Datang Malaysia Untuk Belajar, Tapi Akhirnya Gadis Itali Ini Pilih Islam Sebagai Agama Barunya. Subhanallah!

Share

Siapa sangka tujuan utama datang ke Malaysia adalah untuk menimba ilmu. Tetapi diberikan hidayah oleh Allah apabila akhirnya memilih agama Islam sebagai agama rasmi di bumi Terengganu. Bagi penuntut dari Itali, Giovanna Wolswijk, 24 tahun terbuka hati untuk memilih Islam sebagai agama barunya.

Dia yang ditemui selepas majlis Syahadah di Masjid UMT, Kuala Nerus baru-baru ini.  Giovanna berkata mula tertarik dengan Islam sejak Februari lalu sebelum mengkaji agama Islam dengan lebih mendalam melalui rakan dan ahli agama.

“Hati saya tersentuh setiap kali mendengar alunan al-Quran daripada pembesar suara masjid UMT (Universiti Malaysia Terengganu), sekali gus membuka hati saya mendalami Islam.

“Saya mula menyesuaikan diri dengan memberi salam kepada rakan selain belajar mengucap dua kalimah syahadah.

“Proses pengislaman saya berjalan lancar melalui Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) dan banyak bimbingan diberikan PISM sejak saya mengutarakan keinginan untuk memeluk Islam.

“Perasaan saya sangat tenang sebaik mengucap dua kali syahadah dan teruja bergelar saudara baru,” katanya sebelum ini yang merupakan penganut asal atheist.

Giovanna kini berada di UMT kerana mengikuti pengajian sarjana di Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS).

Pada majlis yang dilangsungkan pada 18 Jun lalu, kelihatan Giovanni tampil cantik dan santun mengenakan hijab bercorak bunga rona biru dengan ditemani rakan-rakannya.

Pengislamannya turut mendapat komen positif dari netizen melalui perkongsian di laman sosial Facebook di page Media Kreatif UMT

Semoga Allah mudahkan perjalanan hidup hambaNya

Hidayah itu milik Allah.

SUMBER: HARIAN METRO

KREDIT FOTO: MEDIA KREATIF UMT

Published by
Siti Zurina