Semalam penyanyi popular Datuk Jamal Abdillah, 59 tahun, telah memperkenalkan isteri barunya di khalayak ramai. Beliau telah berkahwin dengan Datin Zai Izzati Khairuddin, 24 tahun, pada 1 April tahun lalu dan ia merupakan perkahwinan kali keempat. Kali ini Jamal memilih suri hati seorang wanita yang berhijab. Begitu manis dalam gambar yang tersebar itu di mana begitu sempurna sekali penampilannya. Malah netizen berkata inilah jodoh dan turut memuji kecantikan isteri Jamal bak bidadari.
ctmaryam19 Lawa macam bidadari….
syafiqlee_99 cantiknya ni nama jodoh
hnf.hasya muka samalaah.. sama cantik sama hensem
Menurut Jamal, bukan dia sengaja menyembunyikan isterinya dari tatapan ramai, tetapi belum masanya untuk diperkenalkan kepada ramai ketika itu. Perkahwinan kali ini adalah merupakan kali keempat
buat Raja Pop yang mana sebelum ini pernah berumah tangga dengan tiga lagi bekas isterinya.Bercerita dengan Berita Harian Online, Jamal turut memberitahu mengenai cinta pandang pertama antara mereka. Beliau mengakui terpikat pada keperibadian lembut Izzati dan turut menyifatkan wanita itu sebagai peneman setia hidupnya sekarang kemana sahaja beliau pergi.
“Dia adalah anugerah terindah daripada Tuhan” ujar Jamal pada satu sidang media di sebuah hotel semalam.
Bercerita mengenai keistimewaan isterinya Izzati yang berasal dari Kulim Kedah ini, Jamal memberitahu mereka hanya sempat berkawan dua bulan sebelum mengambil keputusan berkahwin. Malah kedua-duanya hanya berjumpa sekali sebelum bernikah disebabkan kesibukan membuat persediaan.
Walaupun jodoh mereka diatur keluarga dan jarak perbezaan usia 35 tahun, tetapi Izzati cukup disayangi dan dihargainya. Malah sifat dan keperibadian isterinya itu membuatkan anak-anaknya, senang berdampingan dengan wanita ini. Situasi ini lebih menguatkan diri Jamal bahawa beliau cukup yakin Izzati adalah pilihan paling tepat
buat dirinya.Jamal mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 17, hasil perkahwinannya dengan Noraina dan Ahmad Zaki Yamani, 11, daripada isteri ketiganya, Fatimatuzahrah
Sebelum berkahwin, Jamal juga telah berbincang dengan ahli keluarga lain dan setelah berfikir masak-masak beliau akhirnya ambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi.
Menurutnya, perjalanan mereka sebagai suami isteri baru bermula dan masih banyak yang perlu dipelajari antara satu sama lain. Beliau juga perlu tunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan dalam hal ini kunci kebahagiaan sesebuah rumah tangga adalah bertolak ansur.
Sebaik dimuat turut foto isteri terbaru setelah hampir 11 bulan berahsia
, ramai netizen yang memuji kecantikan isteri Jamal Abdillah dan rata-rata mendoakan kebahagian pasangan ini hingga ke jannah.scph.aor Alhamdulillah.. tahniah atas pernikahan Dato’ & isteri
onino_talia Alhamdulilahhh tahniah dato jamal dan datin bhgia hingga syurga Insha Allah Aamiin
firmanmohtar Tahniah Dato …
*Berasal dari Kulim Kedah
*Berusia 24 tahun
*Sempurna sebagai wanita Muslimah dengan memakai hijab
*Mempunyai keperibadian lembut & penyayang
*Mengenali Jamal hanya dua bulan sebelum berkahwin
*Jodoh diatur keluarga
*Jarak usia antara mereka 35 tahun