Suami kepada pelakon terkenal, Nora Danish iaitu Nedim Nazri turut turun pandang membantu mangsa-mangsa banjir yang terperangkap di Lembah Klang.
Berkongsi di laman Instagram, Nedim dilihat menaiki bot sewaktu melakukan operasi menyelamat dan memberikan bantuan.
Nedim dan pasukan juga berjaya menyelamatkan seorang bayi yang sudah dua hari terperangkap tanpa bantuan. Alhamdulillah!
Turut kelihatan membantu dalam misi tersebut adalah Harith Iskander serta isterinya, Dr. Jezamine Lim.
Sememangnya misi menyelamat ini menjadi sangat mencabar namun mereka tidak berputus asa untuk terus menghulurkan bantuan lagi pada hari ini. Nedim juga mengakui sebagai seorang bapa dia memahami perasaan mereka yang memerlukan.
Moga Allah memudahkan operasi mereka untuk menyelamat. Amin.
Untuk tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bahaya ‘Oxygen Shortage’ Ketika Memandu Jauh! Ini Fungsi Butang Kitaran Udara Dalam Kenderaan
Isi Kandungan
TogglePernah tak Hijabi cakna tentang fungsi butang kitaran udara yang terdapat dalam setiap kenderaan. Jika pernah lihat pun, tahukan anda apakah fungsi butang itu disediakan di dalam kereta masing-masing?
Baru-baru ini, negara digemparkan dengan berita duka melibatkan sebuah keluarga yang pengsan sehingga terlibat dalam kemalangan yang dipercayai akibat kekurangan oksigen dalam kenderaan sewaktu menghadapi perjalanan jauh.
Justeru, berikutan insiden ini. Hijabista begitu terpanggil untuk berkongsikan fungsi dan cara menggunakan butang kitaran oksigen dalam kenderaan.
Penting Untuk Pastikan Kitaran Oksigen Mencukupi Terutamanya Bagi Pemanduan Jarak Jauh!
Mengulas isu ini dengan lebih lanjut, Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Profesor Dr Wong Shaw Voon berkata, fungsi utama butang kitaran oksigen itu adalah untuk menyalurkan oksigen yang mencukupi terutamanya apabila ingin melakukan pemanduan jarak jauh, khusunya jika kenderaan padat dengan penumpang.
“Apabila tidak menghidupkan fungsi ini, ditambah dengan perjalanan yang jauh dan sesak semasa perayaan, ia menyebabkan oksigen yang ada akan berkurangan serta memberi risiko kepada pengguna kenderaan tersebut.
Aktifkan Butang Kitaran Udara! Meski ‘Air-Cond’ Kurang Sejuk Atau Buka Sahaja Tingkap
Jelasnya lagi, meskipun pengaktifan butang kitaran oksigen ini akan mengakibatkan alat penyaman udara dalam kenderaan menjadi kurang efektif, tetapi lebih baik daripada mengakibatkan kemalangan yang tidak dijangka.
“Perlu tekan butang yang ada itu walaupun kita tahu kesannya penyaman udara kurang sejuk dan bau dari luar akan masuk dalam kenderaan. Namun, ia sebagai langkah keselamatan sebelum perkara tidak diingini berlaku,” katanya lapor akhbar tempatan.
Shaw Voon menegaskan bahawa, kejadian kemalangan yang berlaku baru-baru ini berkemungkinan berlaku kerana mangsa tidak menghidupkan mahupun menggunakan fungsi kitaran udara luaran yang telah disediakan di dalam kenderaan sebagai langkah keselamatan.
Artikel berkaitan: Dah Tak Perlu Tampal ‘Roadtax’ Di Cermin Kereta, Cuma Guna Dua Bahan Je Untuk Tanggalkanya!
“Contoh kes di Bentong, mereka ada empat orang. Jadi, kadar oksigen yang mereka dapat adalah lagi rendah sebab perlu berkongsi. Tingkap ditutup, butang pengaliran udara tidak ditekan, ditambah dengan ruang yang terhad.
“Apabila lama sangat di dalam kereta tanpa menggunakan fungsi kitaran udara luar, mereka akan rasa penat. Ini bermaksud sudah kritikal. Bila dah rasa begitu (penat), mereka pengsan,” ujarnya.
Selain itu, antara cara lain yang boleh digunapakai sekiranya tidak mahu menghidupkan butang aliran udara. Anda disarankan untuk membuka tingkap sekali sekala, sekiranya bercadang untuk menghafapi perjalanan yang panjang dan jauh.
Ini demikian kerana, menurut Shaw Voon perkara sama mungkin tidak menimbulkan masalah sekiranya memandu dalam jarak dekat, walaupun tidak menggunakan fungsi kitaran udara tersebut. Apa yang menjadi masalah adalah sekiranya memandu pada jarak jauh bagi jangkamasa lama.
“Kalau memandu dekat, dalam 10 minit sampai, memang tiada masalah. Tapi kalau 10 jam, memang akan membawa masalah. Demi keselamatan, tekanlah butang kitaran udara itu,” tegasnya lagi.
Sumber: Sinar Harian
Artikel berkaitan: Bau Kereta ‘Masam’ Buat Orang ‘Turn Off’, Cuba Pewangi Viral Ini Hilang Segalanya!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cantiknya Dekorasi Bilik Jagaan Selepas Bersalin SYAHRINI, Rona Merah Jambu Jadi Pilihan
Penyanyi Indonesia, Syahrini kini bergelar ibu kepada seorang cahaya mata perempuan yang dilahirkan pada 1 Ogos 2024 lalu. Syahrini dan suaminya, Raino Barack akhirnya memegang status ibu bapa setelah lima tahun perkahwinan.
Tambah bahagia apabila anak sulung mereka yang digelar Puteri R itu berkongsi tarikh lahir yang sama dengan Syahrini.
“Terima kasih atas segala kasih sayang, hadiah dan ucapan buat Puteri ‘R’. Alhamdulillah kami bersyukur.
“Terima kasih Ya Rabb, bertambahnya usia tahun ini bertepatan dengan kelahiran buah hati kami. Penantian yang berhujung indah. Pencapaian dari kesabaran dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu semata-mata atas reda dan izinMu.”
Lebih istimewa, turut disediakan bilik jagaan selepas bersalin buat Syahrini yang berlatarkan rona merah jambu.
Menerusi muat naik di Instagram, Syahrini berkongsi dekorasi ruang bilik tersebut yang penuh dengan hiasan comel bermula dari pintu masuk.
Melihat kepada dekorasinya, terserlah keterujaan dan kasih sayang pasangan ini yang sekian lama menanti kehadiran zuriat sulung mereka itu.
Rona merah jambu memenuhi bilik jagaan selepas bersalin Syahrini. Dari hadapan pintu tergantung huruf ‘R’ yang dihiasi dengan tulle dan dua reben besar.
Masuk ke dalam bilik, belon merah jambu melekat di siling dengan reben berjuntai.
Bunga dan kek juga tidak dapat dipisahkan dalam hiasan menyambut kelahiran Puteri R.
Ruang katil Syahrini turut dihias di mana terdapat reben besar berwarna merah jambu yang dihias dengan belon mengindahkan lagi ruangan.
Dalam gambar yang dikongsi, Puteri R yang sedang nyenyak tidur dikelilingi bunga-bunga indah.
Tidak ketinggalan, Syahrini turut menyediakan katil dan selimut dengan initial khas buat puteri kesayangannya itu.
BACA JUGA: Pernah Dua Kali Keguguran SYAHRINI Kini Dalam Fasa Bahagia, Usia Kandungan Cecah 7 Bulan
Syahrini turut menitipkan ucapan penghargaan buat suami tercinta atas segala pengorbanannya selama ini.
“Terima kasih buat suami ku yang luar biasa memanjakan dan sentiasa sedia mendampingi. Welcome to fatherhood imam terbaik,” tulis Syahrini.
Terdahulu, Syahrini pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali. Hanya dengan kehamilan kali ketiga barulah Puteri R dilahirkan.
Syahrini dan Raino Barack bernikah pada Februari 2019. Semoga Puteri R membesar menjadi anak yang solehah, bijak dan secantik ibunya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nampak Simple Tapi Tetap Bergaya , Stail Baru Dato’ Seri Vida Diterima Positif Orang Ramai
Isi Kandungan
ToggleSetiap orang pasti mempunyai gaya dan signature mereka yang tersendiri apabila kita melihat mereka. Elemen ini penting juga buat selebriti oleh kerana ianya suatu benda yang boleh membuatkan orang kenali mereka dengan lebih senang.
Cukup terkenal dengan gayanya yang berkilau serta unik, penampilan Dato’ Seri Vida baru-baru ini mengejutkan warganet dengan gaya yang lebih simple. Ada yang kata tampak lebih muda sebegini.
Walaupun simple tetap nampak gaya DSV
Siapa sahaja yang tidak tahu usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida, 51, yang popular di sebabkan personalitinya yang menghiburkan orang ramai. Tambahan pula, dia juga turut menjadi perhatian orang ramai oleh kerana penampilan yang sering di tonjolkan.
Gemar di kenali sebagai DSV, dia juga turut memperagakan beberapa jenis pakaian yang luar dari kebiasaan. Tidak ramai seperti dia, aksesori emas, penggunaan baju serta tudung yang berwarna hot pink menjadi signature dia dan ramai yang tahu itulah dia DSV.
Penyanyi lagu Ku Ikhlaskan itu ada memuatnaik satu posting di ruangan Instagram miliknya itu baru-baru ini. Menjadi aktiviti normal untuk melihat DSV berkongsi tentang outfit serta perkembangan hidupnya seharian.
Namun, kali ini ia mengejutkan ramai orang kerana DSV memilih untuk berpakaian lebih simple dan tampak lebih muda seperti yang di katakan dalam ruangan komen. Siapa sangka DSV akan pilih untuk bergaya seperti itu.
Dato’ Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, mengenakan pakaian dress berwarna hot pink dengan perincian manik-manik yang melengkapi gaya yang simple dan sofistikated. Dia juga mengenakan gaya turban yang membuatkan gayanya tampak lebih fresh dan mempersona.
Artikel berkaitan: Telekung 20 Meter Simbolik DSV Reda Walau Selalu Dipermainkan, Ku Ikhlaskan Bikin Hati Netizen Sayu!
Komen yang memberangsangkan tentang gaya baru DSV
Sudah pasti ramai yang akan mengolah atau memberi komen tentang pemakaian DSV kerana dia sering menjadi perhatian orang ramai. Kini, ramai yang memberikan kata-kata positif mengenai pakaiannya. Bahkan ada juga yang minta kekalkan gaya seperti itu.
Rata-rata ramai yang memuji penampilannya yang tampak simple namun masih mengekalkan gaya signature Dato’ Seri Vida. Jelas sekali ramai yang menantikan yang gaya terbaru DSV setiap hari. Cantik dan ayu, tak sabar nak tengok apa yang akan di bawakan pada masa akan datang pula.
Sumber info: Instagram Dato’ Seri Vida
Artikel berkaitan: “Dato Suka Alice In Wonderland Ke?”- Netizen Terhibur Dengan Video Teaser DSV, Muah Muah Raya!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI