Kebiasaan orang mereka pasti sudah terbiasa berjaga malam dan menggelarkan diri sebagai nokturnal (haiwan yang berjaga dan aktif ketika malam). Situasi ini sama juga untuk anda yang bangun seawal jam lima pagi, anda juga boleh di gelar sebagai ‘morning person’.
Sumber gambar dari Canva
Bangun setiap pagi terutama sekali pada jam lima pagi bukanlah satu perkara yang sesuai dengan semua orang–ada yang bekerja lebih dari 12 jam dan ada juga yang terpaksa bekerja lebih masa yang memerlukan tidur yang cukup. Namun, bangun jam lima pagi dapat memberikan kebaikan dalam perubahan gaya kehidupan seseorang.
Ikut kepada niat setiap orang–ada yang memilih untuk bangun seawal jam lima pagi kerana mereka ingin mulakan hari yang lebih awal dan produktif. Ada juga yang ingin hidup pada suasana yang kurang sibuk dari bunyi kereta dan sebagainya. Menurut Medium
, terdapat beberapa sebab kukuh kenapa anda patut mulakan kehidupan anda seawal jam lima pagi untuk menikmati kehidupan seharian.Artikel berkaitan: Susah Betul Nak Tidur Bila Bercuti, Jangan Risau Ada Solusinya
Setiap pagi anda akan mempunyai matlamat yang anda hendak capai pada setiap hari. Tetapi ada sahaja halangan yang anda susah untuk capai pada setiap hari, namun, anda tidak dapat kerana tidak dapat untuk mendisiplinkan diri.
Oleh kerana adanya waktu yang cukup pada awal pagi, anda boleh lakukan beberapa benda yang anda tidak boleh lakukan pada hari biasa. Berkemungkinan anda juga boleh capai matlamat anda seperti–pergi ke gym pada awal pagi ataupun senaman badan, supaya anda kekal cergas sepanjang hari dan mengekalkan badan yang sihat.
Tidak di nafikan, kehidupan seharian kita selalu menjadi terlalu cepat dan singkat oleh kerana bekerja dan ada komitmen yang perlu anda selesaikan. Jadi anda akan terpaksa mengikut gaya kehidupan yang agak serabut dan juga tidak teratur.
Adanya masa seawal jam lima pagi, anda dapat untuk aturkan strategi dan juga pelan yang boleh anda ikuti untuk menjalani kehidupan yang teratur. Mungkin selepas ini adanya jadual atau pelan yang baik, anda dapat lakukan kerja dan selesaikan komitmen anda tanpa rasa stres dan runsing.
Selalunya kita mengambil masa dari jam 9 pagi hingga 5 petang untuk selesaikan kerja harian yang perlu kita lakukan setiap hari. Dengan bangun seawal lima pagi, anda boleh selesaikan kerja dengan hanya mengambil masa dari jam 5 pagi hingga 1 petang! Walaupun anda akan tidur pada waktu yang cepat berbanding orang lain, tetapi jika dapat selesaikan kerja sebelum petang, kehidupan anda pasti akan kurang stres dan tenang berbanding sebelumnya.
Selepas 14 hari bangun pagi pada jam lima pagi, anda pasti akan terbiasa untuk tidur seawal jam 8 atau 9 malam. Walaupun bagi sesetengah orang ia agak awal, namun, ia dapat membantu anda untuk ‘mulakan’ sistem baru dengan kitaran hidup anda. Walaupun mudah penat seawal petang hari, anda akan rasa segar pada pagi keesokannya!
Bangun seawal jam lima pagi merupakan waktu yang agak efektif kerana anda dapat berada pada suasana yang nyaman dan tiada gangguan ketika itu. Anda akan rasa lebih bersemangat dan bermotivasi kerana memaksa diri bangun sebelum terbit matahari dan dapat lakukan kerja seawal itu.
Kebiasaannya pada tengahari anda pasti akan letih dan susah untuk membuat kerja oleh kerana sudah lesu. Tetapi, seawal jam lima pagi untuk lesu dan penat? Mustahil, kerana badan anda sudah segar dan anda punyai banyak tenaga untuk menyiapkan semua kerja yang perlu anda lakukan!
Sumber gambar: Canva
Artikel berkaitan: Jika Susah Nak Tidur Malam, Makanlah Buah Kiwi, Confirm Lena Dibuai Mimpi Indah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.