Bukan senang untuk senang. Sememangnya banyak onak dan duri yang perlu ditempuhi sebelum hendak berjaya. Seperti Fuzana Mokhtaza, beliau yang tidak menyangka dapat mengorak langkah menjadi seorang pereka busana perkahwinan walaupun pada awalnya cita-cita ialah menjadi seorang arkitek.
Memulakan langkah pada tahun 2011 dengan pakaian ready to wear, tanpa menoleh ke belakang lagi beliau seterusnya terus serius menghasilkan busana pengantin yang membuatkan namanya sentiasa meniti di bibir bakal-bakal mempelai yang sedang mencari pakaian yang sempurna sewaktu menjadi raja sehari.
“Sewaktu zaman belajar saya sebagai pelajar arkitek di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), saya sudah mula menerima banyak tempahan pakaian daripada rakan-rakan dan juga pelajar dari fakulti berbeza walaupun saya tiada staf untuk membantu pada ketika itu dan semuanya saya lakukan sendiri.
Pelanggan semakin bertambah dari hari ke hari selepas saya membuka akaun Facebook khas bagi perniagaan saya itu. Ira Mohd Amin merupakan antara selebriti terawal yang menempah dengan saya pada ketika itu,” jelas isteri kepada Ibrahim Shahruddin ini.
Dek kerana minat yang mendalam dalam rekaan dan jahitan, Fuzana telah mula menimba ilmu sejak dari bangku sekolah lagi dengan memasuki kelas jahitan sewaktu berada di tingkatan empat. Selain itu, beliau juga pernah menuntut ilmu di IFTC dan menghadiri kursus di London dalam bidang couture beading, pattern making dan lain-lain lagi.
TERIMA JEMPUTAN DARIPADA QATAR
Bercerita mengenai pengalaman terindah sepanjang bergelar pereka fesyen, ibu kepada Sophia Layl,2, ini menganggap jemputan daripada kerajaan Qatar untuk dirinya mewakili negara bagi mempersembahkan koleksi busana pengantinnya merupakan antara memori yang tak dapat dilupakan.
“Saya sangat terharu kerana dapat berkongsi pentas bersama dengan pereka antarabangsa lain seperti dari Lebanon, Mexico dan Sepanyol,” ujarnya yang mengagumi Zac Posen, Rizalman dan juga Monique Lhuilier ini.
Ads
“Jika berbicara mengenai pengalaman yang tidak seronok, tiada pengalaman yang tidak seronok cuma biasalah apabila bahan material yang saya gunakan itu tidak cukup, ia menjadi cabaran buat saya kerana ada material yang susah didapati di negara kita ini. Tapi saya anggap itu sesuatu yang biasa kerana tiada pekerjaan yang tiada tekanan,” tambahnya yang sering mereka busana sedondon dengan anaknya.
Selain itu, Fuzana juga turut menasihatkan agar sesiapa yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan agar membuat persiapan daripada segi mental dan juga fizikal kerana menurutnya dalam bidang ini sentiasa ada naik turunnya.
“Itu sesuatu yang normal apabila kita berasa sedih jika sesuatu tidak berjalan seperti yang direncanakan. Namun, kita harus bangkit dan ingat semula niat dan minat kita. Pasti kita akan kembali fokus selepas itu,” jelas wanita berusia 29 tahun ini.
Mengenai harapan dalam dunia fesyen, Fuzana mengharapkan agar perniagaannya ini terus kekal rdan tidak ditelan arus masa. “Saya mahukan jenama Fuzana Mokhtaza ini terus bertahan dalam industri tidak kiralah 20 mahupun 30 tahun akan datang,” katanya sebelum mengakhiri perbualan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ada apa dengan kempen fesyen? Beratus-ratus kempen fesyen yang diiklankan di setiap majalah fesyen, laman sosial seperti di Instagram, Twitter dan Facebook juga diaplikasi Tiktok, kami persembahkan 5 Kempen Terbaik yang pernah mewarnai dunia fesyen.
KENZO AUTUMN/WINTER 2013
Chic and young! Apa yang tidak menarik kalau bukan dari jenama KENZO ini? Hasil garapan kreatif si pereka juga persama pereka kreatif seni grafik untuk Toilet Magazine, Pierpaolo Ferrari, Maurizio Cattelan dan Micol Talso mencipta visual yang dinamik. Apa yang menariknya untuk kempen ini, signature dari Kenzo masih jelas terlihat bila mana kesinambungan diantara unsur technicolor, pop-art juga surrealism art menjadi kunci utama dalam penghasilan imej kempen ini. Tambahan pula dengan padanan model terbaik, Sean O’Pry bersama dengan pelako popular Jepun, Rinko Kikuchi. Jelas, penggunaan model yang bagus menyumbang kepada kekuatan juga kebersanan sebuah kempen itu.
Penceritaanya mudah. Apa yang mahu disampaikan oleh pereka jenama ini, ia bagaikan gambaran satu perjalanan kembara pasangan si kecil merentasi segala rintangan sambal ditemani oleh warna-warna yang terang menemani mereka. Pilihan menarik dari HIJABISTA adalah imej di mana si kecil terbaring sambil disepit pakaian mereka. Bertambah menarik apabila adanya halaman kumbang dan rama- rama yang terang. Bukan itu sahaja, imej lain yang meggunakan simbol mata dan imej seolah berada di apungan awan memberi gambaran jelas sifat berani oleh pereka jenama ini dalam menterjemahkan ilusi penceritaan kepada orang ramai.
PRADA MEN’S AUTUMN/WINTER 2013
Christopher Waltz, Ezra Miller dan Ben Whishaw. Barisan artis popular ini barangkali sudah cukup mnejadikan kempen ini menjadi tarikan ramai. Tidak perlu grafik yang heavy. Juga, tidak perlu penambahan animasi untuk penghasilan kempen ini, ia sudah cukup menjadikan kempen ini attaractive! Sesuai dengan status jenama ini sendiri, simple yet exclusive, elemen itu dibawa dalam kempen fesyen ini milik jenama mewah PRADA ini.
Diambil oleh jurugambar terbaik, David Sims, kali ini jurugambar ini mahukan sesuatu yang berlainan. Jikalau dahulu David menggunakan khidmat model untuk kempen bagi jenama mewah ini, kali ini David mahu menggantkan leading actors kepada seorang model. Kenapa tidak? Nah! Ia menjadi hit! Mana tidaknya, perabot corak geometri dan muted colour palette seperti kuning mustard dan burnt sienna sekali gus menaikkan unsur 1960-an.
Jelas, di situlah garapan idea tercetus juga inspirasi diambil dari zaman itu untuk koleksi ini. Gaya bersahaja dan diambil dari sudut yang berbeza, menjadikan kempen ini bukan sahaja mewah dari penjenamaan brand, malah mewah dari segi kempen nya juga.
LOEWE AUTUMN/WINTER 2015
Pernah menjadi kontroversi buat seketika, kempen ini seolah-olah miliki aura sehingga orang tidak putus berbicara mengenainya. Pengarah kreatif, Loewe Jonathan Anderson masih memberi kepercayaan penuh kepada jurugambar Steven Meisel untuk kempennya kali ini.
Apa yang menjadi kunci kepada kekuatan kempen ini adalah apabila potret diri jurugambar ini sendiri, Meisel yang bercium dengan seorang lelaki yang tidak dinamakan. Penuh dengan seribu satu rahsia namun ada nilai krativiti di sebalik imej kempen ini. Selari dengan koleksinya pada masa ini dimana Loewe menciptaka karya artistic dengan gaya androgini yang padu dengan pilihan palet warna yang klasik. Jika anda mengamati setiap satu imej kempen ini, sememangnya model lelaki ditata rias persis wanita. Baik dari segi penggayaan rambut dan shilloutte rekaannya, memang lebih feminine dan glamour. Namun, hasil dari ideannya yang unik ini, menjadikan kempen ini one of the best campaigns of all time!
LOUIS VUITTON”S SPRING/SUMMER 2015
Untuk kempen pakaian lelaki Spring / Summer 2015 Louis Vuitton , pereka Kim Jones memberi penghormatan kepada Rajasthani, inspirasi utama untuk koleksi ini. Keindahan Bandar Jaipur, India diindahkan lagi dengan kekuatan seni yang ada pada jurugambar Peter Linderbergh. Walaupun pendatang baru, namun masih mampu menghasilkan imej yang berkualiti juga menepati konsep dari jenama mewah ini.
Terkenal dengan nilai artistik pada setiap bangunan di bandar ini, menjadikan kempen ini lain dari yang lain. Paduan warna gelap dan pencahayaan romantic memberi kedalaman ketara pada Peter untuk memberi yang terbaik. Menariknya lagi, setiap garisan melengkung seni bina Maharaja yang dibina di banar ini memberi gambaran penh terhadap penghasilan Jones untuk koleksinya di mana imej geometric juga silhouette yang lebih lembut menjadi tunggak utama dalam penghasilannya. Kreatif dan inovatif! Jelas, gabungan diantara pemandangan lokasi juga rekaan yang hebat mencipta satu dimensi mewah dalam sebuah kempen itu.
CALVIN KLEIN SPRING 2016
Jenama Calvin Klein ini tidak pernah lari dari isu hangat. Tidak pula penat mencipta kontroversi seluruh dunia. Kalau dahulu pada tahun 1992, jenama Calvin Klein mencetuskan “media storm”, pabila Mark Wahlberg dan Kate Moss yang baru sahaja berusia 17 tahun pada masa itu diangkat sebagai model utama untuk kempen itu dengan imej yang agak seksi. Pun begitu, akhirnya ia dilabelkan sebagai one of the most iconic campaigns of the 90s.
Untuk tahun 2016 ini, sekali lagi jenama ini mencipta fenomena dengan menampilkan barisan artis ternama sebagai penguat kempen ini. Terus-terusan ia menjadi perbualan orang ramai apabila Justin Bieber, Kendal Jenner, Abbey Lee Kershaw, Kendrick Lamar, Fetty Wap, dan Laura Sorensen memuat naik gambar juga video di laman sosial media mereka dengan menggunakan slogan:
I____ in #mycalvins
Akhirnya hashtag #mycalvins ini menjadi fenomena seluruh dunia. Sasaran yang lebih mega- millennium untuk kempen kali ini bakal dikecapi dengan penerimaan seluruh dunia walaupun ada segelintirnya memberi respon yang negative terhadap kempen ini. Apa yang menariknya, jika anda melihat pada semua gambar mahupun video yang dimuat turun oleh barisan artis ini, ia seoleh menceritakan apa yang boleh dibuat oleh koleksi pakaian dari jenama Calvin Klein. Jelas, walaupun ia berunsur seksi, namun mesejnya jelas ternyata dan setiap lapisan masyarakat memahami akan konsepnya.
Pelbagai jenis jawapan yang diisi oleh barisan artis untuk menguatkan lagi promosi kempen ini sekali gus menaikkan jualan berskala besar jenama ini.
I live in #mycalvins
I dream in #mycalvins
I am free in #mycalvins
I focus in #mycalvins
I flaunt in #mycalvins
Sudah pasti setiap imej dari setiap selebriti ini punya gamabaran yang berbeza. Semuanya pasti ada mengena dengan jawapan yang diisi di slogan itu. Contohnya imej dari Justin Bieber yang berdiri sambil memakai boxer putih dari Calvin Klein bersama dengan sebuah patung. Slogannya I flaunt in #mycalvins. Sedikit seksi namun masih menarik dan sudah pasti menarik minat ramai orang khusunya wanita untuk melihatnya! Tidak mustahil dengan adanya kolaborasi terbaik ini, juga maklum balas positif dari orang ramai, kempen ini bisa sekali lagi menjadi ‘one of the most iconic campaigns for 2016.’
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Fenomena siri Netflix popular, Emily in Paris masih terasa sehingga kini. Bukan sahaja dari segi cerita bahkan ia turut mencetuskan trend fesyen OOTD ala wanita Paris di media sosial.
Dalam siri tersebut, Emily digambarkan sangat bergaya dengan pakaian berjenama. Umumnya, wanita Paris sebenarnya lebih suka gaya yang ringkas tapi tetap nampak gorgeous! Mereka tidak suka memakai pakaian yang terlalu sarat dengan aksesori tapi kekal menarik.
So, bagi hijabi yang ingin bergaya ala wanita Paris, Hijabista kongsikan lima inspirasi gaya yang boleh diikuti untuk penampilan harian anda.
Kemeja Putih
Item paling asas yang anda mesti ada ialah kemeja putih. Untuk penampilan yang luar biasa, anda boleh memilih baju putih dengan rekaan lengan yang ada fashion statement seperti beropol dan sebagainya. Padankan kemeja dengan seluar panjang atau jeans.
Skaf Atau Selendang
Bercakap tentang selendang, wanita Paris sememangnya terkenal dengan selendang berwarna terang dengan motif ukiran seperti yang biasa anda lihat pada pakaian dari rumah fesyen Hermes.
Maka, anda boleh memakai tudung dengan motif ukiran tersebut sebagai tudung. Pakai selendang seperti anda memakai tudung biasa, kemudian ikat di bahagian depan leher. Boleh juga gabungkan dengan pakaian dalam warna neutral, seperti hitam atau biru laut.
