Kejayaan tidak datang bergolek. Untuk mencapai kejayaan kita bukan sahaja perlu berusaha dan dalam masa yang sama turut berdoa dan bertawakal kepada Allah agar segala yang kita usahakan memperoleh kejayaan.
Kebanyakan orang-orang yang berjaya memiliki gaya hidup yang teratur. Pendek kata hari mereka dimulakan dengan sesuatu yang positif. Ini secara tidak langsung membakar semangat untuk terus berusaha dengan gigih dan hasilnya kejayaannya yang dituai.
Menurut pakar motivasi terkenal, Dato’ Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah
ada beberapa perkara yang perlu kita elakkan jika kita mahu berjaya dalam kehidupan.Elakkan dari budaya bangun lewat. Orang berjaya sentiasa bangun awal. Waktu pagi diisi dengan penuh produktif dan boleh melakukan tugasan yang banyak ketika orang lain sedang tidur.
Kebersihan adalah asas kehidupan. Kita nak bersolat pun, mulakan dengan berwuduk. Sama juga dengan hidup kita ini, jika tidak selalu tampil bersih dan kemas, maka penyakit mudah hinggap dan kita sentiasa terlarut dalam suasana negatif.
Kamu memilih untuk putus asa. Walhal ia tidak boleh ada dalam kamus hidup. Kamu kena segera bangkit dan jangan salahkan nasib. Kegagalan adalah guru untuk kamu belajar mendapat kejayaan.
Bahasa mudahnya, lantak pi. Mereka yang banyak mulut itu, tak tahu apa kamu lalui. Mereka tak bayar bil kamu. Dan mereka tiada hak untuk kawal kehidupan kamu.
Abaikan saja mulut jahat mereka dan balas semua kata-kata mereka dengan kejayaan serta kebaikan dalam hidup kamu.
Semakin hari, kos hidup meningkat. Dan orang kita pula gagal mengawal nafsu dari berbelanja yang tak perlu. Mulalah menyimpan sekurang-kurangnya 30% dari total income kamu supaya dapat back up jika ada apa-apa kesusahan di masa depan.
Moga kita semua boleh berjaya dan mencapai kejayaan dalam seperti yang diinginkan.
Semoga kejayaan mengiringi kita semua.
Sumber kredit: Dato’ Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah Top image: Photo by gerd-altmann from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.