Siapa yang tidak kenal dengan daun kari bukan? Pokok kari atau nama saintifiknya murraya koenigii antara tanaman yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat tempatan. Tumbuhan tropikal yang berasal dari India dan Sri Lanka ini tergolong dalam keluarga rutaceae.
Antara khasiat yang terkandung dalam daun kari adalah karbohidrat, tenaga, serat, kalsium, zat besi, mineral dan pelbagai vitamin seperti C, A, B dan E. Selain dijadikan bahan masakan dan perubatan, ciri daun yang tinggi aroma itu banyak digunakan sebagai ramuan produk seperti sabun, losyen, pewangi rumah, minyak wangi dan produk penjagaan rambut.
Berikut dikongsikan petua menggunakan daun kari untuk kesihatan dan kecantikan.
ENAM PETUA MENGGUNAKAN DAUN KARI
PENAWAR CIRIT BIRIT DAN BUASIR
Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ianya merupakan penawar yang cukup ampuh.Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit.
Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar cirit birit dan buasir. kajian pada tahun 2009 yang diterbitkan dalam Asian Journal Tropical Medical of Public Health melaporkan bahawa duan kari kaya dengan bahan laksatif anthraquinone.
Bahan ini melegakan sistem peredaran usus untuk memudahkan pencernaan dan penyingkiran nyahtinja dari tubuh.
LOYA DAN PENING
Jika sering terasa loya dan pening, cuba tips ini. Ambil jus daunnya yang segar dan dicampurkan dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening.
Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.
DIABETES
Kari juga berkhasiat dalam merawat diabetes. Rebus kulit batangnya yang kering dan minum airnya. Kaedah ini boleh mengawal diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.
Dari segi penerangan saintifik terhadap petua tersebut, Singh dan rakan-rakan pada tahun 2014 mengulas mengenai khasiat daun kari yang membantu mengekalkan normoglycemia iaitu kandungan gula dalam darah.
Bahan mineral dalam daun kari mengaktifkan sel pankreatik beta yang berperanan menghasilkan insulin. Oleh itu, mereka menyimpulkan bahawa daun kari berpotensi sebagai antara bahan untuk membantu pengurusan pesakit diabetes.
RAMBUT PANJANG DAN SIHAT
Untuk mendapat rambut panjang dan sihat, cubalah tip mudah ini. Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari. Masakkan daun kari sehingga hangus. Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.
MERAWAT GIGITAN SERANGGAN DAN HAIWAN BERBISA
Jangan berasa hairan, daun kari boleh digunakan untuk merawat gigitan serangga.
Buahnya dimasak dengan minyak kelapa hingga hitam. Hancurkan dan tampal ke tempat gigitan haiwan berbisa.
LEBAM DAN BENGKAK
Daun kari juga antara salah satu bahan semula jadi yang boleh digunakan untuk merawat luka atau lebam. Untuk mengurangkan lebam dan bengkak, hancurkan daun kari dan jadikan seperti pes untuk ditampal pada bahagian yang tersebut. Kandungan alkaloid yang tinggi dalam daun kari menerangkan kesan pemulihan dan rawatan ke atas gigitan serangga dan bengkak.
Sumber kredit: Leha Yusuf Top image: Photo by Fied Farah via Berkebun Di Rumah (BDR)
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/56nQrka4s8k
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI