Kepulangan Adibah Noor atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohamed Omar yang merupakan pelakon, penyanyi dan pengacara ke alam abadi pada 18 Jun yang lalu begitu mengejutkan semua.
Berita itu telah menarik perhatian pelbagai media, rakan-rakan selebriti, peminat, orang awam dan sebagainya termasuklah Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah sendiri telah berkongsi coretan mengenai amalan Allahyarhamah yang patut dicontohi di laman Facebook.
Berikut perkongsian penceramah motivasi ini di platform media sosialnya. Moga ia memberi manfaat kepada semua.
TUJUH KEBAIKAN ALLAHYARHAMAH ADIBAH NOOR YANG WAJAR KITA SEMUA CONTOHI:
1. Bersifat pemurah. Ramai rakan artis yang mengenali beliau, sentiasa sifatkan beliau ini selalu belanja makan, tak lokek dengan memberi dan bersedekah.
2. Tiada jurang dengan peminatnya. Beliau ramah dan sering membalas komen atau tweet peminatnya dengan penuh kebaikan dan positiviti.
Ads
3. Sangat menjaga bahasa dan tutur kata. Beliau mahal dengan kata-kata aras tinggi dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu dan English yang ada sleng memukau.
4. Berdiri atas bakat sendiri. Hidup beliau setiap adalah belajar dan memperbaiki bakat. Mengasah lebih baik dan sentiasa berniat untuk berikan yang terbaik pada audience.
5. Menggunakan platform media sosial ke arah kebajikan. Beliau selalu retweet dengan cara membantu orang awam dan juga haiwan peliharaan.
Beliau buat dengan sukarela dan ikhlas.
Ads
6. Beliau sentiasa membuat orang lain ketawa dan tersenyum. Semua orang yang meluangkan masa dengannya sentiasa dapat aura positif dan sangat menenangkan bila bersama dengannya.
7. Kata-kata beliau sarat dengan inspirasi dan pengajaran. Beliau sentiasa memberi kata-kata semangat dan motivasi buat orang di sekelilingnya.
Ads
Hilangnya sebuah butir mutiara seni yang pasti dirindui buat tanahair kita di Malaysia.
Semoga kebaikannya terus mengalir dan menginspirasi kita semua ya.
Semua info ini adalah melalui penelitian dan pembacaan di berita dan internet ya.
Hakikatnya, kematian adalah satu ketentuan Allah SWT. Setiap manusia pasti akan mengalami kematian.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).” (Surah al-Ankabut, ayat 57)
Ibn Kathir berkata: Iaitu di mana saja kamu berada, nescaya kematian akan mendatangi kamu. Maka, hendaklah kamu berada dalam ketaatan kepada Allah. (Rujuk Tafsir al-Quran al-‘Azim(6/197)
Apabila seseorang sudah tiba ajalnya, maka tidak dapat lagi diundurkan atau dipercepatkan walaupun sesaat.
Dalam posting di Facebooknya, Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah memberitahu bahawa dia telah kehilangan ibu mentua buat selama-lamanya.
Gagahi jua menulis dengan linangan airmata yang mengalir deras dari semalam lagi hingga ke saat ini. Ibu Ratu Hati Ustaz (Ibu Mertua Tercinta Ustazah) Hajjah Bedah bt Abdullah telah kembali ke rahmatullah 3.00 pagi tadi di sisi Ustaz & ahli keluarga.
Semoga roh arwah Ibu Mertua tersayang ditempatkan di kalangan para solihin di syurga yang tertinggi..aamin.
Rindunya kat Mak. Mak adalah Ibu Mertua Intan yang sangat baik.
HEBATNYA KASIH MAK & ANAK yang sungguh menyentuh hati. Sebaik sahaja Ustazah & Ustaz sekeluarga sampai di depan pagar rumah semalam dari Kuantan, tiba2 Abg Ustaz call & minta balik kg segera krn Ibu Ustaz dah tenat. Allahu. Terkejut & rasa teramat sedih. Baru je Ustazah, Ustaz & Hana balik kg melepaskan rindu pada Mak dan sembang panjang lebar dengan Mak sbb Mak rindu. Apapun Ustaz kena balik dulu agar sempat bersama Ibu Tercinta.
Flight pula takde. Barang-barang bermalam di Kuantan pula penuh kereta. Jadi tanpa membuang masa, tanpa duduk walaupun sesaat, Ustazah & Puteri-puteri tercinta cepat-cepat packing. Ustaz segera bertolak balik bersama Anakanda Afif & Asri. Menantu Ustazah (Asri) pecut sehabis laju.Ustazah pula doa tanpa henti merayu-rayu pada Allah agar Mak tunggu Abang Akashah ye Mak.Tunggu ye Mak.
Jangan pergi dulu Mak 2.30 pagi Ustaz sampai di kg & sempat baca Yaasin buat Mak bersama Anakanda Afif & Asri.Ustaz pangku & cium Ibu Tercinta serta bisikkan kalimah Laa Ilaaha illallah.Mak sebut dengan jelas & jam 3 pagi mak pun pergi tak kembali lagi. Allahu Akbar Hebatnya kasih Ibu & Anak.Mak tunggu anak mak sampai rupanya Allah hebat.Allah Maha memakbulkan doa.
Allah izinkan Ustaz untuk berbakti pada Ibu Tercinta hingga ke hujung nyawa.Terima kasih Afif & Asri cepat2 bawa Abah balik & alhamdulillah Abah sempat jumpa Mak Abah..Tok dah takde saying.
Ibu Mertua Ustazah dah pergi buat selama-lamanya. Tak tertahan airmata ini .
Ustazah tak tidur langsung. Terus packing untuk semua cucu tersayang balik kg. Semua nak cium Tok/Nenek. Doakan perjalanan Ustazah seisi keluarga selamat ye. Nak cium Mak buat kali yang terakhir.Doakan arwah Ibu Mertua Ustazah ye.
Salam takziah buat keluarga Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah dan Ustaz Wan Akashah.
Sumber kredit: Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Aspek terpenting saat menjalin hubungan dengan seseorang adalah melihat keperibadiannya. Bukan apa, banyak hubungan yang akhirnya kandas kerana hal kecil yang berhubungan dengan watak pasangan. Apalagi jika kamu sedang dalam tahap ke jinjang perkahwinan, watak si dia adalah yang harus anda kenali.
Perlu diingat, mencintai seseorang apa adanya hanya akan menyusahkanmu. Sehingga, jangan pernah terfikir untuk menerima sifat buruk pasangan kerana kamu kira ia akan berubah selepas berkahwin. Oleh kerana itu, pastikan calon pasanganmu memiliki 7 watak berikut.
1. Tidak angkat tangan ketika sedang emosi
PIC: Solusi
Tak perlu disangkal lagi, kekerasan dalam rumah tangga sering terjadi pada perempuan. Dalam hubungan pasti ada ketika suami-isteri saling bertengkar, namun sifat pasangan dalam menghadapi masalah ini tentu menentukan kualiti pernikahan anda.
Jika si dia adalah orang yang sering terbawa emosi dalam hal kecil sekalipun, jika ia sudah angkat tangan denganmu, fikirkan dahulu untuk menikahinya. Di sini bukan hanya kamu yang akan terluka secara fizikal, namun anak-anak dan batin anda pasti akan ikut tertekan dalam pernikahan.
2. Bukan keras kepala
Saling memahami pasangan juga menentukan kualiti suatu hubungan. Cubalah amati calon anda, adakah dia seringkali mahu menang sendiri dan keras kepala? Mungkin sekarang ini belum jadi masalah besar bagi anda, namun apa jadinya jika sikap keras kepala si dia masih terbawa dalam perkahwinan anda?
PIC: Tribunnews
Di sini anda boleh tertekan kerana ia akan semena-mena dan tak akan mempertimbangkan kebahagiaanmu. Pasangan yang mempunyai sikap ego hanya akan peduli dirinya sendiri tanpa sedikit pun memahami orang lain. Akibatnya, anda akan berkorban perasaan setiap hari menghadapi pasangan yang keras kepala. Penat, bukan?
3. Kongsi saat ada masalah mahupun saat bahagia
Dalam suatu hubungan, terbuka adalah kunci kepercayaan. Dalam erti lain, ia mahu berkongsi suka dukanya bersama anda. Dari hal kecil inilah, anda dan si dia boleh saling menjaga dan mepercayai satu sama lain. Namun, jika ia adalah orang yang tak mahu terbuka padamu, itu bererti ia tak menganggapmu ada dalam hubungan.
Jika baginya pasangan bukanlah orang yang boleh ia percayai dan ia hargai untuk mengungkapkan keluh kesah, ia pasti merasa lebih aman berkongsi masalah dengan orang lain, bukan? Perlu waspada, ini boleh jadi awal sebuah hubungan retak kerana tidak ada persefahaman!
4. Penuh tanggung jawab dan tenang dalam segala keadaan
Hal utama yang harus anda pertimbangkan dari pasanganmu adalah rasa tanggung jawabnya. Bukan hanya tanggung jawab, pasangan anda harus berani mengatasi masalah yang terjadi selepas berkahwin. Perkahwinan adalah hal rumit yang harus setiap pasangan hadapi setiap hari.
Pic: Jarak.id
Apa jadinya jika dalam rumah tangga, pasanganmu tidak mahu memperbaiki hubungan anda kerana ia pengecut dan takut? Kesannya, kamu sendiri yang akan kepenatan. Terlebih lagi, bagaimana pasanganmu bereaksi dalam menghadapi masalah juga penting. Seorang ketua rumah tangga harus boleh menenangkan keluarganya dalam situasi apa pun, bukan?
5. Menghargai dirimu dan tak membatasi ruang gerakmu berlebihan
Seringkali ketika sudah bernikah, kebanyakkan pasangan yang membatasi ruang gerak pasangannya. Memang benar, kini kalian hidup bersama dan memiliki kepentingan bersama. Namun, bukan bererti pasangan boleh mengatur segalanya tentang hidupmu. Apa yang anda jalani, tetaplah pilihan hidup anda. Dalam hal apa pun, jalan hidup yang anda rencanakan dulu jangan sampai terbatas hanya kerana si dia melarang.
Bezakan, pasangan romantis dan posesif. Jika ia sudah berlebihan membatasi ruang gerak anda, boleh jadi ia tak menghargaimu. Apa yang ia pedulikan hanyalah anda yang harus menurut apa pun keputusannya hanya kerana kini anda adalah miliknya.
6. Ia tidak gemar mengeluarkan wang untuk kesenangan anda
Dalam rumah tangga, masalah kewangan seringkali jadi topik paling sensitif bagi pasangan suami isteri. Di sini watak pasangan soal kewangan juga harus anda pertimbangkan. Jangan sampai anda memilih hidup dengan seseorang yang kedekut. Bezakan pula watak kedekut dan tidak mempunyai wang, ya! Sesusah manapun si dia, seseorang yang mencintai anda pasti akan mengusahakan untuk kebahagiaan bersama.
7. Sikap penyayang dan lemah lembut yang tak segan menunjukan perasaannya
PIC: Ohmedia
Penting sebagai kunci sukses sebuah hubungan adalah rasa kasih sayang. Menunjukkan rasa kasih sayang terhadap pasangan boleh jadi cara jitu agar perkahwinan selalu harmonis dan romantis. Pasangan anda yang ekspresif dalam mengungkapkan cintanya ini akan menunjukkan sikap positif pada anak-anak kelak. Seringkali keluarga yang terlalu pasif, boleh ternampak pada psikis anak yang tak percaya pada cinta kedua ibu bapanya. Hasilnya, anak pun akan merasa terasing dengan kedua ibu bapanya sendiri.
Inilah 7 watak penting pasangan anda yang harus dipertimbangkan sebelum menikah. Kerana pada dasarnya, pernikahan bukanlah hal remeh atas dasar cinta sahaja. Jadi, cuba dahulu analisis perilaku si dia selama ini sebelum anda benar yakin menikahinya!
Setiap wanita memang kena rajin menjaga kebersihan diri termasuk kulit wajah. Dan salah satu cara untuk mengekalkan kecantikan kulit wajah, perkara asas paling diutamakan adalah membersihkan muka.
Namun ada cara tertentu atau perkara perlu dielakkan ketika membersihkan wajah ini. Jika salah melakukannnya bimbang sisa kotoran atau bekas mekap masih ada lagi di muka dan seterusnya boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat.
Perkongsian wanita ini Wan Azlina di laman sosial Facebook memberitahu 10 kesalahan sering dilakukan ketika membersihkan wajah.
Jadikan amalan membersihkan wajah ini suatu aktiviti menyeronokkan. Malah anda akan dapat lihat hasilnya apabila kulit jadi lebih halus, bersih dan kurang bermasalah.
10 Kesalahan Ketika Bersihkan Wajah
1. Salah pilih produk
Pembersih muka yang sesuai dengan anda harus mampu menanggalkan kotoran dan kesan mekap, tetapi tidak mengurangkan kelembapan semula jadi muka anda. Memilih produk yang salah akan membuatkan kulit muka menjadi merah atau iritasi pada wajah.
2. Jangan ‘terlebih’
Membersihkan muka sekali atau dua kali setiap hari adalah bagus. Terlebih melakukannya mengganggu penghasilan minyak semula jadi yang baik untuk kulit. Apabila anda tidak mengenakan solekan, berpeluh terlalu banyak mahupun terdedah kepada sinar matahari, elakkan penggunaan pembersih wajah secara keterlaluan pada waktu malam.
3. Salah suhu air
Kata orang, air panas akan membuka liang dan yang sejuk menutupnya semula. Kenyataannya, liang roma tidak mempunyai otot untuk terbuka atau tertutup. Walaupun air panas memberi keselesaan pada wajah anda, ia sebenarnya membuatkan ia menjadi kering. Air suam adalah yang terbaik untuk membersihkan muka anda.
4. Skrub wajah
Anda boleh menggunakan skrub tetapi jangan kerap. Produk pengelupasan sebenarnya bertindak untuk menanggalkan sel kulit mati, tetapi tidak digalakkan untuk penggunaan secara kerap. Dua atau tiga kali seminggu sudah memadai.
5. Tidak bersihkan betul-betul
Tidak membersihkan muka dengan betul akan menyebabkan pori tersumbat. Walaupun sedang mengejar waktu, usah ambil mudah soal ini. Bahagian bawah rahang, garis rambut, dan hidung selalu dibiarkan. Tunjukkan sedikit kasih sayang padanya, bersihkan juga kawasan-kawasan ini.
6. Guna produk dengan bahan kimia
Elakkan penggunaan produk yang mempunyai bau, pewarna atau bahan kimia. Campuran bahan-bahan ini di dalam produk kecantikan yang anda gunakan boleh menyebabkan iritasi pada kulit muka terutamanya jika ia jenis sensitif. Baca label kandungan bahan dalam produk sebelum membelinya.
7. Gosok dengan tuala
Pedapkan, bukan gosok muka dengan tuala. Menggosok muka dengan tuala membuatkan anda rasa selesa, tetapi ia sebenarnya membuatkan tahap elastik kulit anda menurun. Paling mudah untuk menerangkannya, ia menggalakkan kulit menjadi kendur.
8. Tangguh guna pelembap
Bagi memaksiumumkan penyerapan pelembap wajah, lakukan ia sebaik sahaja anda selesai membersihkan muka. Begitu juga jika anda menggunakan sebarang serum atau produk perawatan wajah. Membiarkan muka kering terlebih dahulu sebelum mengoles pelembap ke wajah hanya akan menyukarkan proses penyerapan bahan aktif ke dalam kulit anda.
9. Beli produk ‘itu-ini’
Sekiranya anda mahu membeli sebarang produk kecantikan untuk kegunaan masa depan, elakkan jenama yang tidak dikenali. Belilah produk yang mempunyai kandungan bahan natural dan memberi kebaikan kepada kulit anda dalam jangka masa panjang seperti serum.
10. ‘Takut’ minyak
Ramai yang takutkan produk berasaskan minyak. Khuatir ia menutup pori. Sebenarnya produk ini antara yang terbaik. Minyak berkesan untuk menanggalkan kotoran secara berkesan. Carilah produk berasaskan minyak yang ada campuran tumbuh-tumbuhan seperti aprikot, bunga matahari, dan biji anggur. Ratakan minyak pada wajah dan lap bersih dengan kain yang direndam dalam air suam. Kemudian bolehlah dibersihkan dengan air.
Aduh, kulit merah-merah tapi belek bukan jerawat, ini sebenarnya masalah lain so ambil tahu cara rawat 'rosacea' yang sis kena tahu.Sis, pernah tak rasa...