Daun inai lebih sinonim digunakan sebagai ‘penghias kuku.’ Bukan sahaja ianya semula jadi malah penggunaannya menjadikan kuku lebih sihat dan cantik. Sebenarnya penggunaan daun inai bukan hanya sekadar sebagai mewarna dan mencantikkan kuku semata tetapi lebih daripada itu.
Pokok inai mempunyai banyak khasiatnya terutama untuk kesihatan dan juga kecantikan. Sejak sekian lama, inai telah digunakan untuk tujuan perubatan. Salah satu kegunaan utama inai adalah sebagai agen penyejuk.
KHASIAT DAUN INAI
1. Inai boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku.
Caranya ialah dengan membersihkan daun terlebih dahulu, kemudian baru tumbuk daun tersebut sehingga hancur. Selepas itu sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit.
2. Selain itu inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan sakit perut.
Caranya adalah dengan meminum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang.
3. Daun inai yang telah dijadikan serbuk pula mampu untuk menyembuhkan luka-luka semasa berkhatan, bisul , penyakit penyakit kulit dan sengal sengal tulang.
4. Daun inai juga boleh merawat kebotakan. Caranya ialah dengan merebus minyak biji sawi bersama daun inai. Kemudian sapukan ramuan ini di kepala.
5. Minum air daun inai baik sebagai bahan astringen yang boleh mengecutkan tisu tisu organik dan dengan ini dapat mengurangkan atau mengawasi pendarahan yang berlebihan.
6. Boleh juga berkumur dengan air daun inai bagi menolong menyembuhkan sakit tekak.
7. Kalau anda rajin boleh juga menggunakan daun inai dengan menyapunya pada kulit untuk mengubati penyakit kulit, bisul dan melepuh.
8. Anda juga boleh menggunakan daun-daunnya untuk menyembuhkan sakit kepala dan rasa panas di kaki.
9. Penyakit bagi wanita seperti haid yang berlebihan dan keputihan mampu dirawat dengan menggunakan daun inai. Jus yang terhasil daripada daun inai segar juga boleh diminum kerana ia mampu merawat Spermatorrhoea atau ejakulasi yang tidak dikawal.
10. Bagi kulit pokok inai, ia mampu merawat penyakit hati seperti jaundis dan hati yang membengkak.
11. Kulit pokok ini juga mampu untuk merawat penyakit cirit birit.
12. Bunga pokok inai pula boleh merawat masalah sakit kepala yang disebabkan cuaca panas. Caranya ialah adalah dengan meletakkan bunga inai yang telah dicampurkan dengan cuka pada sekeliling kepala.
Sementara itu, akar dan palpa digunakan untuk merawat bisul. Di samping penggunaan untuk tujuan perubatan, daun inai juga dipercayai amat baik selaku bahan penyejuk. Selalunya daun inai digunakan untuk menyembuh sakit perut , luka dan kudis di sekeliling kuku dan mengatasi masalah keguguran rambut.
Untuk mengubati luka dan kudis di sekeliling kuku, bersihkan dan tumbukkan daun inai sehingga lumat dan disapukan di bahagian yang sakit itu. Insha Allah sakit akan berkurangan, bengkak dan kelurut akan dapat dielakkan.
Sumber kredit: Ana Mahabu Top image: Facebook Dasmah Mamat Dasmah Mamat
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/56nQrka4s8k
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI