Dalam kehidupan hari ini, ramai yang mengalami masalah stres. Stres adalah tindak balas emosi, fizikal dan mental akibat perubahan dalam sesuatu keadaan yang berlaku dalam kehidupan harian manusia.
Antara punca stres membabitkan pekerjaan, keluarga, kewangan dan sebagainya. Penting untuk diketahui bahawa jika stres tidak ditangani dengan betul boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit dan memberi kesan buruk terhadap fizikal dan mental.
Maka sebab itulah kita perlu bijak mengawal stres akan tidak ‘memakan’ diri. Berikut perkongsian Pakar sakit puan dan perbidanan terkenal, Datuk Dr Hamid Arshat tentang tip bagaimana untuk mengawal stres.
AWET SIHAT, KAWAL STRES
Setelah lama saya bertugas sebagai doktor dan telah merawat berbagai jenis penyakit, saya dapat merumuskan bahawa stres, (tekanan mental, emosi dan fizikal)merupakan penyebab dan pencetus utama bagi berbagai jenis penyakit, termasuk penyakit-penyakit yang menyebabkam kematian mengejut, iaitu serangan jantung dan angin akhmar (stroke).
TIP MENANGANI STRES:
1. TAWAKAL. Saya sentiasa berdoa kepada Allah agar terus dikurniakan kesihatan kekuatan tubuh. Saya tawakal kpd Allah sambil berusaha menangi stres. Saya reda dengan ketentuan Allah.
2. REDA. Apabila ditimpa musibah, saya anggap sebagai ujian Allah ke atas keimanan saya.
Kita datang dari Allah dan akhirnya akan kembali kepadaNya. Saya cuba sabar dan melakukan solat serta mohon pertolongan Allah.
3. SABAR. Apabila kehilangan duit sebab ditipu, dicuri, diperas ugut, atau tercicir sebab lalai, saya cuba tahan sedih dan marah. Saya anggap duit itu sudah bukan rezeki atau milik saya. Mungkin saya telah melakukan sesuatu kesalahan dan ini kifarah atau balasannya.
4. TAHAN MARAH. Bila memandu kereta, sering berlaku pemandu-pemandu lain mencetuskan provokasi, seperti menghimpit, bunyikan hon dan lain-lain, saya ambil langkah mengalah sahaja dan tahan marah. Begitu juga dalam situasi lain yang mencetus kemarahan, khususnya di rumah di kalangan keluarga dan ditempat kerja. Tahan marah, tinggalkan, dan beredar jauh untuk sejukkan hati. Ustaz nasihat ambil wuduk, tapi alhamdulillah saya sering dapat kawal tanpa wuduk.
5.MEMAAFKAN. Saya selalu memaafkan orang yang buat salah dan silap, sama ada sengaja atau tidak. Dan terus lupakan peristiwa tersebut tanpa mengungkit-ngungkit.
6. TIDAK DENDAM. Walau pun difitnah dan dizalimi, saya tidak simpan DENDAM. Dan kawal perasaan untuk membalas.
7. Bila sakit atau pening kepala sebab penat atau stres selepas kerja, saya makan panadol 2 biji (1gm), biasanya ia ia akan reda dan rasa tenang. Panadol bertindak membuka saluran-saluran darah yang kuncup dalam jantung, otak dan organ-organ lain akibat stres.
Ramai takut hendak makan panadol atau lain-lain pain killers. Nasihat saya, makan ubat tersebut. Ada kajian yang menunjukkan panadol meningkatkan kesihatan dan melanjutkan umur.
8. Saya suka berkebun, mencangkul, tanam sayur-sayuran, herba dan pokok buahan di sekitar kawasan rumah. Kesannya memang relaxing.
9. Memang jadi amalan saya apabila memandu kereta saya terus menerus berzikir dan berselawat. Kesannya memang relaxing dan tenang fikiran.
10. DEEP BREATHING. Amalan menarik nafas dengan mendalam dan melepaskan nafas perlahan-lahan. Ulang-ulang untuk 5 minit. Saya lakukan bila-bila masa dan di mana-mana tempat bila rasa stres dan tidak selesai.
11. SIMPLE LIFE TANPA BERLUMBA-LUMBA. Amalkan cara gaya hidup yang sederhana tanpa membazir wang, tidak pentingkan brand name pada pakaian, kereta, hiasan dan lain-lain. Saya pentingkan substance dari rupa bentuk luaran.
Cuba amalkan panduan-panduan tersebut. In Sha Allah, kita boleh kawal stres, terus awet sihat dan dengan izin Allah lanjut usia dan boleh terus berkhidmat kepada agama dan bangsa. Aamin.
Sumber kredit: Dr Hamid Arshat
Top image:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI