Apabila berbadan dua, ada bermacam-macam situasi yang terpaksa dilalui. Keadaan ini turut dialami oleh penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin. Akui Datuk Siti, kedua-dua kehamilannya beliau tidak boleh menjamah makanan yang pedas.
“Kehamilan saya sudah masuk ke trimester kedua. Ketika trimester pertama saya hanya boleh makan sup sahaja. Alhamdulillah saya sudah boleh mencuba pelbagai variasi makanan. Walau bagaimanapun makanan pedas saya tetap perlu elakkan.
View this post on Instagram
“Pilihan jenis makanan yang saya boleh makan agak terhad kerana saya suka makan makanan yang pedas. Sejak hamil anak kedua, saya sudah kurang ke dapur sebab saya tidak boleh bau minyak, dan bawang goreng.
“Saya lalui proses kehamilan ini dengan tenang. Memasuki trimester ke dua kehamilan, saya juga sudah boleh ‘masuk dapur.’ Itu pun hanya masakkan makanan untuk Aafiya dan juga makanan yang ‘simple’ untuk suami (Datuk K),” ujar Datuk Siti.
Seperti yang kita ketahui, Datuk Siti kini hamil anak lelaki. Ditanya tentang keadaan kehamilan beliau kali kedua, ini jawapan Datuk Siti.
View this post on Instagram
“Memang ada perbezaan hamil anak perempuan dan anak lelaki. Kehamilan kedua ini lebih penat, perut pun nampak lebih besar berbanding hamilkan Aafiya dulu. Simptom kehamilan lebih banyak saya rasa pada kehamilan kedua. Apa pun yang penting ‘baby’ sihat dan doakan saya selamat melahirkan nanti,” ujar Datuk Siti.
Terbaharu, Datuk Siti kembali bekerjasama dengan jenama Vantage. Kali ini beliau bekerjasama dengan produk eksklusif Vantage Siti Series 2021 yang akan dilancarkan 7 Mac ini. Produk eksklusif ‘Vantage Siti Series 2021’ menawarkan set peralatan memasak, set pinggan mangkuk, kuali bersaiz jumbo dan alat mesin penggorengan udara atau ‘air fryer’ beserta periuk bertekanan tinggi 2 dalam 1 yang pertama di Malaysia.
Kesemua produk di dalam siri eksklusif ini akan memperlihatkan tandatangan istimewa Dato’ Sri Siti Nurhaliza di permukaan luarnya. Mana-mana pelanggan yang membuat pembelian set-set eksklusif ini akan menerima hadiah percuma dari Go Shop.
“Saya cukup berbesar hati apabila sekali lagi diberi peluang untuk berkolaborasi bersama Vantage dalam melancarkan set produk eksklusif khas untuk Go Shop dan berkongsi manfaat memasak dengan lebih mudah dan sihat dengan rakyat Malaysia. Sejujurnya, saya cukup teruja apabila memasak dengan menggunakan peralatan Vantage.
View this post on Instagram
“Produk ini menawarkan kualiti terbaik yang mana secara tidak langsung memudahkan saya untuk menyediakan masakan yang mudah, sedap dan pada masa yang sama berkhasiat untuk keluarga saya. Tambahan pula, set pinggan mangkuk Vantage juga direka
indah dan membuat pengalaman makan saya pada bila-bila masa lebih seronok,” kongsi Datuk Siti.
Datuk Siti juga berharap agar diberikan kekuatan untuk bersama penonton sepanjang tiga jam bersiaran di Go Shop pada 7 Mac kelak.
Sumber kredit: Instagram CTDK
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI