Dari ‘Kepulan Awan’ Hingga Puteri Lagenda, Ini Antara Gaya ‘Ekstravaganza’ Hijabi Di AJL37

Share

Menjadi trending di Twitter, Anugerah Juara Lagu ke-37 masih menjadi perbualan sehingga ke hari ini. Lontaran vokal dan persembahan yang hebat menyerikan lagi kesengitan pada malam semalam di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Apa yang menjadi perhatian lagi adalah busana yang diperagakan oleh para artis dan selebriti di karpet merah. Pelbagai fesyen dan stail yang boleh dijadikan inspirasi buat para hijabi di luar sana!

Artikel berkaitan: “Tak Sabarnya Nak Tunggu Baju Aina Di AJL 36!” – Netizen Label Aina Abdul ‘Queen Of Fashion’ & Mula Teruja Dengan Gaya Fesyen Peliknya!

Gaya ‘Ekstravaganza’ Menjadi Motif Utama!

Tidak mahu tampil ‘bersahaja’ ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu, ramai selebriti dan artis tanah air menggayakan fesyen yang luar biasa. Ayuh

sis kita sama-sama tengok dan lihat satu persatu gaya yang boleh dijadikan inspirasi para hijabi!

Nabila Razali

Sumber dari Nabila Razali

Menggayakan busana hasil rekaan Teh Firdaus, penyanyi berusia 31 tahun itu kelihatan manis dan anggun di karpet merah. Lebih menonjolkan lagi adalah perincian manik yang beralun dan potongan kain ‘layer’. Rona berwarna biru cair membuatkan lagi Nabila kelihatan ‘soft’ dan elegan.

Bunga

Sumber dari @aqo_imran

Penyanyi serta rapper hijabi ini sering menjadi perhatian kerana bakatnya boleh rap dengan gayanya yang sopan. Dia menggayakan busana ‘chromatic’ yang memancarkan lagi persona dirinya di karpet merah. Serasi dengan ‘drappe’ ala ‘hoodie’ itu juga membuatkan lagi gayanya lebih kearah futuristik dan sofistikated!

Shila Amzah dan Liza Hanim

Sumber dari AJL37

Gandingan kedua penyanyi yang mempunyai vokal yang memukau ini menjadi perhatian orang ramai. Lihat pula busana kedua penyanyi ini, mereka memadankan dua gaya yang serasi bersama perincian manik yang unik dan berwarna biru itu membuatkan kita teringat ketenangan laut namun mempunyai 1001 makna.

Jihan Muse

Sumber dari AJL37

Kini kembali ke pentas sebagai pengacara setelah selamat melahirkan anak keduanya. Jihan memperagakan busana ikonik hasil pereka Rizman Ruzaini. ‘

Hot Pink’ dan perincian tatahan jemeki kristal serta pelepah ostrich mewah di bahagian lengan.

Ernie Zakri

Sumber gambar dari @erniezakri

Bukan sahaja Jihan Muse namun Ernie Zakri juga muncul kembali ke pentas Akhir AJL37. Membawakan makna lagu sehingga ke busana persembahannya semalam memukau lagi dengan perincian yang penuh ‘tersirat’.

Pusaran rona monokromatik hitam putih juga merah mewakili liku kehidupan; tetap ada manisnya, walau dibaur derita. Cinta hadir dalam segenap bentuk dan bersilih ganti; namun tidak akan pernah terhenti,

Hadir dalam siluet “ballgown”, “bodice” atas diolah korset berstruktur cekung, juga dibalas dengan lengan senada. Lapisan organza dari tujuh rona diseliratkan dan dijahit satu persatu membentuk pusaran multiwarna.” tulisnya di ruangan kapsyen sebagai makna penuh busana itu.

Iman Troye

Sumber dari AJL37

Pelantun suara ‘Nang’ itu tidak juga melepaskan peluang untuk kelihatan anggun dan elegan bersama busana tradisional. Songket merah dan perincian tradisional seolah-olah Puteri Gunung Ledang itu di hasilkan oleh @mode.miroljonit

Artikel berkaitan: Gaya Kasual OOTD Dato’ Sri Siti Nurhaliza Yang Boleh Kamu Cuba Ketika ‘Work From Home’. Lebih Santai Dan Selesa!

Aina Abdul

Sumber dari @ainaabdul

Menjadi satu kepastian, Aina Abdul pasti membawakan satu gaya yang sangat memukau pada setiap kemunculannya di atas pentas. Kini Aina bawakan satu ‘kepulan awan’ yang indah serasi bersama lagunya, Terus Hidup. Busana ini hasil rekaan dari pereka terkenal, Melinda Looi.

Walaupun sudah memukau penonton dengan gaya busananya, Aina turut merangkul Anugerah Keseluruhan AJL ke-37 dan Vokal Terbaik malam semalam! 

Sumber: AJL37

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee