Kulit merupakan antara organ terpenting dalam bahagian tubuh manusia, jadi ramai diantara kita, khususnya kaum hawa amat menitikberatkan penjagaan kulit agar kekal sihat dan bersih dari anasir-anasir yang boleh membawa kerosakkan kepada kulit.
Malah, pelakon dan pengacara jelita, Daphne Iking turut memberi penekanan tentang kepentingan menjaga kulit di awal usia kanak-kanak.
Menurut Daphne, penjagaan kulit ini tidak hanya tertakluk kepada wanita sahaja. Tetapi, lelaki juga harus cakna tentang manfaat menjaga kebersihan dan kesihatan kulit.
Sehubungan itu, Daphne sememangnya menerapkan kepentingan menjaga kulit ini di dalam keluarganya.
“Anak bongsu saya yang berusia tiga tahun, hinggalah ke anak lelaki saya yang tua berusia 7 tahun, saya beritahu bahawa penjagaan kulit penting untuk mereka, ia juga untuk menjaga kebersihan kulit.
“Bagi anak saya yang lelaki, cukup sekadar membersihkan muka, pakai sunscreen dan losyen untuk menjaga kelembapan kulit. Meskipun dikalangan rakan sebaya mereka menganggap skincare hanyalah untuk kegunaan perempuan.
“Saya juga terangkan kepada mereka, bahawa mereka mewarisi genetik saya yang kadangkala dijangkiti eczema dan alergik pada beberapa perkara di rumah seperti, habuk dan debu, bulu haiwan peliharaan dan sebagainya.
“Dan saya rasa perlu untuk kita membangkitkan isu ini, sebagai salah satu langkah mewujudkan kesedaran menjaga kebersihan dan kesihatan kulit dikalangan masyarakat,” katanya.
Selain itu, Daphne juga turut berkongsi tentang bagaimana kedua-dua anak gadisnya yang sedang meningkat remaja, kini mulai berjinak-jinak dan begitu berminat terhadap produk penjagaan kulit wajah. Terutama, anak keduanya Iman yang sering meniru tingkah laku kakak sulungnya Isabelle.
“Anak saya, Isabelle kini sudah mula akil baligh. Dan dia dah mula hadapi masalah kulit berjerawat. Jadi saya ada pergi membeli belah bersamanya. Adiknya, Iman sering meniru tingkah laku kakaknya.
“monkey see, monkey do. See the sisters doing anything follow soon.’ Masalahnya, Iman ini dia mempunyai eczema dan dia mempunyai kulit yang amat sensitif.
“Jadi bila kakak dia pakai produk yang mengandungi T3, untuk atasi masalah jerawat dan Iman tiru serta melakukan perkara sama pada kulitnya yang sensitif, kulit dia akan pedih dan sakit,” ujar Daphne.
Mengulas lanjut, Daphne berkata dengan adanya rangkaian produk khusus untuk kanak-kanak seawal usia 4 tahun ini. Daphne juga turut merasa teruja dan tidak sabar untuk Iman mencubanya.
“Jadi dengan adanya skincare khusus untuk kanak-kanak seawal usia 4 tahun hingga kepada yang menginjak remaja yang akan membantu mengatasi masalah kulit sensitif seperti Iman.
“Malah, didatangkan pula dalam packaging yang comel dan manis berwarna hot pink yang tidak terlalu kelihatan kebudak-budakkan. Kerana Iman kini di fasa saya tak mahu jadi budak-budak, saya nak cepat dewasa, tapi saya masih lagi mahukan sesuau yang cute dan comel.
“Sebagai ibu saya juga sangat teruja untuk memberikan peluang kepada Iman untuk mencuba produk penjagaan kulit kanak-kanak rangkaian Little Lady dari Bzu Bzu,” jelasnya.
Daphne berkata demikian, ketika menghadiri majlis pelancaran BZU BZU Little Lady di The Greybox (GMBB), Kuala Lumpur sebagai tetamu jemputan dan turut berkongsikan bagaimana dia menjaga kesihatan dan kebersihan kulit anak-anaknya.
Sekadar info, rangkaian penjagaan kulit Little Lady dengan kerjasama Watsons ini diformulasi untuk kanak-kanak perempuan berumur 4 tahun ke atas.
Menariknya, ia merupakan penjagaan kulit terkini yang selamat dan dilengkapi dengan bahan-bahan semula jadi serta telah diuji oleh pakar dermatologi terbukti lembut untuk kulit.
Rangkaian penjagaan kulit, Little Lady keluaran Bzu Bzu ini terdiri daripada Mousse Pembersih Wajah, Krim Wajah dan Losyen Badan yang dirumus khas untuk menghasilkan kulit mulus dan berseri.
Artikel berkaitan: “Rasa Segan Sangat, Rasa Macam B*gel Tanggal Tudung,” – Hijrah Hijab Daphne Iking Buat Ramai Terharu
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.