Kini ramai selebriti melangkah ke dunia fesyen. Salah seorang daripadanya ialah Fathimah Alatas yang sukses sebagai pereka fesyen Muslimah. Sekian lama bergelar pereka fesyen, Fathimah Alatas turut mengasaskan jenama fesyen miliknya iaitu Fatima Collection (FATco).
Kelebihan dan keberadaan Fathimah Alatas mengambil masa yang agak lama untuk diiktiraf dalam industri fesyen Indonesia.
Sehinggalah akhirnya Fathimah Alatas mendapat tempat di pelbagai acara fesyen besar tanah air termasuk di Muslim Fashion Festival 2024 (MUFFEST).
Fathimah Alatas memperagakan rekaannya dengan gaun bertemakan ‘Keanggunan Klasik Dalam Keharmonian Semula Jadi’.
Akuinya, dia ingin memaparkan sisi kuat dan yakin seorang wanita.
Kerana ingin menonjol kekuatan dan keyakinan seorang wanita, untuk pertunjukan fesyen ini dia mempersembahkan koleksi yang lebih menyerlahkan keanggunan seorang wanita berjiwa kental.
“Alhamdulillah, saya gembira kerana pertunjukan fesyen FATco di MUFFEST 2024 berjalan lancar,” tutur Fathimah Alatas di Istora Senayan Jakarta baru-baru ini.
BACA JUGA: Dulu Arkitek Kini SUZIE ERYANTY Sukses Bergelar Pereka Fesyen, Ada Label Sendiri Hampir 10 Tahun
Memfokuskan kepada elemen keanggunan, Fathimah Alatas merasakan sentuhan gaya klasik dapat memberikan gambaran menyeluruh tentang makna keanggunan.
Selain itu, untuk warna diilhamkan daripada bunga mawar dan warna semula jadi yang lain.
Festival yang dianjurkan oleh Indonesia Fashion Chamber itu dibayangkan sebagai forum karya pereka tempatan demi menjadikan Indonesia sebagai pusat fesyen dunia.
Fathimah Alatas merupakan salah seorang pereka tempatan yang tampil habis-habisan di festival itu.
“Saya membuat persediaan rapi untuk mempersembahkan lapan koleksi terbaik untuk muncul di pentas MUFFEST 2024,” jelas Fathimah Alatas.
Untuk masa hadapan, Fathimah Alatas berharap agar dia dan jenamanya bukan hanya dapat menyumbang kepada dunia fesyen di Indonesia bahkan juga luar negara.