Datuk Siti Nurhaliza Ajak Banyakkan Berselawat, Tanda Kecintaan Kepada Nabi SAW

Share

Selawat ke atas Rasulullah SAW merupakan satu tuntutan di dalam agama ini. Ini kerana, di sana terdapat banyak kelebihan bagi orang yang sentiasa berselawat ke atas Nabi SAW sebagaimana yang dikhabarkan oleh Baginda SAW:

Melalui perkongsian Datuk Siti Nurhaliza di laman Instagramnya, beliau mengajak untuk berselawat dan memperbanyakkan amalan berselawat.

“Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah berselawat ke atasnya sebanyak sepuluh kali.” Hadis riwayat Muslim (1530), an-Nasa’i (1295) dan at-Tirmizi (485)

KELEBIHAN BERSELAWAT: 
Membaca selawat untuk Nabi SAW adalah ibadat yang agung dan merupakan salah satu tanda kecintaan kepada Nabi SAW sekaligus menjadi faktor utama untuk mencapai syafaat Nabi SAW di hari Kiamat kelak.

TERDAPAT BEBERAPA KELEBIHAN BERSELAWAT ANTARANYA:
1)Selawat merupakan salah satu amalan paling utama.
2)Boleh menghapuskan kesalahan dan dosa.
3)Jaminan untuk mendapat rahmat Allah dunia dan akhirat serta syafaat Nabi SAW.
4)Menjadi benteng sifat munafik dan kafir.
5)Selamat daripada huru-hara hari Kiamat.
6)Menjadi penyebab hajat, doa dan amalan baik diterima Allah.
7)Tiket untuk mudah memasuki Syurga dan terlepas daripada perhisaban yang rumit.
8)Menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu bersedekah.
9)Dikasihi oleh Nabi SAW dan dapat turut serta mendampingi Baginda di Syurga kelak.
10)Kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di Akhirat kelak terlepas daripada segala yang mendukacitakan.

Kesimpulannya marilah kita memperbanyakkan amalan berselawat. Kita jadikan satu rutin harian yang ‘wajib’ dilakukan setiap hari.

Sumber kredit: Instagram Dato Siti Nurhaliza

Published by
Norhasliza