Kecantikan

Dari 63 KG Turun 48 KG Dalam Masa 3 Bulan, Rahsia Gadis Ini Lenyap 15 KG Hanya Dengan Bersukan. WOW!

Share

Menguruskan badan bukanlah satu proses yang mudah. Ia memerlukan kesungguhan dan tekad daripada individu itu sendiri. Jika tak kuat, impian untuk kurus itu hanya tinggal impian dan tidak akan ke mana. Namun dengan tekad dan azam yang kuat daripada seorang gadis bernama Syauqina Akmar ini, dia berjaya menurunkan berat badan daripada 63kg kepada 48kg dalam masa lebih kurang 3 bulan. Memang wow kan?

Asyik makan menyebabkan badan naik.

Dia hanya menggunakan kaedah senaman yang dilakukan secara konsisten. Hasilnya dalam 3 bulan, berjaya mengurangkan 15 kg dalam masa 3 bulan sahaja.

Ini antara tips dan perkongsian darinya di Twitter.

Bagaimana boleh hilang berat badan sebanyak 15 KG

Berat naik sebab asyik makan.

Lepas habis praktikal tekad untuk turunkan berat badan. Mula dengan jogging setiap hari dan hanya rehat waktu weekend.

Mula-mula cuba kawan makan dengan cut off
gula, minyak tapi hanya bertahan seminggu sahaja.

Sedikit berisi.

Walaupun penat tapi sebab nak kurus, gigih jogging setiap hari. Sebelum ini memang jenis tak bersukan.

Pagi jogging, petang pula pergi gym dan malam workout.

Kemudian cuba run, mula-mula 1 km, 2 km dan kemudian naik sedikit.

Install apps ni untuk tahu berapa kilometer dan kiraan kalori yang terbakar.

Selalu pantau berat badan untuk tahu berapa naik dan turun.

Berjaya kembalikan berat asal.

Tak amalkan diet sebab nanti penat untuk lari.

Mula-mula susah untuk turun dan kena maintain baru jadi.

Apa pun kena kuat semangat sebab makan masa.

Maintan dengan apa yang dilakukan.

Kalau buat lagi lama, lama banyak turun.

SUMBER: Twitter Syauqina Akmar

Published by
Siti Zurina