Dato’ Wan Aishah Tetap Berkongsi ‘Weight Loss Journey’ Walaupun Ada Yang Berkata

Share

Cuba untuk ubah penampilan dan tampak lebih sihat, ada yang mengkritik penyanyi, Dato’ Wan Aishah Ariffin tentang perkongsiannya. Lantas tidak berdiam diri, Penyanyi tersebut membuat satu perkongsian di Instagram menjelaskan segalanya.

Artikel berkaitan: Penat ‘Ikat Perut’ Untuk Kurus, Melly Goeslow Akhirnya Nekad! Berjaya Singkirkan 23kg

Bukan Satu Perjalanan Yang Mudah…

 Dato’ Wan Aishah Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah telah menjalani satu pembedahan bariatrik sekitar tahun 2018. Kini tubuhnya kelihatan lebih kurus berbanding sebelumnya.

Meski pun telah melakukan pembedahan itu, Dato’ Aishah akui itu bukanlah satu jalan pintas untuk kurus dengan cepat. Dia juga tetap menjalani diet dan perubahan dari segi pemakanannya tidak seperti sebelum ini.

Katanya lagi, segelintir warganet ada yang sibuk buat andaian bukan-bukan apatah lagi dia mulai berkongsi weightloss journey di Youtube. Tidak mahu berdiam diri, dia memuat naik satu posting  yang menjelaskan lebih lanjut tentang hal ini.

“I buat video utk beritahu kepada sesiapa yg nak tau lebih lagi tentang my weightloss journey boleh ke Youtube channel I. Sekadar utk sharing kerana ramai yg bertanya dan I tak dpt nak jawap satu persatu,

“Sebenarnya,itu cakap org yg tak tau proses ‘weight loss journey’ melalui Bariatric. Ianya tidaklah semudah yg orang sangkakan,

“Kita masih kena berusaha utk menukar lifestyle dan pemakanan kita utk kurus dan maintain berat badan ideal kita.” katanya.

 Meski pun ramai yang sibuk mengatakan bermacam-macam perkara terhadapnya, penyanyi tersebut tidak mahu ambil tahu. Tujuannya hanya untuk berkongsi perjalanannya untuk kekal kurus dan sihat.

Artikel berkaitan: Jika Kurus Matlamat Anda, Pakar Syorkan Buang 2 Makanan Ini Dalam Pantri

“Senang je,bagi yg nak tau tentang weight loss journey tu silakan,semoga boleh manfaàtkan sharing I tu.” ujarnya lagi.

Sumber: Instagram @aishahjmm

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee