Betul lah orang kata, kalau makin kurus makin nampak muda! Bila badan makin ringan dan sihat, kecantikan dalaman itu akan ‘auto’ terserlah pada wajah.
Begitulah perubahan terkini yang dapat dilihat pada Nurul Shuhada Mat Shukri atau lebih dikenali sebagai Shu Shukri. Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi ini kelihatan semakin cantik, pandai bergaya dan confident.
Namun, perubahan paling ketara yang kini menjadi bualan ramai ialah bentuk badannya yang semakin kurus persis anak dara walaupun berstatus ibu anak dua!
Memetik perkongsian video di Instagram Hijabista baru-baru ini, Shu mendedahkan rahsia kurusnya yang sebenar.
“Alhamdulillah..bukan makin cantik sebenarnya. Tapi bila ada satu beban yang Allah SWT dah angkat, ia akan terpancar pada wajah.
“Untuk kurus, Shu memang ada makan supplement di samping mengamalkan gaya hidup sihat dan bersenam. Penting juga menjaga kesihatan mental kita, kesihatan fizikal dan sebagainya.
“Dulu Shu duduk Shah Alam, memang area rumah tu banyak fast food restaurant. Sekarang ni sejak duduk dengan Mama, Abah di Perlis memang mereka sangat strict bab pemakanan. Hari-hari makan homecooked. Memang healthy food, alhamdulillah.”
PEMBAKAR SEMANGAT
Pernah diperlekeh dan dihina hanya kerana bentuk badannya yang ‘berisi’ sebelum ini telah menjadi pembakar semangat kepada wanita berusia 29 tahun ini untuk berubah. Ternyata, usahanya tidak sia-sia.
“Shu kena hina dan diperendahkan. Gemuklah, buruk, perut dah menggelebeh lah. So itulah pembakar semangat Shu sebenarnya.”
Shu juga mahu membuktikan bahawa dia boleh sayang dirinya sendiri lebih daripada dia sayangkan orang lain.
MASALAH KULIT PALING TERUK
“Pernah satu ketika orang kutuk Shu gila-gila masa baru habis kes mahkamah dulu. Masa tu semua orang tegur perubahan wajah Shu.
“Sampai ada netizen yang tanya, Shu kena tumbuk kedua-dua belah muka ke? Tapi yang bagi negative comment tu tak banyaklah. Mostly yang positif semua. Netizen kita semua baik-baik.
“Itulah skin problem paling teruk pernah Shu alami. Dengan stres, hormon tak stabil lagi. Baru keguguran pula tu. Memang teruk sangat masa tu. Tak tahu nak buat apa.
“Akhirnya Shu jumpa skincare yang paling serasi dengan kulit Shu,” jelasnya.
NIKMAT BILA DAH KURUS
“Benda paling Shu happy sangat bila dah kurus ialah dapat beribadah dengan mudah. Kalau dulu, nak bangun tahajud ke nak bangun pagi ke macam malas je. Nak duduk di antara dua sujud pun sakit je buku lali. Sebab badan berat.
“Lepas tu dah dapat pakai baju-baju lama balik. Macam baju-baju yang Shu pakai kat Instagram tu kadang-kadang baju lama masa Shu anak dara dulu. Sebab Shu jenis yang menjaga (penampilan),” akhiri Shu.
Semoga Shu terus gembira bersama anak-anak serta menemui cinta dan kebahagiaannya yang sebenar.
Kredit Foto: Instagram Shu Shukri
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini