Berbagai jenis selawat telah dinukilkan sejak zaman Nabi SAW dan para sahabat. Ia telah menjadi amalan para solihin, alim ulama serta orang-orang yang hatinya sentiasa terpaut kepada Allah dan RasulNya.
Antara selawat yang diamalkan ialah Selawat Tafrijiyah. Selawat “Tafrijiyah” yang juga disebut Selawat Nariyah ertinya terbuka sehingga menjadi lapang.
Melalui perkongsian Datuk Siti Nurhaliza di laman Instagramnya, beliau sendiri rupanya mengamalkan selawat ini.
Ini selawat yang paling saya suka ..saya amal 11x setiap kali lepas solat .
Selawat Tafrijiyah disebut juga “Selawat Kamilah” atau “Selawat Nariyah” yang ertinya sempurna atau terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dan dilepaskan dari segala kesusahan dengan izin Allah s.w.t
Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, ditunaikan segala hajat, dilepaskan dari segala kesusahan, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknya dia mengamalkan Selawat Tafrijiyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang dia mampu.
Antara Kebaikan Mengamalkan selawat ini:
1.Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
2.Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
3.Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
4.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
5.Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka.
6.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
7.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
8.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.
Imam ad-Dainuri r.a.
11 x – Setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah.
41 x – Setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat.
100 x – Setiap selepas solat Hajat beberapa malam- menyelesaikan masalah.
313x – Setiap hari, mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki.
1000x – Tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki.
Imam Qurtubi r.a.
41 x / 100x – Allah hilangkan segala dukacita dan kesusahannya, memudahkan segala urusan, mengangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan membuka pintu kebajikan.
Sumber kredit: ctdk