Keharmonian penduduk Malaysia yang berbilang kaum menjadi lambang kemegahan dan tanda pengenalan kita yang sering dikagumi masyarakat negara lain. Keakraban masyarakat di Malaysia secara tidak langsung membuka ruang kepada masyarakat luar untuk mengenali budaya dan kesenian kaum di negara kita.

Kesefahaman inilah yang menyerlahkan keunikan negara kita. Namun sejak kebelakangan isuasana hubungan kaum dan agama di negara ini semakin parah terutama sejak 20 bulan lalu.


.

Memetik laporan Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub, Penerbit Sinar Harian yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf menggesa sesuatu yang drastik dilakukan oleh kerajaan termasuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan menteri-menteri Kabinet bagi menangani masalah tersebut. Beliau juga mengingatkan kerajaan bahawa jika isu-isu perkauman dan agama tidak ditangani dengan berkesan, ia boleh menghancurkan Malaysia.


.

Jika perlu, kata beliau, mana-mana akhbar dan portal yang mengapi-apikan isu-isu perkauman perlu ditutup.

BERIKUT SEDUTAN LAPORAN KENYATAAN DATUK DR HUSSAMUDDIN

Saya di Sinar Harian berharap rakyat yang cintakan keamanan bersama-sama mulakan gerakan dari rakyat untuk membuat semua pemimpin tidak kira pertubuhan bukan kerajaan, persatuan dan sebagainya untuk ubah cara mereka bergerak, cari solusi. Ketika ini terlalu banyak prejudis, kebencian, prasangka yang harus diredakan.

IKLAN

Media harus bertanggungjawab. Media yang tidak bertanggungjawab perlu ditutup. Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Dalam Negeri perlu ambil tindakan tegas terhadap orang yang mengapikan-apikan semangat perkauman dan kebencian termasuk media jika ikhlas mahu selamatkan negara.

Untuk pastikan anak cucu hidup aman damai, perlu ada semangat dan keberanian untuk mengubah sesuatu yang telah lama silap. Perlu ada keberanian dan kemahuan politik.

Mana-mana organisasi ekstremis harus disenyapkan. Majoriti rakyat akan menyokong kerana rakyat cintakan keamanan. Pemimpin perlu melakukan sesuatu kerana sekiranya negara porak-peranda, mereka turut akan kehilangan kuasa.

Itu sebab saya mahu mulakan satu kempen dan harap disambut tidak kira apapun agama dan bangsa kita, Uninstall Hatred dan Reboot Malaysia dan juga global harmoni kita jadikan kempen besar-besaran dan dikongsi, orang Melayu dengan cara Melayu, orang Cina cara Cina, orang India cara orang India. Kita ada satu titik persamaan iaitu kita mahu buang kebencian dalam komuniti kita supaya boleh hidup harmoni dengan komuniti lain.

IKLAN

Cadangan terbuka kepada semua pemimpin kerajaan PH.Isu ketegangan kaum/agama kini.Pendekatan sekarang ternyata tidak…

Posted by Hussamuddin Yaacub on Thursday, 9 January 2020

Jadi saya harap semua rakyat Malaysia sokong kempen ini. Kalau boleh video ini dikongsi seramai mungkin, saya mohon maaf jika bahasa saya kasar, saya harap ambil niat saya, saya tidak sedia skrip tetapi saya bercakap dari hati kerana saya bimbang jika berlaku apa-apa. Kita sudah lihat apa berlaku di kuil Subang Jaya dan orang Melayu marah kerana isu itu tidak diselesaikan. Orang Melayu masih marah tapi kalau kita selesaikan isu-isu lain, jadi dengan sendirinya isu itu akan reda.


Hussamuddin memegang poster kempen Uninstall Hatred dan Reboot Malaysia. – Foto Sinar Harian ROSLI TALIB.

Jadi jom sama-sama kita Uninstall Hatred dan Reboot Malaysia sekarang. Saya tahu di peringkat ini adalah peringkat benci dah, kalau tanglung yang kita beli untuk sama merayakan pun kita sudah fobia, paranoid, macam tengok hantu. Jawi yang dulu tiada apa-apa, sekarang tengok macam nampak hantu, Dr Zakir Naik tengok macam hantu, sedangkan Dr Zakir Naik, dia bercakap pun saya tidak faham tetapi kita takut, jadi kita cipta hantu-hantu yang merugikan kita. Jadi sama-sama kita buang kebencian, dalam bahasa sekarang Uninstall Hatred dan kemudian uninstall prejudice yang lain dan masukkan nilai, kita mestilah masukkan negara bangsa kita dengan nilai-nilai murni.

IKLAN


Hussamuddin (duduk, tiga dari kanan) bersama ahli ‘Core Gruop’ kempen ‘Uninstall Hatred, Reboot Malaysia & Global Harmony’ di Kumpulan Karangkraf. – FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR.

Bukan saya hendak menyamakan semua agama tetapi saya belajar semua agama. Saya baca apa yang ditulis tetapi tidak menjadikan saya seorang Kristian tapi saya tahu banyak nilai yang bagus tetapi kita nak pertahankan agama tapi nilai kita terus terutama orang Islam, kalau bercakap tentang Islam sanggup berjuang fisabilillah tapi solat tidak, menipu, duit rakyat ambil.

Jadi saya harap ini adalah permulaan untuk titik penyatuan ummah dan rakyat Malaysia, kita hentikan, lakukan gencatan senjata dan mulai hari ini berhenti cakap isu panas dan pemimpin cari penyelesaian, semua ada penyelesaian cuma mahu buat atau tidak. Bagi saya isu jawi, Dr Zakir Naik, UEC semua boleh selesai sekarang kerana kita terlampau banyak masa untuk tengok WhatsApp dan Facebook. Ini menyebabkan kita tidak dapat selesaikan masalah. Jadi sekarang semua orang bertanggungjawab, pemimpin dan pegawai untuk selesaikan masalah.

[EKSKLUSIF] Jangan hancur negara dengan kebencian

Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub mengingatkan kerajaan, jika isu perkauman dan agama tidak ditangani dengan berkesan, ia boleh menghancurkan Malaysia dan menaikkan kemarahan rakyat. Ikuti apakah saranan beliau untuk pemimpin tertinggi negara demi mengelakkan perkara ini menjadi lebih parah.BACA ARTIKEL PENUH: https://bit.ly/305pNLS#SinarHarian #WawancaraEksklusif #KitalahMalaysia #SavingTheNation #UninstallHatred #RebootMalaysianHarmony

Posted by Sinar Harian on Thursday, 9 January 2020

Saya tahu yang saya katakan ini risikonya tinggi tapi saya reda, kalau tidak buat nanti saya menyesal suatu hari nanti anak cucu saya duduk negara porak-peranda. Kita lihat di Timur Tengah, India dan negara lain. Jadi semasa ada peluang, rakyat perlu bersatu padu, pemimpin harus buat perkara betul, buat keputusan, buat kajian, lakukanlah dan majoriti rakyat akan sokong walaupun tidak popular. Netizen bukanlah ramai sangat sangat, yang tidak komen lebih 90 peratus.

Jadi tolonglah Perdana Menteri, menteri buat perkara yang betul dan tidak perlu tweet lagi. Buat kerja, buat keputusan dengan betul, laksanakan, lakukan sampai jadi dan bawa negara ini ke arah kejayaan, lebih harmoni dan mendapat kemakmuran bersama.

Sumber kredit: Sinar Harian

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI