Isi Kandungan
ToggleMenguruskan badan bukanlah satu proses yang mudah. Ia memerlukan kesungguhan dan tekad daripada individu itu sendiri. Jika tak kuat, impian untuk kurus itu hanya tinggal impian dan tidak akan ke mana. Namun dengan tekad dan azam yang kuat daripada seorang gadis bernama Syauqina Akmar ini, dia berjaya menurunkan berat badan daripada 63kg kepada 48kg dalam masa lebih kurang 3 bulan. Memang wow kan?
Dia hanya menggunakan kaedah senaman yang dilakukan secara konsisten. Hasilnya dalam 3 bulan, berjaya mengurangkan 15 kg dalam masa 3 bulan sahaja.
Ini antara tips dan perkongsian darinya di Twitter.
Bagaimana boleh hilang berat badan sebanyak 15 KG
Berat naik sebab asyik makan.
Lepas habis praktikal tekad untuk turunkan berat badan. Mula dengan jogging setiap hari dan hanya rehat waktu weekend.
Mula-mula cuba kawan makan dengan cut off gula, minyak tapi hanya bertahan seminggu sahaja.
Walaupun penat tapi sebab nak kurus, gigih jogging setiap hari. Sebelum ini memang jenis tak bersukan.
Pagi jogging, petang pula pergi gym dan malam workout.
Kemudian cuba run, mula-mula 1 km, 2 km dan kemudian naik sedikit.
Install apps ni untuk tahu berapa kilometer dan kiraan kalori yang terbakar.
Selalu pantau berat badan untuk tahu berapa naik dan turun.
Tak amalkan diet sebab nanti penat untuk lari.
Mula-mula susah untuk turun dan kena maintain baru jadi.
Apa pun kena kuat semangat sebab makan masa.
Kalau buat lagi lama, lama banyak turun.
SUMBER: Twitter Syauqina Akmar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mak Mesti Happy! Asbab Murah Rezeki, Datuk Wira Dr. Azizan Osman Jaga KPI Ibu
Dikagumi sebagai mentor kepada ribuan usahawan, beliau sentiasa mempersiapkan dirinya untuk sentiasa ke hadapan dalam memikul tanggungjawab yang lebih besar.
Malah memiliki empayar perniagaan yang gah serta kekayaan yang luar biasa, figura dikenali sebagai mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman percaya membuatkan ibunya, Hajah Mariah Ahmad bahagia asbab kepada nikmat rezekinya hari ini.
“Biar betapa sibuknya saya, saya ada KPI (Petunjuk Prestasi Utama) dengan emak saya iaitu emak saya mesti happy!
“Kalau saya lama tak jumpa emak, saya akan cari jalan untuk bertemu dia. Saya juga pastikan emak gembira misalnya melakukan sesuatu yang dia suka, berbuat baik kepada orang yang dia sayang.
“Contohnya bulan lalu saya sangat sibuk di Switzerland tapi sebaik saja pulang ke Malaysia, saya terus rencanakan percutian bersama emak selama 3 hari di Singapura. Saya juga ada KPI dengan isteri saya, malah sentiasa mencari masa untuk bersama dia dan anak-anak,” katanya.
Beliau menambah lagi, hasratnya yang sentiasa ingin membahagiakan ibu, merupakan jawapan mengapa beliau juga mudah menghadam ilmu sekaligus cemerlang dalam bidang akademik.
ARTIKEL BERKAITAN: Berbakti & Mendoakan Ibu Bapa, Ini Antara Amalan-amalan Yang Boleh Dilakukan Untuk Menjemput Rezeki
Ilmu yang membezakannya dengan…
Menyantuni kehidupan dengan berpegang pada dua perkara iaitu mencari keberkatan dan menjaga hubungan dengan orang sekeliling, merupakan jambatan rezeki yang melimpah ruah dalam perniagaannya.
Mengorbankam masa dan tenaganya untuk mendapatkan ilmu, strategi dan kajian terkini agar memberikan kelebihan persaingan buat usahawan di bawah bimbingannya.
“Ilmu itu yang membezakan pengetahuan seseorang. Matlamat saya untuk mempersiapkan diri agar dapat terus memberikan nilai dan panduan berkesan buat bangsa usahawan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di dalam dan luar negara.
“Pengiktirafan dan kelulusan pendidikan yang diterima bukan semata-mata untuk diri sendiri, tetapi untuk diberikan kembali kepada orang ramai terutama usahawan dan organisasi,” tegasnya
ARTIKEL BERKAITAN: Bukan Mudah Keluarkan Produk Kecantikan Lokal, Hijabi Ini Imbas Setahun Perjalanan Bergelar Usahawan
Beliau berkata demikian ketika sesi konvokesyen Asia e University (AeU) yang merupakan university swasta bertaraf global dengan Akreditasi MQA bagi ijazah doktor falsafah (PhD) Pentadbiran Perniagaan sejak 2010 di mana tesis Dr. Azizan bertajuk Effect of Business Coaching on Growth and Performance and The Moderating Role of Competitive Advantage in Small Medium Enterprises in Malaysia di World Trade Centre Kuala Lumpur sebentar tadi.
Terdahulu, beliau telah menduduki peperiksaan bagi Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) dan lulus pada April lalu. Malh beliau turut dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah Managepay Systems Bhd. (MPay) sebagai Pengarah Bukan Bebas.
Dalam pada itu, Dr. Azizan ketika ditemui memberitahu, beliau sangat bersyukur dengan pengiktirafan yang diterima hari ini. Dr. Azizan berkata, beliau bersama RichWorks juga sudah 15 tahun dalam membimbing usahawan dan ia merupakan ‘passion’ dirinya untuk melihat transformasi dan metamorfosis seseorang usahawan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Push Start Button Mudah Rosak? Wanita Wajib Ambil Tahu Supaya Enjin Tidak Rosak!
Isi Kandungan
ToggleBagi mereka yang mempunyai kereta generasi baru pasti sudah terbiasa dengan adanya “Push start button” untuk menghidupkan enjin kereta anda. Ia dikenali sebagai kecanggihan teknologi yang digunakan zaman kini. Ianya mudah akan tetapi ramai yang ambil mudah tentang push start button ini sampai boleh jadi rosak! Wanita pun wajib ya!
Bagi mereka yang mempunyai kereta baharu, kereta yang diimport daripada luar pasti sudah biasa dengan push start button ini. Sistem ini makin banyak digunakan kerana ia sangat memudahkan individu yang memakai kenderaan kerana anda tidak perlu lagi mencucuk batang kunci untuk menghidupkan enjin.
Apa yang perlu dilakukan adalah anda hanya menekan sahaja butang “push start button” itu sehingga enjin menyala. Kuncinya? Campak sahaja di dalam bag anda atau di dalam poket seluar. Mudahkan! Wanita juga perlu mengambil berat tentang ini kerana ianya penting untuk anda mengetahui ilmu kenderaan ini.
Artikel Berkaitan: Wanita Malaysia Kongsi Bagaimana Dia ‘Survive’ Sewaktu Lockdown 40 Hari Di China
Sememangnya, ia sangat mudah buat pemandu atau pemilik kenderaan kerana ciri-ciri kecanggihan dan kemewahan tersebut. Jadi, apa yang menjadi masalah untuk teknologi baharu ini? Sudah semestinya, penjagaan yang baik butang ini untuk tidak rosak. Kebanyakan orang di luar sana suka tidak mengambil kira akan penjagaan yang betul untuk mengelakkan kerosakan.
Untuk pengetahuan anda, jika kereta tersebut mempunyai ‘push start button’, apa yang perlu dilakukan adalah pemandu perlu memijak pedal brek dan menekan ‘push start button’ sebaik sahaja masuk dalam kenderaan. Sebenarnya cara sedemikian mampu merosakkan enjin anda dalam jangka masa panjang!
Terdapat tiga langkah yang boleh diikuti jika anda mempunyai kenderaan yang menggunakan “push start button” untuk menghidupkan enjin iaitu:
1. Langkah Pertama
Apa yang perlu anda buat adalah, tekan sekali sahaja “push start button” tanpa memijak pedal brek. Ini membolehkan panel elektronik sahaja yang akan menyala dahulu.
2. Langkah Kedua
Seterusnya, anda perlu menekan butang “stop/start” buat kali yang kedua untuk menghidupkan panel instrumen meter kereta anda. Ini akan membuatkan kotak meter menyala sedia untuk dihidupkan secara keseluruhan! Jadi anda boleh cuba cara ini dengan mudah.
3. Langkah Ketiga
Biasakan untuk biarkan lima ke tujuh saat kemudian baru anda boleh menekan pedal brek dan tekan butang “stop/start” sekali untuk menghidupkan enjin kereta pula.
Untuk pengetahuan anda, ketiga-tiga langkah ini adalah bertujuan untuk membuatkan kotak komputer kereta anda mengawal semua sistem dalam kereta dan sempat untuk menghantar semua signal ke dalam bahagian komponen serta sensor yang penting seluruh kereta tanpa dalam keadaan terkejut! Alang-alang kereta pun dah berteknologi baharu kan, jadi jagalah dengan baik supaya tak cepat rosak. InsyaAllah okay! Selamat mencuba.
Sumber: Mstar
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perbezaan Antara Pelindung Matahari Fizikal Dan Kimia, Menurut Pakar
Isi Kandungan
ToggleDua jenis pelindung matahari yang paling biasa adalah pelindung matahari kimia dan pelindung matahari fizikal. Pelindung matahari fizikal membuat penghalang pada kulit yang menyaring sinar UV, sementara pelindung matahari kimia menyerap dan menyebarkan sinar UV yang keras dari sinar matahari.
Pelindung matahari fizikal kadang-kadang disebut sebagai pelindung matahari. Mereka menggunakan bahan berasaskan mineral, seperti titanium dioksida dan zink oksida, untuk menyekat sinar UV. Pelindung matahari fizikal berfungsi dengan tetap berada di atas kulit untuk memesongkan dan menyebarkan sinar UV yang merosakkan dari kulit.
Sekiranya anda memilih pelindung matahari fizikal atau kimia? pakar dermatologi menjelaskan perbezaannya. Sama ada mereka memilih pelindung matahari kimia atau tabir suria fizikal, jika anda memakai SPF 30, ada beberapa perbezaan utama antara formula kimia dan fizikal.
- Pelindung matahari kimia menyerap ke dalam kulit dan kemudian menyerap sinar UV, menukar sinar menjadi panas, dan melepaskannya dari badan. Bahan aktif dalam pelindung matahari kimia termasuk avobenzone, octinoxate dan oxybenzone.
- Sunblock fizikal terletak di atas kulit dan memantulkan sinar matahari. Mineral titanium dioksida dan zink oksida adalah bahan aktif utama dalam blok fizikal.
- Pelindung matahari kimia berbanding fizikal
Terdapat kebaikan dan keburukan bagi kedua-dua jenis pelindung matahari.
Sunblock fizikal cenderung:
- Kurang menjengkelkan dan sesuai untuk kulit sensitif.
- Lebih melembapkan, yang boleh terasa berat pada kulit.
- Sukar menyatu sepenuhnya ke dalam kulit. Walau bagaimanapun, ada jenama yang menawarkan versi matte dan tinted yang mempunyai warna putih lebih sedikit dan dapat memberikan kulit yang licin dan sekata.
Pelindung matahari kimia adalah pilihan yang lebih baik jika anda:
- Berenang dan memerlukan formulasi tahan air.
- Bermain sukan atau banyak berpeluh pada waktu siang.
- Mahukan pelindung matahari yang cepat menyerap ke dalam kulit.
Apa yang perlu dicari semasa memilih pelindung matahari
Sama ada anda memilih SPF fizikal atau kimia, terdapat beberapa perkara yang perlu dicari pada label:
- Spektrum luas (melindungi dari sinar UVA dan UVB)
- Tanpa wangian
- Noncomedogenic (tidak akan menyumbat liang)
- Bebas minyak
- Bebas paraben
- SPF sekurang-kurangnya 30 atau lebih tinggi
Pelindung matahari untuk kulit yang rawan jerawat atau sensitif
Sekiranya anda mempunyai kulit yang rawan jerawat atau sensitif, pelindung matahari yang betul tidak akan membuat anda mudah pecah sebenarnya, ia dapat memperbaiki penampilan kulit. Cari produk yang dilabelkan untuk kulit sensitif atau mudah cela.
Beberapa pelindung matahari dapat mengurangkan penampilan noda dan perubahan warna kerana mengandung niacinamide yang merupakan keluarga vitamin B3.
Sekiranya tidak pasti pelindung matahari mana yang tepat untuk anda, dapatkan beberapa sampel yang berbeza dari pakar dermatologi atau farmasi. Letakkan sapuan di pergelangan tangan selama beberapa hari berturut-turut. Sekiranya anda tidak mengalami reaksi, maka boleh digunakan pada wajah.
Cara Betul Aplikasi Krim Tabir Suria
Setelah anda mengetahui perbezaan antara pelindung matahari fizikal dan kimia, pelajari cara yang betul untuk menggunakan pelindung matahari.
Letakkannya dengan tebal
Gunakan satu sudu pelindung matahari sekurang-kurangnya SPF 25 di wajah anda dan kira-kira dua ons untuk badan. Kecuali anda menggunakan lapisan tebal, mungkin hanya SPF 10 dari SPF 30.
Titik pelindung matahari terus ke wajah anda
Bukan memerah gumpalan ke tangan anda dan menggunakannya. Teknik ini membantu losyen menyerap dengan lebih cepat dan sekata.
Sapukan pelindung matahari terlebih dahulu
Selalu anda terdorong menggunakan pelembap dahulu tetapi yang benar, pelindung matahari dahulu diikuti dengan pelembap. Terbaik untuk mendapatkannya tepat pada kulit kering anda. Walau bagaimanapun, ini tidak penting jika anda menggunakan pelindung matahari zink oksida atau titanium dioksida.
Gunakan pelindung matahari setiap hari
Sebilangan besar pendedahan cahaya matahari adalah biasa dan tidak sengaja, bermaksud ke mana sahaja anda berada tidak tahu jika tiada tempat lindungan matahari.
Sapukan pelindung matahari sebelum anda masuk ke bawah sinar matahari. Pelindung matahari kimia memerlukan masa untuk diserap ke dalam kulit untuk berfungsi. memerlukan permulaan lebih kurang 20 minit.
Gunakan zink oksida
Jika anda memerlukan perlindungan cahaya matahari dengan segera. Kedua-dua zink dan titanium dioksida adalah mineral yang menyekat sinar UV matahari, jadi ia berfungsi lebih cepat daripada bahan pelindung matahari kimia, yang mesti diserap untuk menukar cahaya menjadi tenaga panas di kulit anda.
Gunakan semula pelindung matahari setiap 90 minit
Formulator pelindung matahari terkemuka pernah mmenyarankan, bahawa banyak pelindung matahari menjadi tidak stabil (tidak berkesan) apabila terkena cahaya matahari. Ironinya, bukan? Ini bermakna losyen berhenti berfungsi, jadi anda perlu menggunakan lebih banyak setiap beberapa jam.
Sentuh dengan solekan mineral
Sekiranya anda keluar semasa makan tengah hari, aplikasi pelindung matahari pagi anda sudah tidak berguna. Oleh itu, sentuh dengan serbuk berasaskan mineral yang mempunyai SPF dengan zink atau titanium dioksida yang mempunyai SPF 18 atau 20.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI