Isi Kandungan
ToggleSelain jerawat, kewujudan kumis di atas bibir juga menjadi salah satu masalah yang turut membelenggu kaum wanita. Sekali pandang kehadiran kumis ini membuatkan penampilan kita tidak begitu menarik dan boleh dilihat seperti seorang lelaki. Pelbagai cara dilakukan untuk menghilangkannya sama ada melalui cara tradisional atau moden.
Perkongsian seorang gadis ini di laman twitter menggunakan nama akaun @padgielee memberitahu cara untuk menghilangkan kumis di laman sosial hanya mengambil masa selama 4 minit.
Thread yang dibuat ini juga mendapat ribuan retweet dan share di media sosial. Gadis ini memberitahu hanya dengan menggunakan produk bersesuaian dibeli dari drugstore untuk menghilangkan kumis yang boleh menyebabkan kita kelihatan seperti lelaki.
Wanita yang ada kumis boleh hilangkannya dengan menggunakan produk ini dan hanya ambil masa empat minit sahaja.
Hanya beli di drugstore tak sampai RM30.
Tapi tak boleh pakai lama takut hilang bibir.
Pilihan untuk yang malas nak threading atau cukur.
Akan tumbuh balik tapi halus dan kena rajin buang.
Boleh juga guna produk ini yang turut mengandungi pelembap.
Tumbuh balik bergantung pada hormon dan lebih baik letak produk dari buat threading.
Tumbuh semula tapi tak lebat.
Pernah ada pengalaman buat threading sampai menangis.
Pernah ada pengalaman guna krim yang sama.
Dah guna dua tiga tahun dan sangat disyorkan penggunaannya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dapat Ribuan Share, Wanita Ini Kongsi 9 Produk Drugstore Terbaik Sembuhkan Wajah Dari ‘Breakout’
Tidak dinafikan pelbagai lambakan produk penjagaan wajah yang dijual di pasaran. Namun tidak pasti apa yang sesuai untuk kulit bermasalah seperti berjerawat. Kuit bermasalah seperti ini perlu produk yang betul-betul sesuai bagi memastikan sembuh seperi sedia kala.
Perkongsian wanita ini di laman sosial facebook, Amy Hamid yang dulu mempunyai masalah kulit berjerawat memberitahu produk digunakan dalam rutin perjagaaan harian.
Kebanyakan produk dibeli di drugstore dan digunakan secara konsisten. Harganya juga berbaloi dan akhirnya masalah dialami berjaya diatasi.
Morning
Ada free sikit harinie walaupun semalam tido kul4pagi
Amy nak share skincare apa amy pakai sampai skin amy boleh bersih! Cuma parut teruk tu memang take time tapi boleh beza la skin dulu dengan sekarang
1-cetaphill cleanser
Gais amy nak explain cetaphill nie kena sabor bebanyak kome bak kata orang perak. Bulan pertama jujur cakap jerawat besar2. Nak kuar pown malu. Terfikir tak sesuai ke. Mula la dah down. And amy sama cm korang terpikir better pakai ada merkuri sebab bila change muka makin teruk. Nasib la orang sekeliling support! Berkat sabor serasi sangat sekarang. Bila basuh tu feel bersih dan tone kulit makin sama. Ha! Cetaphill xde buih. Kome jangan la pelik. Tapi kulit korang tetap bersih. Bila tukar produk organik die cuci lapisan dalam. Ada purging session. Naik jerawat. Cayalah cakap amy korang yang pakai produk high chemical memang cantik diluar. Tapi kulit dalaman korang dah rosak teruk! After stop breakout sampai bernanah. PLEASE PLEASE PLEASE banyak lagi produk under drugstore boleh buat korang cantik if korang kenal kulit, kenal bahan.
Rm28++ 250ml tahan sebulan lebih/2bulan
Watson/guardian/farmasi
2-St ives scrub
Tak semua sesuai pakai. Amy jujur. Amy pakai sebulan sekali cmtu. Bukan selalu kena tenyeh muka. Mak aii nipis kulit den. Masa korang tengah breakout, ada jerawat dinasihatkan jangan pakai scrub! Nanti jerawat lagi iritate. Jerawat takkan kurang. Makin makin naik. Pakai bila dah tinggal parut atau muka dah ketahap jerawat kurang naik! Muka bersih sebab kulit mati dibuang. If nak pakai cari jenis peeling. Yang tu x sakitkan muka.
Rm14++
Watson/guardian/pasaraya
3-naruko 2in1 clay mask and cleanser
The best produk! Clay mask memang sesuai untuk kulit jerawat tambah2 jenis prone acne!clay mask nie best ada ekstrak tea tree kecutkan jerawat dan pudarkan parut jugak tau. Pakai dalam 5-10minit je then bilas. Basuh macam basuh muka sebab cleanser sekali. Cuci sampai bersih. Cm amy after pakai mask nie pakai rose gold oil. Lembapkan kulit. Bukan sleeping mask if pakai waktu tido. nnt kulit korang iritasi pulak. Trust me korang akan suka. Sebab naruko bahan die soft sesuai untuk jerawat. Kalau muka korang naik jerawat selalu cek balik produk dan bahan dia. Jenis prone acne kena concern bab2 nie nanti takde la korang pelik asal aku pakai makin teruk muka
Rm29
Watson/guardian
4-sunblock bio essence
Fav! Kenapa? Skin kita makin teruk sebab kita x concern pasal UV matahari yang rosakkan kulit. Kalau korang perasan jenis skincare sekarang mostly dorang cakap krim siang ada uv protection sebenarya tak. Ada yang pakai tapi parut susah gila nak hilang. Just jadi putih je. Sebabnya tak protect. Uv nie jahat gila tau x! Makan kulit. Nak kulit elok silalah berbelanja untuk sunblock. Those yang ada jeragat nie la puncanya! Untuk cuaca malaysia kena cari spf50++
Amy recomend bio essence sebab tak melekit and water based. Paling best terus serap then korang boleh terus pakai cc cream ke foundation! Untuk kulit minyak and jerawat boleh pakai jenama nie. Actually banyak yang elok. Amy pakai yang nie. Positif gila result! Jangan takut pakai sunblock kulit burn atau naik jerawat. Maybe sebab tak kaji bahan sesuai untuk kulit korang atau tak.
Rm38++
Watson/guardian
5- NARUKO sleeping mask
Fav too! Kenapa? Yang nie boleh pakai sampai bangun pagi esok. Tekstur jelly. Amy suka pakai RGO (rose good oil then tempek jelly) untuk konsep treat and seal. Sejuk je kat muka. Fungsinya kawal minyak yang keluar kT muka, rawat parut dan jerawat. If ada jerawat pakai malam nie esok dah kecut sikit. Dan tak tinggal parut tapi pudarkan lagi parut! Muka jadi lembap and glowing. Bagi amy sangat bantu kurangakn minyak dekat muka. Ada fungsi dehydrate sikit.
Rm45.90 (now rm40.50) promo
Watson/ guardian
6-rose gold oil (RGO)
Fav sangat2! Amy rasa setiap dari kita kena ada and amalkan. Nie la amy cakap treat and seal. Pakai apa2 mesti die jadi based. Even pakai foudation. Die rawat means die x buat clogged pore sebab guna makeup. Pudarkan parut, rawat kulit, cerahkan kulit. (Those yang rasa takut tak jadi lepas stop skincare korang try takkan menyesal.
Contact Intan Syafinas dan follow banyak tips2 skincare and boleh beli RGO produk terbaik nie dari dia
Rm59.90
7-serbuk akar mengkunyit
Bagus gila untuk pudarkan parut, bersihakan kulit. Amy buat mask muka selang 2hari macam tu. Paling best muka tak iritasi. Nie amy suka gila.
Boleh contact Sheada Fadzil founder serbuk nie.
Rm30 je
8-garnier micellar water makeup remover
Kalau tak basuh makeup bebeno bak kata orang perak kome jangan la idamkan kulit macam nora danish. Clogged pore, kukit selalu jerawat, muka gatal2 nie la akibatnya. Kena concern tau! Jangan rasa guna cleanser dan elok. Ada banyak lagi jenis makeup yang bagus. Korang boleh pilih
Rm9.99 small
Rm20.99 big
(Promo)
Watson/ guardian/ pasaraya
9-hiruscar
The best ubat jerawat and parut amy pakai. Bahan sesuai untuk jenis prone acne. In amonth parut makin pudar. If ada jerawat boleh tempek then kecut.
Ada dua jenis makesure pilih yang acne scar. Satu lagi untuk parut2 biasa
Rm38++ 10g
Watson
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cuaca Panas Buat Solekan Hijabi Cair? Tiga ‘Beauty Hack’ Perkongsian Muna Bella Ini Solusinya!
Isi Kandungan
ToggleCuaca bahang di Malaysia kini terasa lebih panas dari biasanya. Menurut Jabatan Meteorologi Negara (Met Malaysia), suhu panas ini berlaku kerana Malaysia sedang berada pada musim Monsun Barat Daya. Ini berlaku apabila angin barat daya bertiup ke negara kita dengan komposisi udara kering, bermula Mei sehingga September ini.
Jadi, di musim cuaca yang panas terik ini, pastinya tubuh anda merembeskan peluh yang lebih banyak dari biasanya. Lebih memburukkan keadaan apabila titisan peluh ini membuatkan solekan menjadi ‘cair’ meleleh, luntur dan menghilang bersama larutan peluh.
Justeru, team HIJABISTA berkesempatan menemubual personaliti dan penyampai radio Era, Munaa Bella Mohamad dan beliau telah berkongsi beberapa tip agar solekan bebas luntur, tahan lebih lama dan kekal ‘on-point’ meski panas, mahupun ribut taufan melanda!
Tak Mahu Ambil Risiko Solekan Luntur, WAJIB Prep Muka – Muna Bella
Demi mendapat hasil solekan yang baik, anda perlu melakukan skincare routine untuk menyiapkan (Prep) kulit wajah terlebih dahulu. Bersihkan wajah dan kemudian aplikasikan toner, serum, dan moisturizer.
Kuncinya adalah menjaga kulit agar kekal terhidrat dengan memilih moisturizer yang sesuai dengan jenis kulit anda. Di tengah cuaca panas ini, pilihlah moisturizer yang mempuyai bahan dasar air kerana sifatnya ringan.
“Selalu saya buat yang asas seperti biasa, tapi yang WAJIB Muna akan pakai adalah face mask malam sebelum tidur, dan pagi sebelum bersiap tu akan pakai juga face mask untuk prep kulit muka biar moist, saya tak mahu tanggung risiko solekan cair jika wajah tak di prep sempurna,” Ujar Muna.
Artikel berkaitan: Mahukan Solekan Yang Padu Dan Mampan? Kenali Jenis Berus Dulu Sis! Baru Solekan ‘On Point’
Elak Pakai ‘Foundation’ Terlalu Tebal!
Salah satu cara lagi untuk mengelakkan solekan dari mencair adalah dengan memakai foundation yang ringan. Tak perlu menggunakan terlalu banyak produk pada kulit anda, lebih sedikit lebih baik. Sama seperti yang di sarankan Muna.
“Tips untuk solekan stay on point, terutama bila cuaca panas adalah jangan pakai foundation tebal sangat. Sebab kalau terlalu tebal, dia akan mudah cair and cakey.
“Jadi Muna akan pastikan kulit mendapat lembapan yang betul dan secukupnya, sebelum bersolek, sebab bila based kulit kita dah cantik pakai foundation sedikit pun dah memadai.
