Kecantikan

Dapat Sokongan Keluarga, Gadis Ini Akhirnya Berjaya Atasi Masalah Breakout Guna Produk Drugstore Terpilih

Share

Tidak dinafikan keyakinan diri berhadapan dengan orang ramai akan jadi sedikit goyah apabila jika kita mengalami masalah kulit wajah yang teruk. Walaupun pelbagai cara dan produk telah dicuba, namun hasilnya tetap mendukacitakan.

Namun perkongsian gadis ini @fatinahhusna17 bagaikan memberi nafas baru bagi mereka yang mengalami masalah breakout

.

Dia berjaya mengatasi masalah breakout teruk buat kali pertama dan kini kulitnya sudah semakin sembuh.

Walaupun mengambil masa, tetapi dia tidak pernah berputus asa dan akhirnya menemui produk bersesuaian untuk merawat wajahnya.

Malah dia turut mendapat sokongan daripada ahli keluarga yang sentiasa memberi cadangan pelbagai produk bersesuaian.

Berterima kasih kepada twitter @MaisarahMahmud kerana rajin scroll tweet yang dikongsi.

Pertama kali alami breakout awal tahun ini dan bersyukur kerana dapat sokongan ahli keluarga.

Pilihan cleanser yang dipakai sama ada ketika berada dalam rumah atau sewaktu  di luar.

Ini pula pilihan toner yang membuatkan wajah jadi lebih glow.

Turut pakai produk untuk mengecutkan jerawat yang dibeli di drugstore.

 

Jangan lupa juga untuk pakai moisturisers bagi elak wajah jadi kering. Dua pilihan untuk keluar rumah dan pakai waktu tidur.

Sebelum itu amalkan juga memakai Vitamin E untuk kesan parut.

Juga jangan sesekali skip pakai sunscreen, terutama untuk bahagian parut yang gelap.

Tidak lupa amalkan memakai skurb dan juga buat exfoliated.

Produk yang dipakai untuk exfoliated bagi membuang kulit mati.

Published by
Siti Zurina