Pernah viral dek kerana busana hari tunangnya koyak disebabkabkan saiz badannya yang terlalu besar, wanita ini memiliki sebuah bingkisan cerita yang bisa dijadikan sebuah inspirasi kepada pembaca Hijabista yang ingin menurunkan berat badan.
Coach Aminah atau lebih mesra dipanggil sebagai Coach Ami, pernah memiliki berat badan seberat 127 kg. Namun, semangatnya tidak pernah luntur untuk melakukan perubahan dan hari ini, dia tersenyum lebar apabila saiz tubuhnya menjadi 60 kg. Proses menurunkan berat badannya yang hanya selama 7 bulan bukti dirinya tidak mudah melatah.
Bertanyakan mengenai pengalamannya dahulu saat bersaiz besar, dia menyatakan bahawa dia tidak pernah menerima sebarang kecaman ataupun kata-kata negatif dari orang sekelilingnya. Namun, perubahan itu muncul dari dirinya sendiri yang mendorongnya untuk mendapat berat badan hari ini.
“Jujurnya, semuanya bermula saat kain busana nikah saya koyak. Ketika itu perasaan saya bercampur-baur. Walaupun ketika itu saya tidak mendapat apa-apa kecaman dari orang ramai, namun saya berasa malu dan tidak yakin dengan diri sendiri,” ulasnya.
“SEMUA BUTIK TIADA SAIZ..”
Kongsinya lagi, antara momen yang paling memalukan apabila dia sukar untuk mendapatkan busana perkahwinannya kerana saiz badannya yang besar.
“Setiap kali masuk ke butik pengantin, pasti saya menjadi stres kerana mereka tidak mempunyai busana yang mengikut saiz saya. Perasaan negatif ini kadang-kala saya tidak tunjuk di khalayak ramai. Ia akan hadir apabila saya berseorangan dan membuatkan saya berfikir secara negatif,” tegasnya lagi.
Baca juga: Berat Badan Berlebihan Punca Mati Mengejut, Pakar Kongsi Kepentingan Penjagaan Kesihatan Jantung!
Bermula dari momen itulah Coach Ami menyimpan hasrat untuk menurunkan berat badan dan berusaha untuk mendapatkan saiz yang ideal biarpun prosesnya bukanlah mudah dan singkat.
“Percayalah, bersaiz besar itu bukan normal. Jika kita membiarkannya, ia akan memberi kesan pada hari tua kelak. Sakit lutut, sukar untuk bergerak dan menghidapi penyakit-penyakit lain, antara kesan buruk yang bakal menganggu hari tua nanti,” ujarnya.
Menurut Coach Ami lagi, orang sekeliling bukanlah penentu untuk diri kita berubah. Apa yang penting, diri sendiri yang serius ingin melakukan perubahan.
Sedikit info mengenai Coach Ami, namanya sudah tidak asing lagi dalam dunia kesihatan dan kecergasan. Sehingga hari ini, ramai wanita terutamanya yang mengalami masalah berat badan menjadikan Coach Ami sebagai rujukan dan belajar darinya. Ia secara tidak langsung menjadikan Coach Ami antara instruktor kecergasan yang semakin dikenali dan dipercayai ramai.
Sumber gambar: Instagram Coach Aminah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe