’ sehingga mencetuskan kritikan, rasa kurang senang dan cemuhan orang ramai.
Gempa bumi yang teruk melanda Turkiye dan Syria telah mendapat perhatian negara luar untuk datang membantu rakyat di sana. Bahkan, ramai juga sukarelawan dari Malaysia yang turut datang memberi bantuan.
Aktivis Farah Lee menghuraikan rasa sebak apabila melihat sendiri perjumpaan jenazah bayi yang masih cukup sihat di bawah runtuhan bangunan kediaman tujuh tingkat di Nurdag, Gaziantep.
‘Tak Dapat Bayangkan Keperitan Mereka’ – Farah Lee
Tidak menafikan, Farah Lee menzahirkan rasa sebak dan sedih melihat keadaan tanah runtuh di sana. Katanya, ibu kepada jenazah bayi tersebut terkilan jika pasukan penyelamat bertindak cepat mungkin anaknya masih hidup.
Aktivis serta pempengaruh itu juga akui ini merupakan satu misi yang sangat sukar baginya. Dia juga meminta doa serta sumbangan kepada orang ramai demi memabntu mereka.
“I did not wish to experience this but yeah terjadi depan mata. Di runtuhan yang sama khabarnya juga ada mangsa yang dijumpai masih hidup walau selepas 7 hari,
“Juga ada baby yang meninggal masih cukup sifat, meraung ibunya masa jumpa tu. Katanya kalau rescue team cepat, mungkin anaknya masih hidup. Allah Allah,
“Writing this pun dah sebak. I cannot imagine. The hardest mission I’ve ever experienced. Give them strength ya Rabb, give us strength ya Allah.” tulisnya.
Farah Lee juga memuatnaik satu video berdurasi 3 minit tentang perjalanan mereka di sana. Semua yang terakam sangat mensyahdukan dan ada juga wargamaya perasan keadaannya yang tampak sedikit pucat dan sakit.
“Moga dipermudahkan segala urusan kalian semua disana, jaga diri,
“Moga dipermudahkan segala urusan kalian di sana!” komen wargamaya supaya Farah dan pasukan jaga juga kesihatan mereka di sana.
Sekadar info, badan kebajikan milik Farah Lee dan FL.Childrity bersama lain-lain badan kebajikan bukan kerajaan (NGO) Malaysia sedang menjalankan misi bantuan di Turkiye dan Syria akibat gempa bumi yang berlaku di sana selama 14 hari.
Dipilih Penyanyi Wanita Malaysia Terbabit Dalam Konsert Udit Narayan In KL Kilafairy Mahu Arwah Ibu Jadi Saksi Pencapaian Epik Bersama Legenda Bollywood“Saya mahu arwah...