Dayah Bakar Kongsi Tip Penjagaan Kulit ‘Paling Murah’, Tak Perlu Keluarkan Kos Pun!

Share

Dayah Bakar, merupakan figura dan nama yang tidak asing lagi dalam arena pengacaraan negara, wajah manis ibu kepada seorang cahaya mata ini seringkali menghiasi kaca-kaca televisyen bagi pelbagai program kewanitaaan dan kerohanian.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah kemulusan kulit wajah duta kepada jenama Wardeh iaitu jenama penjagaan kulit yang berasal dari Indonesia yang kini mula menempa nama dan menembusi pasaran Malaysia ini.

Justeru, Hijabista berkesempatan menemui Dayah Bakar pada majlis perlancaran duta sebuah jenama produk kesihatan yang menampilkan sahabat baiknya Uyaina Arshad baru-baru ini.

Di kesempatan itu, Hijabista telah meminta Dayah Bakar berkongsikan tip kulit yang sentiasa kekal sihat dan berseri miliknya.

Dayah Pernah Hadapi Masalah Kulit Kering Dan Mudah Terbakar (Sunburn)

Sebelum mendedahkan tip yang diamalkan, Dayah Bakar sempat mengulas berhubung jenis kulit yang dimilikinya. Meski sentiasa kelihatan mulus dan sihat namun, sebagai selebriti Dayah akui dia juga tidak terlepas dari mengalami beberapa masalah kulit.

“Jujurnya bila bercakap mengenai skin breakdown. Tipu lah kalau kata tiada, meskipun nampak flawless dan saya tidak mempunyai masalah kulit serius seperti jerawat. Tapi saya punya muka, jenis yang cepat kering, mudah terbakar (Sunburn) dan berjelaga (tiny bumps). Lagi tak best apabila kulit saya akan ambil masa yang lama untuk dia recover semula,” ujar Dayah Bakar

Tambahnya lagi, antara amalan yang dilakukan apabila mukanya berjelaga atau sedang mengalami fasa terbakar (sunburn) Dayah Bakar akan merehatkan mukanya daripada mengenakan sebarang solekan yang tebal agar kulit dapat bernafas dan kembali seperti sediakala.

“Jadi apa yang saya selalu amalkan, adalah cuba rehatkan muka daripada ‘heavy make-up’ setiap kali saya tiada kerja, sebab kalau kerja kita memang tak boleh nak elakkan,” jelasnya.

Hanya WAJIB Amalkan Satu Tip Ini Sahaja! – Dayah Bakar

Selain mengelakkan muka mengenakan solekab yang tebal, Dayah Bakar juga mendedahkan bahawa dia akan memakai Aloe Vera gel pada wajah. Tapi tip yang paling penting tanpa perlu mengeluarkan kos adalah seperti berikut.

“Lepas tu saya akan selalu pakai Aloe Vera gel daripada Wardah dan juga minum banyak air, sebenarnya Air kosong ini adalah tip kecantikan yang paling murah dan tidak memerlukan kos pun sebenarnya,” dedahnya.

Artikel berkaitan: Baru ‘Launch’ Hari Ini, Dayah Bakar Teruja ‘Jarak’ Dapat Sambutan Positif! Cadang Lancar ‘Single’ Ketiga

Tambahnya lagi, elakkan diri dari terperdaya dengan dakyah-dakyah orang lain atau cadangan untuk menggunakan sembarangan produk kecantikan. Mungkin peroduk itu berkesan kepada sesetengah individu, tetapi tidak memberi kesan yang sama kepada kita.

Tegas Dayah Bakar, tindakan ‘melompat produk’ ini amat berbahaya dan tidak sihat kepada kulit kita.

Kita perlu memberikan masa yabg sewajarnya untuk kulit kita sembuh, tanpa menggunakan terlalu banyak produk yang kita tidak tahu kemampuannya untuk menyembuhkan masalah kulit yang kita hadapi.

“For you to recover your skin and bagi saya satu lagi jangan mudah terpedaya dengan dakyah ‘yang ini elok, yang itu elok’ dan melompat-lompat produk.

“Kalau cuba sesuatu produk tu, ambil waktu lama sedikit, lagi-lagi kita nak bagi peluang dekat kulit kita untuk bernafas kan. Jadi itu je rutin yang saya amalkan,” katanya.

Artikel berkaitan: Ini Rupanya ‘Rahsia’ Dayah Bakar Kekal Fit Sepanjang Masa

Sumber: Instagram Dayah Bakar

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

</div

Published by
Haifa Nasir