
Pada pagi yang indah bersamaan 7 Ramadhan 1442H ini, penyanyi terulung negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah selamat melahirkan anak keduanya iaitu seorang bayi lelaki.
Bayi seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan di Selangor pada jam 6.21 pagi tadi.
Menerusi laman instagramnya, Siti dan juga bayi dilaporkan berada dalam keadaan baik dan sihat.

Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta telah selamat melahirkan bayi kedua mereka.
Apa yang penting baginya adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar.
Beliau dan isteri turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai.

Selain itu, mereka juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr. Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women’s Specialist yang telah menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan.
Pasangan ini juga berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women’s Specialists, Dato’ Dr. Colin Lee Soon Soo, yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan Siti yang pertama iaitu Siti Aafiyah dan anak yang kedua ini juga.
Kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah Yang Esa, insyaAllah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kongsi Kisah Ibunya Jadi Mangsa Dera Ketika Kecil Jadikan Haneesya, Gadis Disleksia Rangkul Gelaran Dewi Remaja

Menyempurnakan tugasan terakhir dengan membuat video Public Service Announcement memberitahu dirinya menyaksikan sendiri ibu kesayangan menjadi mangsa dera. Biarpun dirinya ketika itu masih kecil, tetapi pemenang Dewi Remaja 2018/19, Haneesya Hanee, 18 tahun, ini dapat merasai penderitaan dialami ibunya sendiri. Bertemu dirinya selepas kemenangan malam tadi, dia yang mesra dipanggil Hanee bercerita pengalaman itu yang dianggap sangat menakutkan dirinya.

Menurutnya ketika itu dia berusia sekitar enam tujuh tahun dan melihat sendiri ibunya menjadi mangsa pukul disebabkan faktor keluarga yang tidak stabil ketika itu.
“Bagi Hanee ia satu pengalaman yang sangat perit memandangkan ketika itu usia masih kecil berdepan dengan situasi berkenaan.
“Tetapi Hanee bersyukur kerana Hanee sudah keluar dari penderitaan itu dan tidak melaluinya lagi situasi yang tidak begitu menyihatkan itu,” ujarnya ketika ditemui sejurus selepas dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja baru.

Tambah Hanee lagi kekuatan ibunya untuk bertahan pada ketika itu adalah anak-anaknya sendiri.
“Sebenarnya Hanee nampak mak Hanee dan sampai depress (murung) tetapi mampu bangkit dari masalah itu dan lebih kuat apabila mahu melihat anak-anaknya jadi lebih berjaya dan jadi insan lebuh baik dari sebelumnya.
“Ibu Hanee tak mahu melihat anak-anak rosak dari family terdahulu dan caranya dengan memberi kasih sayang terbaik buat kami adik beradik. Bukan dari wang ringgit tetapi belaian seorang ibu yang memang kita harapkan sebagai anak.
“Pada Hanee, emak Hanee sangat memberi support dalam industri ini. Dia menjaga dan uruskan Hanee segalanya dan bila Hanee nampak effort mak sendiri dan membuatkan Hanee jadi lebih kuat,” tambahnya yang turut menjadikan ibu sebagai idola.

“Memang semestinya ibu adalah idola Hanee. Ini kerana apa yang Hanee boleh lihat kekuatan yang ada dalam diri emak Hanee yang teruskan kehidupan untuk menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih sayang.
“Malah emak Hanee sanggup lupakan hasratnya untuk berjaya dalam karier kerana ingin hanee tampil kehadapan. Hanee sangat respek dan bersyukur sangat-sangat kerana dikurniakan ibu seperti emak Hanee.
“Jadi untuk membalas segala pengorbanannya, Hanee mahu berikan kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya. Hanee mahu berikan satu kejayaan dalam karier yang boleh banggakan dia.
“Dan Hanee percaya malam ini dengan kejayaan dari juara Dewi Remaja telah mebuat emak Hanee bangga. Selepas ini Hanee berjanji akan beri kehidupan lebih baik lagi untuk emak Hanee,” jelasnya yang gembira dengan kemenangan tidak disangka ini.

Malam semalam juga turut menyaksikan ibu Hanee, yang mesra dipanggil Sakuraneeda turut hadir memeriahkan majlis berkenaan. Ternyata ibu muda ini begitu gembira melihat kemenangan yang tidak dijangka.
“Saya bangga dengan kemenangan Hanee itu. Kalau sebelum ini ramai yang kata dia sudah glamour dan ada nama kerana berlakon dalam drama popular. Tetapi itu orang kenal dia melalui watk Zaza bukan Haneesya Hanee.
“Jadi saya cakap padanya, saya nak dia beritahu satu Malaysia dia adalah Haneesya Hanee. Walaupun berkulit gelap tetapi tidak bermakna kita boleh dihina sesuka hati. Oleh sebab itu dia sangat terbuka untuk menentang sebarang bentuk kejian dan cercaan jika menyentuh warna kulitnya,” tambah Sakuraneeda yang mengakui pernah berdepan masalah rumahtangga hingga menjadi mangsa dera.
“Walaupun Hanee seorang disleksi dan agak kurang fokus dalam pelajaran, tetapi ada memori yang sukar untuk dia lupakan dari kotak ingatannya. Salah satunya adalah pengalaman saya ketika dia masih kecil.
“Melalui pengalaman itulah saya dan Hanee lebih berani bersuara dan memastikan kejadian ini tidak diulangi lagi. Hubungan kami berdua memang sangat rapat kerana dia satu-satunya anak perempuan selain dua adik beradik lelaki yang lain,” tambahnya sebelum menutup perbualan.
Ekstra Info:
Haneesya Hanee atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan menepati ramalan apabila berjaya menewaskan empat finalis lain iaitu Affie Rania, Anna Jobling, Tia Sarah dan Sherin Amiri di episod akhir pencarian Dewi Remaja 2018/2019.
Tia Sarah menyandang gelaran naib juara manakala Sherin Amiri berada di tempat ketiga. Tempat keempat disandang oleh Anna Jobling manakala Affie Rania berpuas hati di tempat kelima.
Hadiah disampaikan oleh pemenang Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose, Datuk Hans Isaac dan Editor Remaja, Faiz Aiman.
Di episod akhir ini, menyaksikan Scha Alyahya sebagai hos dan pelakon dan penerbit Datuk Hans Isaac bertindak selaku ketua juri manakala pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi dan alumni Dewi Remaja 2009/2010, Neelofa bertindak selaku juri jemputan.
KREDIT FOTO: PHOTOGRAPHER NU IDE AKTIV
INSTAGRAM HANEESYA HANEE & MAJALAH REMAJA
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Elak Sayur-Sayuran Cepat Layu, Ini Cara Mudah Untuk Simpannya Agar Tahan Lama

Kebiasaannya, kita pasti terpaksa membuang sayur-sayuran lebihan yang ada di dalam peti ais akibat sudah layu walaupun baru saja membelinya beberapa hari yang lalu.
Rasa membazir pula bukan? Jangan buntu sis, sebenarnya ada cara yang boleh kita lakukan bagi membuatkan kekal segar dan tahan lama. Nak tahu macam mana? Jom kita ikuti perkongsian daripada Fatin Tarmedi ini.
Hai semuaaa! Selamat hari ahad! Okey sayur yang selalu cepat layu atau cepat rosak ada lah daun daun.
Ni fatin nak share tips untuk simpan daun daun. Daun yang selalu fatin guna is daun kari. Tips ni fatin belajar dari kawan fatin. Nampak dia guna di ig.
So daun apa yang boleh kita guna teknik ni.
1. Daun sup
2. Daun ketumbar
3. Daun kari
4. Daun limau purut
5. Daun daun freah herbs yang selalu dalam masakkan western macam sage/basil/oregano/dill etc
Apa yang kita perlukan?
1. Plastik aiskrim/ bekas.
2. Daun daun
3. Air yang bertapis
Cara cara nya,
1. Daun yang dah dibasuh, letak dalam plastik aiskrim/ bekas
2. Masukkan air bertapis dalam bekas sampai hapus daun
3. Tutup dan letak dalam freezer.
Dia tahan lama tau. Nak pakai terus lebur aja dalam periuk.
Harap berguna ya untuk semua!

