“Datang Lah Sini Setiap Kali Lapar”-Tak Berkira Bagi Makanan ‘Free’ Kepada Pakcik Tua, Ramai Doakan Peniaga Ini Murah Rezeki

Share

Kehidupan di dunia yang sementara ini sememangnya penuh dengan ujian. Setiap manusia diuji dengan cara yang berbeza-beza. Tidak kiralah seseorang itu kaya, miskin, bijak atau orang yang tidak memiliki sebarang kelulusan pendidikan. Hakikatnya, ujian dalam kehidupan mendewasakan perjalanan hidup. 

Dalam kehidupan yang tidak sempurna ini, kedatangan orang-orang yang baik hatinya terkadang sedikit sebanyak membantu menghilangkan kegusaran atau kesedihan yang ada. Pertolongan ikhlas daripada insan baik dapat menyelamatkan dan membantu ramai secara tidak sedar.

Tak Berkira Kongsi Rezeki

Begitulah yang terjadi dalam sebuah video yang tular baru-baru ini. Humaira Hairul Anuar, 34, tidak lokek memberikan makanan percuma apabila dikunjungi seorang lelaki tua di kedainya iaitu ‘Mee Rebus YB’.

Menurutnya, lelaki berkenaan hidup sebatang kara dan belum berkahwin. Malah, dia sempat berpesan pada pakcik tersebut supaya datang saja ke kedai makannya setiap kali waktu makan.

@meerebus.ybHari banyak termenung hari ni, dia mai minta nasi goreng. Tuhan hadirkan seseorang bukan saja saja kadangkala untuk kita belajar sesuatu dari mereka mungkin juga untuk kita berbakti dengan mereka 🥲♬ Surga Cinta – Ada Band

“Dia berumur dalam lewat 50an macam tu. Menurut abah saya, dia memang tak berapa ‘sihat’. Saya kasihan dengan nasib pakcik ni jadi sebab itulah saya tak pernah berkira nak bagi makanan free dekat dia,” katanya.

Jelas wanita yang sudah mengusahakan perniagaan di situ sejak 1 Januari lalu, ini bukanlah kali pertama pakcik tersebut datang untuk makan di kedainya.

“Saya baru berpindah dari Shah Alam dan buka kedai makan dekat sini. Kedai kami ni tak ramai orang datang macam kedai lain. Biasanya memang banyak temenung saja menunggu pelanggan. Pakcik ni pula memang penduduk sini. Dia duduk dekat rumah dia sorang-sorang. Selalu juga nampak dia melintas kedai saya naik basikal. Kadang-kadang dia jalan kaki saja.” ujarnya melalui Mstar

“Tapi pada satu petang tu, pakcik ni datang kedai minta nasi goreng. Pakcik tu beritahu yang dia tak puas makan biskut saja waktu sarapan. Tapi nasi putih dah habis. Jadi saya gantikan dengan nasi ayam lauk ikan keli dengan sambal ikan bilis. Lauk tu memang dah dimasak untuk dijual… saya sedekah je untuk pakcik tu,” jelasnya.

Artikel berkaitan: Sedekah Hampir 400 Helai Tudung Walaupun Bukan Sebangsa, Niat Hanya Untuk Membantu Mangsa Banjir.

MasyaAllah, keikhlasan dirinya dalam berbagi rezeki tidak mudah untuk dilakukan oleh semua orang. Ia memerlukan pengorbanan dan keikhlasan yang sejati untuk berbuat baik dengan insan yang memerlukan walau tidak mengenal mereka.

Netizen turut sama mendoakan

Pada awalnya, wanita ini tidak menyangka video tersebut akan tular dan sekadar berkongsi sebagai kenangan berniaga. Video tersebut kini telah mendapat lebih 140K tontonan. Ramai netizen yang turut mendoakan agar peniaga ini sentiasa dimurahkan rezeki.

“Terima kasih kerana jadi orang yang baik..moga rezeki kamu tidak putus umpama air zam-zam yg sentiasa mengalir 🥰🥰🥰”

“Alhamdulilah,semoga setiap makanan disuap diselitkan pahala untuk akak amin🥰”

“Moga Allah kurniakn akak tempat khas di syurga , baik mulia hati akak 🥰

Artikel berkaitan: ‘Pelanggan Tak Cukup Nak Bayar Ibu Halalkan…’, Jual Makanan Bawah RM5, Ramai Doakan Mak Cik Ini Murah Rezeki

Buat anda yang tinggal berdekatan, anda boleh lah singgah ke kedai ini. Di antara menu yang ada adalah mi rebus, mi sup, mi kari, nasi tomato, nasi ayam dan popis. Mee Rebus YB (Yang Buat) ini bertempat di Kota Lama, Kuala Kangsar, Perak dan beroperasi dari pukul 1.30 tengah hari sehingga 8 malam.

Sumber info dan gambar: Mstar dan Tiktok @meerebus.yb

Sedikit sebanyak diharapkan perkongsian tersebut telah membuka hati orang ramai untuk berbuat baik dan sentiasa percaya pada rezeki. Semoga kebaikan yang didoakan orang ramai agar peniaga ini murah rezeki terus berkembang dan memberi inspirasi kepada orang ramai.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
S.Amira