Rambut adalah umpama mahkota buat seorang wanita. Meskipun memakai hijab, wanita tetap mengambil berat tentang soal penjagaan rambut. Seperti juga menjaga kulit wajah, rambut juga turut diberi perhatian.

Setiap hari, setiap kali menyapu di lantai, nampak banyak rambut yang gugur tentulah merisaukan hati. Uban pun tumbuh banyak walaupun umur masih muda. Sudah lama berhajat hendak simpan rambut panjang tapi rambut masih tidak juga panjang-panjang.

Photo by Element5 Digital from Pexels

Stres sangat bukan bila hadapi masalah-masalah begini. Pelbagai jenis syampu dan minyak rambut sudah dicuba namun tiada kesan. Berikut dikongsikan cara semula jadi untuk merawat masalah rambut.

BAHAN-BAHAN:
1. Segenggam daun kari
2. Segenggam daun inai
3. 10 ml minyak kelapa

IKLAN

Kisar ke semua bahan ini bersama yogurt kosong. Masukkan dalam peti sejuk. Keluarkan apabila hendak dipakai.

CARA RAWAT RAMBUT DI RUMAH
1. 2 -3 hirisan lemon dilumur di seluruh kulit kepala. Kemudian gunakan bahan yang dikisar (tadi) dan lumur ke seluruh bahagian kepala sambil mengurut kepala dengan lembut.

IKLAN

2. Pakai shower cap, biarkan selama 30 minit ke 1 jam. Cuci dengan air dingin.

3. Selesai cuci rambut, gunakan sikat kayu bergigi rapat dan sikatlah rambut untuk membuang hampas yang masih terlekat pada rambut di samping melancarkan peredaran darah. Daun kari ini memang sangat bagus manfaatnya.

IKLAN
Photo by Nikolai Ulltang from Pexels

KELEBIHAN DAUN KARI
1. Menggalakkan pertumbuhan rambut
2. Menguatkan akar rambut
3. Membantu mengurangkan keguguran rambut
4. Membantu mengatasi masalah uban
5. Memekatkan warna dan melebatkan rambut
6. Membantu mengurangkan kegatalan kulit kepala dan kelemumur
7. Mengelakkan dari rambut bercabang dan kering

Daun kari ini banyak zatnyer. Elok ditanam di rumah. Tanam di dalam pasu. Selain boleh digunakan untuk memasak ia juga boleh digunakan untuk merawat diri serta sekeluarga.

Sumber kredit: Sarifa Redzuan II Top image: Photo by Bennie Lukas Bester from Pexels