Kredit: Fatin Tarmedi
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Datuk Jamal Abdillah Pilih Wanita BERHIJAB Sebagai Isteri, Netizen Anggap JODOH & Puji CANTIK Macam Bidadari

Semalam penyanyi popular Datuk Jamal Abdillah, 59 tahun, telah memperkenalkan isteri barunya di khalayak ramai. Beliau telah berkahwin dengan Datin Zai Izzati Khairuddin, 24 tahun, pada 1 April tahun lalu dan ia merupakan perkahwinan kali keempat. Kali ini Jamal memilih suri hati seorang wanita yang berhijab. Begitu manis dalam gambar yang tersebar itu di mana begitu sempurna sekali penampilannya. Malah netizen berkata inilah jodoh dan turut memuji kecantikan isteri Jamal bak bidadari.
ctmaryam19 Lawa macam bidadari….
syafiqlee_99 cantiknya ni nama jodoh
hnf.hasya muka samalaah.. sama cantik sama hensem

Menurut Jamal, bukan dia sengaja menyembunyikan isterinya dari tatapan ramai, tetapi belum masanya untuk diperkenalkan kepada ramai ketika itu. Perkahwinan kali ini adalah merupakan kali keempat buat Raja Pop yang mana sebelum ini pernah berumah tangga dengan tiga lagi bekas isterinya.
Bercerita dengan Berita Harian Online, Jamal turut memberitahu mengenai cinta pandang pertama antara mereka. Beliau mengakui terpikat pada keperibadian lembut Izzati dan turut menyifatkan wanita itu sebagai peneman setia hidupnya sekarang kemana sahaja beliau pergi.
“Dia adalah anugerah terindah daripada Tuhan” ujar Jamal pada satu sidang media di sebuah hotel semalam.
Bercerita mengenai keistimewaan isterinya Izzati yang berasal dari Kulim Kedah ini, Jamal memberitahu mereka hanya sempat berkawan dua bulan sebelum mengambil keputusan berkahwin. Malah kedua-duanya hanya berjumpa sekali sebelum bernikah disebabkan kesibukan membuat persediaan.
Walaupun jodoh mereka diatur keluarga dan jarak perbezaan usia 35 tahun, tetapi Izzati cukup disayangi dan dihargainya. Malah sifat dan keperibadian isterinya itu membuatkan anak-anaknya, senang berdampingan dengan wanita ini. Situasi ini lebih menguatkan diri Jamal bahawa beliau cukup yakin Izzati adalah pilihan paling tepat buat dirinya.
Jamal mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 17, hasil perkahwinannya dengan Noraina dan Ahmad Zaki Yamani, 11, daripada isteri ketiganya, Fatimatuzahrah
Sebelum berkahwin, Jamal juga telah berbincang dengan ahli keluarga lain dan setelah berfikir masak-masak beliau akhirnya ambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi.

Menurutnya, perjalanan mereka sebagai suami isteri baru bermula dan masih banyak yang perlu dipelajari antara satu sama lain. Beliau juga perlu tunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan dalam hal ini kunci kebahagiaan sesebuah rumah tangga adalah bertolak ansur.
Sebaik dimuat turut foto isteri terbaru setelah hampir 11 bulan berahsia, ramai netizen yang memuji kecantikan isteri Jamal Abdillah dan rata-rata mendoakan kebahagian pasangan ini hingga ke jannah.
scph.aor Alhamdulillah.. tahniah atas pernikahan Dato’ & isteri
onino_talia Alhamdulilahhh tahniah dato jamal dan datin bhgia hingga syurga Insha Allah Aamiin
firmanmohtar Tahniah Dato …
INFO MENARIK ISTERI KESAYANGAN DATUK JAMAL:
*Berasal dari Kulim Kedah
*Berusia 24 tahun
*Sempurna sebagai wanita Muslimah dengan memakai hijab
*Mempunyai keperibadian lembut & penyayang
*Mengenali Jamal hanya dua bulan sebelum berkahwin
*Jodoh diatur keluarga
*Jarak usia antara mereka 35 tahun
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di