Topi Beret
Siapa kata perempuan bertudung tak boleh bergaya dengan topi? Jangan silap, anda masih boleh mengamalkan gaya tipikal wanita Paris dengan topi beret. Mudah sahaja, pakai tudung seperti biasa.
Kemaskannya dengan mengikatnya di belakang leher. Letakkan beret di kepala. Anda boleh menggabungkannya dengan mana-mana pakaian seperti blazer, baju putih atau dress.
Sweater Longgar
Salah satu item fesyen kegemaran orang Paris ialah sweater. Biasanya mereka akan menggabungkan sweater dengan seluar, jeans atau skirt.
Wanita juga boleh memakai sweater longgar dengan palazzo. Selitkan bahagian hadapan sweater ke dalam seluar dan lengkapkan dengan tali pinggang.
Trench Coat
Item fesyen ini ibarat tunjang utama apabila anda mahu kelihatan kasual tetapi memukau.
Gabungkan t-shirt putih bersama jeans, kemudian sarungkan trench coat sebagai outer. Anda boleh memilih boots atau pump heels bagi melengkapkan penampilan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Jangan main-main ya dengan bucu tudung yang crumple dan tak terbentuk dengan elok. Bagi wanita berhijab kalau tudung tak ‘on point’ boleh rosakkan mood sepanjang hari tau!
Terutamanya, bila hijabi nak menghadiri majlis-majlis penting atau keramaian yang pastinya akan ada banyak sesi bergambar untuk disimpan sebagai kenangan. Kalau tudung buat hal time tu memang nahas.
Justeru, jom cuba gunakan dua teknik mudah ini, agar tudung hijabi kekal ‘on point’ walaupun ditiup angin taufan sekalipun.
Tip penggunaan hair spray ini dikongsikan oleh jurusolek terkemuka, Dato’ Alha Alfa sewaktu menatarias Ayda Jebat di hari pernikahan beliau.
Menurutnya, masalah utama yang acapkali dihadapi oleh peminat tudung bawal, khususnya tudung bawal jenis kain Satin Silk adalah kekangan untuk mengekalkan awning tudung terletak sepanjang hari. Ini kerana materialnya lebih nipis berbanding tudung lain.
Sehubungan itu, penyelesaian kepada masalah ini adalah dengan menggunakan hair spray yang sesuai. Terdapat pelbagai variasi dan ketahanan pada setiap hair spray yang membuatkan ia berbeza antara satu sama lain.
Oleh itu, hijabi disarankan untuk memilih hair spray yang mempunyai klasifikasi Extra atau Strong Hold, tanpa mengira jenama. Kerana hanya hair spray jenis ini akan membantu awning tudung bawal sis bertahan lama. Jenis lain belum tentu tau, jadi hati-hati memilih hairspray ya.
2. Gunakan Kanji Tudung
Selain dari guna hair spray, satu lagi tips yang berkesan untuk anda mendapatkan tudung yang terbentuk elok, adalah dengan menggunakan kanji untuk mengeraskan tudung atau lebih dikenali sebagai (hijab starch).
Kelebihan menggunakan kanji pada tudung ni, selain membuatkan awning tudung bawal anda kekal terpacak, hijab starch ni baunya pun lebih wangi, dan sudah tentu amat mudah untuk digunakkan!
Hijabi hanya perlu semburkan kanji tudung beberapa kali sebelum gosok tudung anda tu, tapi cara nak apply kanji tu pun kena betul tau, barulah dapat kesan yang baik bila pakai tudung bawal nanti.
Tiga Langkah Betul Untuk Apply Hijab Spray
Pertama, laraskan suhu seterika mengikut jenis material tudung yang anda ingin gayakan samada, Satin, Viscose, Cotton, Chiffon atau Moss Crepe agar suhu seterika bersesuaian, barulah tudung tak mudah terbakar.
Kedua, sebelum sembur kanji tudung tu, goncang botol kanji tu terlebih dahulu, biar larutan kanji tu sebati, kemudian semburkan pada jarak 6 hingga 7 inci di bahagian dalam awning tudung.
Ketiga, bila dah sembur bolehlah sis mula menggosok tudung secara rata guna seterika. Dah siap gosok, dijamin mudah untuk anda bentukkan awning tudung bawal anda tu dan gayakannya mengikut citatasa masing-masing.
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada...