Lemak pada leher dan dagu memang memalukan! Pasti anda rasa tak yakin bila ambil gambar je nampak double chin. Biasalah orang perempuan, nak nampak kurus je bila dalam gambar walau hakikatnya takdelah kurus mana.
Sebenarnya, anda boleh hilangkan lemak-lemak tersebut tanpa perlu melakukan sebarang pembedahan plastik atau aktiviti sedut lemak. Dengan penggunaan bahan alami je, anda mampu mendapatkan dagu serta leher idaman anda.
ARTIKEL BERKAITAN: Teknik Urutan Kaum Cina Ini Berkesan Untuk Buang Lemak Berlebihan Di Perut.
1. Mengurut Dagu & Leher
Sebagai permulaan, lakukan urutan pada bahagian bawah dagu dan leher anda. Anda hanya perlu mengurut mengikut arah jam dan kemudian urut mengikut arah berlawanan pula. Setelah selesai mengurut, sambungkan dengan membuka mulut lebar-lebar dan tutup selama beberapa kali. Lemak yang ada pada leher dan dagu pasti berkurang.
2. Minum Air Putih
Minum air putih memang nampak mudah tetapi itulah yang terbaik untuk menyingkirkan lemak pada tubuh. Inilah cara menghilangkan lemak pada leher dan bawah dagu yang paling sederhana dan mudah.
3. Mengunyah Gula Getah
Tanpa anda sedari, mengunyah gula getah mampu membuatkan otot wajah serta leher anda menjadi tegang. Bahkan, leher yang dipenuhi dengan lemak pulak akan semakin berkurang. Sebaiknya, kunyah gula getah yang bebas gula untuk mengelakkan kadar gula dalam tubuh meningkat.
4. Banyakkan Ketawa & Bercakap
Cara menghilangkan lemak paling mudah adalah dengan banyak ketawa dan bercakap. Aktiviti ini dikatakan mampu menegangkan otot leher dan wajah secara automatik. Ketika kulit menegang, secara automatik anda berjaya mengusir lemak yang ada pada leher.
5. Menggunakan Putih Telur
Masker putih telur merupakan satu idea yang bagus dan tepat untuk mengusir lemak pada leher dan dagu. Lakukan masker sendiri di rumah dengan mencampurkan satu sudu makan minyak peppermint, jus lemon dan putih telur. Bahan-bahan ini boleh dicampur dan dioles pada leher dan dagu. Masker ini mampu membantu anda menghiangkan lemak pada leher serta dagu jika anda melakukan rawatan dengan lebih kerap.
ARTIKEL BERKAITAN: Campur Sahaja 4 Bahan Alami Ini, Boleh Bantu Anda Bakar Lemak Degil!
6. Manfaat Dark Chocolate
Coklat terutamanya dark chocolate boleh dijadikan masker wajah dan leher. Ia juga boleh digunakan untuk mengurut bahagian leher dan dagu anda. Coklat sangat berkesan dan mampu meningkatkan proses peredaran darah sehingga lemak pun boleh hilang dengan lebih cepat. Kulit leher juga akan tidak akan mudah kendur.
7. Minum Teh Hijau
Bila anda minum teh hijau secara teratur, metabolisme pada tubuh akan meningkat. Secara tidak langsung, pembakaran lemak dalam tubuh akan berlaku dengan lebih sempurna, tidak terkecuali pada bahagian leher. Teh hijau mengandungi antioksidan yang sangat baik untuk membuang racun pada tubuh.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Sumber: hariangadis.com