Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah ‘Cerita’ Kebaikan Adibah Noor Yang Elok Kita Contohi

Share

Kepulangan Adibah Noor atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohamed Omar yang merupakan pelakon, penyanyi dan pengacara ke alam abadi pada 18 Jun yang lalu begitu mengejutkan semua.

Berita itu telah menarik perhatian pelbagai media, rakan-rakan selebriti, peminat, orang awam dan sebagainya termasuklah Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah sendiri telah berkongsi coretan mengenai amalan Allahyarhamah yang patut dicontohi di laman Facebook.

Berikut perkongsian penceramah motivasi ini di platform media sosialnya. Moga ia memberi manfaat kepada semua.

TUJUH KEBAIKAN ALLAHYARHAMAH ADIBAH NOOR YANG WAJAR KITA SEMUA CONTOHI:

1. Bersifat pemurah. Ramai rakan artis yang mengenali beliau, sentiasa sifatkan beliau ini selalu belanja makan, tak lokek dengan memberi dan bersedekah.

2. Tiada jurang dengan peminatnya. Beliau ramah dan sering membalas komen atau tweet peminatnya dengan penuh kebaikan dan positiviti.

3. Sangat menjaga bahasa dan tutur kata. Beliau mahal dengan kata-kata aras tinggi dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu dan English yang ada sleng memukau.

4. Berdiri atas bakat sendiri. Hidup beliau setiap adalah belajar dan memperbaiki bakat. Mengasah lebih baik dan sentiasa berniat untuk berikan yang terbaik pada audience.

5. Menggunakan platform media sosial ke arah kebajikan. Beliau selalu retweet dengan cara membantu orang awam dan juga haiwan peliharaan.
Beliau buat dengan sukarela dan ikhlas.

6. Beliau sentiasa membuat orang lain ketawa dan tersenyum. Semua orang yang meluangkan masa dengannya sentiasa dapat aura positif dan sangat menenangkan bila bersama dengannya.

7. Kata-kata beliau sarat dengan inspirasi dan pengajaran. Beliau sentiasa memberi kata-kata semangat dan motivasi buat orang di sekelilingnya.

Hilangnya sebuah butir mutiara seni yang pasti dirindui buat tanahair kita di Malaysia.

Semoga kebaikannya terus mengalir dan menginspirasi kita semua ya.

Semua info ini adalah melalui penelitian dan pembacaan di berita dan internet ya.

Sumber kredit: Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dan Instagram adibahnoormohdomar

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Norhasliza