Belum lagi selesai bahang viral muzik video Ku Ikhlaskan, Dato Seri Vida (DSV) bakal melancarkan sebuah lagi karyanya yang sememangnya akan menggegarkan industri hiburan tanah air.
Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, DSV memuat naik sebuah video pendek ala ‘teaser’ yang membuatkan ramai teruja untuk menonton muzik videonya yang terbaru. Bakal hadir dengan muzik video raya, Muah Muah Raya, pastinya ia akan menjadi viral seperti sebelum ini.
Dalam video ‘teaser’ itu, kelihatan DSV mengenakan solekan bahagian mata yang tampak unik dan menarik ala badut. Tidak lari dengan konsep ‘blink blink’ nya, DSV juga turut mengenakan solekan bibir yang dihiasi dengan perincian butiran ala berlian.
Ads
SIAP SEDIA ESOK, BAKAL BERMAIN DI FIKIRAN UOLLSSSS PUKUL 11 MALAM
MUAH MUAH RAYA
MUAH MAH SALAM RAYA..
SAVE BEST FOR THE LAST..
Menggunakan slogan trademark ‘Muah Muah” sebagai tajuk lagu raya terbarunya, rata-rata netizen juga turut tidak sabar untuk menonton kehadiran Muah Muah Raya.
“Get ready guyssss,” komen itserfan.
“Dato suka tengok cite Alice In Wonderland eaa…saya pun suka,” komen tasha.ttsyiee.
“Tak sabar nak tengok esok,” komen Wan Mohd Ruzaidi.
Selebriti tanah air seperti Janna Nick kelihatan juga turut memenuhi ruang komen hantaran ini.
Ads
“Hahahaha dia buat lagi!,” komen Janna Nick.
Bakal ditayangkan di saluran Youtube DSV Entertainment pada jam 11 malam ini, Muah Muah Raya merupakan single raya kedua dari DSV selepas Lavida Raya yang mendapat jumlah tontonan melebihi 8 juta penonton di Youtube.
Ads
Team Hijabista juga tidak sabar untuk mendengar dan menonton Muah Muah Raya! Agaknya kali ini, bagaimana pula busana DSV dalam muzik video ini ya?Masih ada bingkai gambar ke ya? Sama-sama kita nantikan!
Selalunya bila nak bagi duit raya ni, pasti sibuk nak cari duit kecil dan duit baru kan. Apatah lagi fasa endemik yang membenarkan kita beraya bersama keluarga dan rakan taulan, pasti duit raya dihulur bagi mereka yang berkunjung ke rumah.
Penat dan malas beratur di bank, lagi-lagi mereka yang suka buat pertukran di akhir-akhir itupun kalau ada masa untuk ke bank, ada sesetengah orang tu malas nak beratur dan tunggu lama kan. Elok elakkan berjumpa ramai orang, kita masa dalam fasa berjaga, perkongsian lelaki ini cara tukar duit raya di ATM, mudah dan cepat.
Masih ramai yang tak tahu cara tukar duit raya di ATM. Mungkin ada dalam kalangan kita yang masih belum sempat nak pergi ke bank untuk tukar duit raya. Ye lah waktu kerja dah sibuk, malam nak solat tarawih pula, hujung minggu pula bank dah tutup. Tapi sebenarnya tak perlu tunggu waktu bekerja pun kita boleh tukar duit raya dekat mesin ATM sahaja sekarang ini.
Berikut perkongsian Mohd Shukur di Facebook.
LANGKAH 1:
Contoh gambar di bawah ialah Maybank Setia Alam ada 2 mesin ATM yg boleh dapat duit raya baru yang masih wangi.
Pilih ATM yg ada signage gambar 3 orang pakai baju melayu pegang duit raya tu (rujuk seperti gambar di atas mesin ATM).
LANGKAH 2:
Tekan withdraw / pengeluaran > dan pilih amount.
Ingat! Jumlah maksimum bagi setiap transaksi ialah RM300. Jadi, jika anda mahukan 60 keping note RM10 yang baru, pastikan lakukan dua kali transaksi.
LANGKAH 3
Pilih, dan terus keluar rm10 duit note baru serba wangi.
Berikut adalah senarai mesin ATM terpilih yang menawarkan perkhidmatan Raya ATM bagi tahun 2021. Untuk tahun 2022 akan dikemaskini dari semasa ke semasa
Perkara yang paling mudah dalam apa pun urusan, iaitu tak perlu beratur panjang dan meghabiskan masa bersesak. Namun yang masih mahu duit note RM1 atau RM5 masih perlu beratur. Nah apa lagi selamat mencuba!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pastinya ramai yang menghela nafas lega kononnya visi untuk menguruskan badan akan tercapai terutama di bulan Ramadan. Benar, ada individu yang hilang berkilo-kilo berat badannya sepanjang ramadan, tetapi tidak kurang juga dengan mereka yang berat badannya semakin meningkat hari demi hari.
Ikuti perkongsian dari Dr. Shazril Shaharuddin yang lebih dikenali sebagai Dr. Say ini tentang penjagaan kesihatan dan kecergasan sewaktu di bulan puasa untuk mengelakkan masalah berat badan selepas Ramadan.
SENAMAN SEBELUM ATAU SELEPAS BERBUKA?
Biarpun bulan Ramadan dilihat sebagai masa terbaik untuk menurunkan berat badan, namun ia rutin senaman haruslah dilakukan dengan baik. Manurut Dr. Say, senaman di bulan puasa haruslah dilakukan dengan teratur agar tidak menganggu stamina tubuh badan yang sedang berpuasa.
“Waktu terbaik untuk bersenam di bulan Ramadan ialah selepas berbuka. Untuk kesan yang efektif, elak berbuka dengan juadah berat seperti nasi dan sebaiknya berbukalah dengan kurma dan air. Bagi aktiviti senaman pula, ia boleh dilakukan selepas menunaikan solat terawih. Masa yang terbaik untuk menjamah juadah yang dibeli ialah selepas bersenam. Ini dapat menyeimbangkan tubuh badan dan mengelakkan kita dari dehidrasi”.
Senaman selepas sahur adalah tidak disarankan kerana bimbang tubuh akan berada dalam keadaan dehidrasi yang teruk dan akhirnya badan mulai lemah.
“Ramai yang menganggap bahawa selepas sahur adalah waktu yang paling bagus untuk bersenam. Namun, harus di ingat bahawa badan memerlukan tenaga dan
air yang mencukupi sepanjang hari sehinggalah waktu berbuka. Senaman seawal itu, secara tidak langsung akan mengurangkan tenaga dan jumlah air dalam badan yang akhirnya memudaratkan diri. Jika kita bersenam selepas berbuka, sekurang-kurangnya makanan yang dimakan sewaktu berbuka dapat menggantikan semula tenaga yang hilang. Bukan itu sahaja, malah jumlah air juga dapat dikawal dengan baik.Air sangat penting sewaktu bersenam”.
SENAMAN CARA DR SAY
Bagi mereka yang mengalami masalah berat badan ataupun obesiti, tempoh bersenam yang diperlukan ialah minimum 30 minit dan 5 kali seminggu. Bentuk senaman haruslah lebih agresif dan mempunyai tahap halangan dan bebanan yang tinggi. Untuk mendapatkan kesan yang bagus, usah hanya memfokuskan kepada ‘spot training’ semata-mata kerana ia tidak membantu untuk menurunkan berat badan secara keseluruhan.
“Saya tidak menyarankan penghidap obesiti untuk melakukan ‘spot training’ semata-
mata untuk menurunkan berat badan. Situasi ini seringkali berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah lebihan lemak pada bahagian-bahagian tubuh yang tertentu. Contohnya, jika mahu hilangkan lemak di bahagian lengan hanya fokus di situ sahaja. Jika ingin hasilkan six pack, hanya buat ‘abs workout’ sahaja. ‘Spot training’ tidak menurunkan jumlah keseluruhan lemak dalam badan. Jadi, saya lebih sarankan agar mereka melakukan ‘weight training’ untuk membakar lemak dan kalori dalam tubuh”.
Seperti Dr. Say sendiri, selain dari weight training, dia turut melakukan aktiviti berenang untuk memastikan otot badannya kekal ‘fit’ di bulan Ramadan.
“Saya lakukan weight training setiap 2 kali sehari. Selebihnya adalah masa saya untuk berehat. Berehat bererti, saya lakukan aktiviti sukan yang lebih santai tetapi tinggi tahap bebanannya, seperti berenang. Jadi sepanjang Ramadan memang saya lebih banyak menghabiskan masa dengan aktiviti berenang selepas berbuka”.
80 PERATUS ADALAH DARI PEMAKANAN
Senaman bukanlah faktor utama untuk menurunkan berat badan. Malah hanya 20 peratus sahaja faktor senaman mempengaruhi saiz badan seseorang. 80 peratus adalah tertumpu kepada faktor pemakanan yang sihat dan seimbang. Menurut Dr.Say, masyarakat hari ini begitu taksub dengan pelan diet yang dicadangkan kepada mereka.
“Bagi saya sendiri, saya langsung tidak percaya dengan keberkesanan sesebuah pelan diet itu untuk menjadikan anda seorang yang sihat kerana ia lebih memfokuskan kepada bentuk badan yang diidamkan oleh pengamalnya. Dari sudut negatifnya, apabila seseorang itu sudah mencapai bentuk badan yang mereka inginkan, peratusan untuk mereka kembali kepada tabiat lama amat tinggi. Seperti yang saya katakan, ia lebih kepada psikologi terhadap kepuasan diri sendiri. Mengenai aspek pemakanan, saya sarankan kepada mereka yang mengalami masalah berat badan agar usah tertipu dengan pelan diet, malah ubah gaya pemakanan yang sihat secara keseluruhan dan bukan untuk jangka masa pendek. Pilih makanan yang sihat dan jauhi makanan segera dan diproses”.
JALAN SINGKAT UNTUK KURUS
Hari ini ramai yang mahu mengambil ‘jalan singkat’ untuk menurunkan berat badan. Menurut Dr. Say, sikap ini tidak mendatangkan faedah kepada mereka yang menggunakan cara mudah untuk tampil cantik, malahan, ia akan memberi kesan yang memudaratkan pada masa akan datang.
“Perkara pertama yang harus mereka tahu adalah senaman merupakan proses yang panjang. Ramai diantara kita yang mahu kurus dengan cepat. Kalau dalam masa sebulan badan tidak turun 5 kg, terus kecewa dan putus asa untuk kurus. Untuk pengetahuan, kadar normal adalah seminggu bersamaan 1 kg. Maksudnya, untuk cara yang sihat dan normal, optimumnya adalah sebulan bersamaan 4 kg. Bagi mereka yang menurunkan berat badan lebih cepat dari itu kerana mengambil supplemen mahupun suntikan, saiz badan yang kurus tidak tahan lama. Situasi ini berlaku kerana apabila mereka sudah mendapat saiz badan yang diidamkan, mereka akan mula mengurangkan diet, maka saiz badan akan membesar dengan cepat kerana tubuh mereka masih lagi tidak biasa dengan perubahan yang mendadak. Jangan percaya dengan mana-mana produk yang menjanjikan propaganda kosong kononnya boleh mengurangkan 20 kg dalam masa seminggu ataupun sebaliknya, kerana itu semua bertujuan mengaut keuntungan sendiri”.
Berbicara mengenai penerimaan orang ramai terhadap masalah obesiti, Dr. Say menjelaskan bahawa obesiti bukanlah perkara yang sihat malah harus dilihat sebagai sebuah perkara yang menjejaskan kesihatan pada masa akan datang.
“Obesiti tidak sihat. Jika diberi pilihan kepada saya untuk marah atau kasihan kepada mereka yang berbadan besar, saya pilih untuk marah. Bukan kerana untuk menghina atau mengejek, tetapi kerana mereka ini tidak berusaha untuk mengubah corak hidup ke arah yang lebih sihat. Ramai yang memberi alasan genetik. Sedangkan, banyak cara dan alternatif yang boleh mereka amalkan untuk menurunkan berat badan. Saya percaya masih ada segelintir kelompok masyarakat yang selesa berbadan besar. Kata mereka, bahagia dalam keadaan sebegitu. Namun, tahukah anda obesiti boleh menganggu kesuburan? Sesiapayang menghidap obesiti, terutamanya lelaki, berisiko tinggi untuk mengalami Erectile Dysfunction (ED), mati pucuk. Bagi wanita pula, obesiti boleh menghasilkan cyst yang merencatkan fungsi ovari,dan menyebabkan ia tidak berfungsi dengan baik. Jadi apa lagi alasan anda untuk tidak mengubah corak hidup kepada yang lebih sihat dan berkualiti? Usah salah kan bulan Ramadan yang hadir cuma sekali setahun, usah juga jadikan kerja yang bertimbun sebagai alasan untuk tidak bersenam. Semuanya bermula dari dalam diri sendiri. Lakukan perubahan hari ini, untuk kebaikan masa hadapan,” tegasnya menutupi sesi temubual ini.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pelakon serta usahawan terkenal, Hanis Zalikha dipilih sebagai duta rasmi bagi jenama Innersejuk, sebuah jenama fesyen yang tidak asing lagi di Malaysia dengan potensi kontrak bernilai USD 1 Juta atau RM 4.2 juta.
Menurut Azrul Izzam, Pengarah Urusan Innersejuk, pemilihan Hanis sebagai duta rasmi jenama itu bukanlah dibuat kerana Hanis seorang selebriti semata-mata. Malah, Hanis ialah seorang wanita yang mempunyai personaliti yang berani dan istimewa, sesuai dengan imej Innersejuk sendiri.
Tambah Azrul, Hanis juga merupakan seorang usahawan wanita yang semakin menempa nama dan berjaya serta dia juga dikenali sebagai seorang isteri juga ibu yang penyayang.
Kriteria ini yang membuatkan dirinya layak menjadi duta rasmi jenama itu. Hanis juga diibaratkan seperti ikon muslimah yang baik dalam mempromosikan jenama itu di pasaran luar negara.
Bagi Hanis pula, dia menyatakan bahawa persetujuannya untuk menjadi duta rasmi jenama ini bukanlah disebabkan nilai kontrak yang ditawarkan. Malah, ia lebih kepada nilai yang diletakkan oleh jenama ini pada dirinya sebagai seorang wanita muslimah.
Bukan itu sahaja, Innersejuk juga memberi ruang kepada Hanis untuk berkongsi idea dan visi untuk memastikan jenama ini terus berkembang maju di pasaran dalam dan luar negara.
Menyifatkan bahawa tawaran dari Innersejuk ini ialah paling lumayan pernah diterima sepanjang bergelar selebriti, Hanis sudahpun turut serta dalam sebuah kempen Innersejuk dengan menonjolkan rekaan telekung terbaru yang lebih menarik dan berbeza!
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.