Bukan seribu dua, tapi berjuta-juta pengikut media sosial, transisi selebriti yang kini usahawan busana Muslimah – Aurel Hermansyah, akui akhirnya temui ketenangan diri yang dicari.

Sejak mengambil keputusan berhijab selepas mendirikan rumah tangga dengan YouTuber popular, Atta Halilintar pada 2021, gaya anak penyanyi Indonesia Kris Dayanti ini terus jadi perhatian.

Menariknya, perjalanan ibu anak dua dan kini berusia 26 tahun itu bukan sebatas pempengaruh fesyen semata-mata namun mendorong beliau mengasaskan jenama busana Muslimah, Noora Wear.

Bijak menyuai padan busana dan hijab, jom semak inspirasi fesyen Aurel Hermansyah ini…

Ads

Dedah Aurel, keputusannya untuk berhijab bukan sekadar soal fesyen, tetapi lebih kepada perasaan ingin mendekatkan diri kepada Tuhan dan menemui ketenangan dalaman. Beliau mengakui biarpun teruji dengan pelbagai godaan fesyen namun dengan iman dan tekad yang kuat, beliau berjaya menghadapinya.

Selain perubahan dalam gaya hidup, Aurel juga ingin memberi impak positif kepada wanita lain. Oleh itu, beliau mula membangunkan jenama fesyen Muslimah, Noora Wear, yang menampilkan koleksi hijab berkualiti tinggi. Dengan Noora Wear, Aurel berharap dapat membantu wanita Muslimah untuk tampil lebih yakin dan selesa dalam berpakaian sopan.

Ads
Dari Selebriti Ke Usahawan Busana Muslimah, Aurel Hermansyah Akhirnya Temui Ketenangan!
Instagram @aurelie.hermansyah

 

Dari Selebriti Ke Usahawan Busana Muslimah, Aurel Hermansyah Akhirnya Temui Ketenangan!
Instagram @aurelie.hermansyah

 

Ads
Dari Selebriti Ke Usahawan Busana Muslimah, Aurel Hermansyah Akhirnya Temui Ketenangan!
Instagram @aurelie.hermansyah

Sejak berkahwin dan bergelar ibu, gaya hidup Aurel semakin matang. Beliau kini lebih aktif dalam dunia perniagaan, terutama dalam industri fesyen Muslimah. Melalui sesi siaran langsung di media sosial, Aurel sering berkongsi inspirasi, tutorial hijab, dan tip pemilihan bahan yang selesa untuk hijabi di luar sana.

Keputusan Aurel untuk berhijab telah memberikan inspirasi kepada ramai peminatnya. Ia membuktikan bahawa hijab bukan sekadar simbol fesyen, tetapi juga satu perjalanan spiritual yang boleh memberikan ketenangan dan keyakinan diri. Dengan semangat dan dedikasi yang tinggi, Aurel terus menjadi ikon Muslimah yang menginspirasi ramai wanita untuk berhijab dengan penuh gaya dan keyakinan.

Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/kaya-berpengaruh-reaksi-jutawan-kosmetik-pengasas-huda-beauty-pakai-hijab-cuit-emosi/

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI