Hiburan

Datin Thalia Sentiasa Amalkan Ayat Suci Ketika Memasak

Share

Datin Thalia Baiduri tidak menyangka isu ‘jampi masakan’ buat suami menjadi viral selepas dirinya bergurau ketika sesi siaran langsung di akaun media sosial miliknya baru-baru ini.

Isu ‘Jampi Masakan’ Tak Sangka Gurauan Jadi Kecaman

Pengasas jenama Talia, Datin Thalia Baiduri yang juga lebih dikenali dengan panggilan Bunda Lia ketika ditemui di Majlis Talia Glitz Raya Preview – Budaya Bertemu Busana menerangkan bahawa apa yang terjadi hanyalah sekadar gurauan dan tidak pula menyangka ianya akan menimbulkan isu beserta kecaman.

“TAPI, ALHAMDULILLAH, KEBANYAKAN YANG KOMEN ADALAH POSITIF WALAUPUN ADA JUGA YANG KECAM. JADI, ORANG SALAH FAHAM KEPADA GURAUAN SAYA ITU.

“SUAMI SAYA TAHU ISTERI DIA BUKAN BEGITU. DIA PUN KETAWA SEBAB TAHU ITU GURAUAN.

“SUAMI SAYA PUN SAMA BERGURAU KETIKA DALAM LIVE, ‘BETUL KE JAMPI? NAK KENA JUMPA USTAZ NI’,

“KITA TAHU, NENEK KITA PUN AMALKAN AYAT SUCI DAN SELAWAT. ITU AMALAN YANG DISARANKAN KEPADA KITA UMAT ISLAM MEMBACA AYAT-AYAT SUCI DALAM MASAKAN.

“BUKAN BASUH BERAS SAHAJA, APA SAHAJA. SAYA CUMA BERGURAU KETIKA SIARAN LANGSUNG. TAK SANGKA PULA INI MENJADI SATU ISU,” UNGKAP THALIA.

Sebelum ini telah tular mengenai satu klip video konon dirinya mengaku sedang membaca jampi ketika membasuh beras dan mendapat pelbagai respon daripada netizen. Dalam siaran langsung itu, Thalia turut berkata bahawa dirinya memang sedang membaca jampi untuk menundukkan suaminya, Datuk Shahriza Amir.

Ada netizen yang menyokong malah ada yang turut menegur Thalia dan mengatakan ia perbuatan syirik.

Datin Thalia Sebak Mengimbau Kenangan Lalu

Semasa dirinya memberi ucapan perasmian, dia sempat berkongsi tentang pengalamannya yang pernah susah suatu ketika dahulu.

“SAYA MASIH INGAT KETIKA SAYA MULA BERNIAGA CATERING, ADA YANG SUDAH MEMBUAT TEMPAHAN TETAPI TIDAK MUNCUL DI HARI YANG DIJANJIKAN”,

“ADA KETIKA, SAYA TERPAKSA MEMANDU KERETA YANG PENUH DENGAN LIPAS”

“SAYA BERTERIMA KASIH PADA SUAMI KERANA SENTIASA BERSAMA DAN MENYOKONG KEPUTUSAN SAYA” UJAR THALIA DENGAN SUARANYA YANG SEBAK.

Datin Thalia juga turut menyatakan bahawa bukan mudah untuk dirinya berjaya seperti sekarang, ambil masa bertahun juga. Walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai ujian, namun dirinya tidak pernah berputus asa dalam berbisnes.

Keluarkan 5 Jenis Rekaan Baju Raya Dengan Harga Mampu Milik

Menyentuh tentang jenama Talia pula, sempena Syawal kali ini, lima edisi rekaan eksklusif baju raya telah dikeluarkan untuk digayakan pada pagi lebaran nanti.

“Kita tampilkan lima jenis rekaan lima warna berbeza mengikut koleksi. Rekaan yang ditampilkan juga kontemporari moden dengan potongan baju kurung juga kaftan. Lima rekaan busana Syawal kali ini ialah Thalia, Arisya, Dahlia, Iman dan Baiduri bersempena dengan nama anak-anak saya,” kongsinya.

Bukan itu sahaja, saiz yang ditawarkan adalah daripada saiz XS sehingga 2XL dan harga yang dijual pula hanya bawah RM250 sahaja.

Dalam usaha menggalakan lebih ramai usahawan dalam kalangan wanita Thalia juga mengalu-alukan mereka yang berminat menceburkan diri dalam perniagaan untuk bersama dengan jenama itu.

“Sertai keluarga kami dan kami akan bimbing untuk kita sama-sama berjaya,” katanya yang mula aktif berniaga sejak 2018.

Kongsinya, jenama Talia juga sedang mengintai peluang untuk ke pasaran Indonesia dalam tahu ini menerusi produk Dolly Milk.  Thalia juga berkata, segalanya dalam perancangan dan akan diumumkan sebelum penghujung tahun ini.

Published by
Nurul Syamimi