Jangan Lupa ‘Setting Spray’
Selain itu, Muna menambah satu lagi cara untuk mencegah solekan ‘cair’ terutamanya pada waktu tengahari, aplikasikan primer sebelum foundation. Dan selepas bersolek, jangan lupa untuk gunakan setting spray.
“Lagi satu untuk solekan tahan lama jangan lupa gunakan setting spray juga,” ujar Muna
Secara keseluruhan, setting spray akan membentuk lapisan pelindung yang nipis pada solekan anda, dan membuat solekan kekal seharian. Jadi, pastikan anda menggunakan setting spray setiap kali selesai bersolek tau!
Sumber Foto: Instagram Muna Bella
Artikel berkaitan: 10 Produk Solekan Tak Sampai RM200 Mampu Milik Dan Berbaloi Untuk ‘Make Up Hunters’.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mahu Beri Kejutan Kepada Anak Murid, Guru Lelaki Ini Hias Perpustakaan Sekolah Ketika Mula PKPP
Ruang yang kosong akan kelihatan hidup apabila ada unsur sentuhan dekorasi. Apabila diberikan mood sentuhan dekorasi maka sesuatu ruang itu akan nampak meriah dan terpancar mood yang ceria.
Inilah hasil kerja seorang guru selama tiga minggu sejak bermula PKPP. Ketika itu guru-guru sudah dibenarkan untuk ke sekolah.
Nordin Ismail seorang guru di sebuah sekolah di luar bandar telah memanfaatkan peluang itu untuk menghias perpustakaan di sekolah, tempat dia mengajar.
Guru ini memperuntukkan banyak masanya di perpustakaan sekolah sehingga perpustakaan tersebut sudah seperti rumah keduanya.
Guru ini mahu memberikan kejutan kepada anak-anak muridnya apabila mereka datang ke sekolah. Begitu murni sekali hajat guru lelaki ini.
Guru ini menerapkan konsep hipster dan minimalis untuk dekorasi perpustakaan itu.
Hajat guru ini ialah untuk memberikan mood bandar selain mengikut trend walaupun sekolah itu terletak di luar bandar. Ini adalah makeover paling ‘gila’ yang pernah dilakukannya, akui guru muda ini.
Guru ini memberanikan diri untuk menggunakan wallpaper dan bermain dengan warna pastel. Tiada lagi langsir-langsir, renda-renda dan skirting-skirting.
Usaha mendekorasikan perpustakaan ini memerlukan kerahan idea yang sangat ekstrim kerana ruang perpustakaan sekolah yang agak sempit.
Ruang yang terhad itu akan dijadikan ruang pelbagai guna. Banyak galeri yang berjaya diwujudkan dan yang paling penting berubah 100 peratus dalam masa yang singkat.
Tulis guru ini:
“Aku berterima kasih kat kesayangan aku termasuklah kak yah akak kerani, akak cleaner Junaidah Junaidah, pengawal keselamatan sekolah Ku Luqman and Saifol Mizan, tukang kebun sekolah aku Mohd Rizal Mohd Rizal, cikgu intrim yang baru lapor diri kat sekolah aku iaitu cikgu azira Zaidi Kassin dan bekas-bekas anak-anak didik aku yang banyak tolong aku untuk buat make over library kali ni.”
Guru ini turut bersyukur kerana Guru Besar di sekolah tempat dia mengajar iaitu Ustaz Abdul Ghani Mohd Ali dan rakan-rakan guru yang sangat membantu dan membiarkan dirinya bebas berkarya.
Semoga usaha ini dapat memberikan sedikit idea dan inspirasi buat rakan di luar sana jika terdetik hendak mendekorasi perpustakaan sekolah atau kelas masing-masing.
Lain padang, lain belalang, lain orang lain citarasa. Memang bagus usaha murni guru ini. Moga ia menjadi inspirasi kepada para pendidik di luar sana.
Sumber kredit: Facebook Nordin Ismail
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI