Sekarang ini, kita dapat saksikan ramai model beragama muslim yang semakin mendapat tempat dalam industri fesyen. Meskipun berhijab, hal tersebut tidak menjadi halangan buat mereka untuk menempa nama di persada antarabangsa. Berikut merupakan antara 5 model berhijab yang mendapat perhatian dunia:-
Kadija Diawara
Kadija Diawara merupakan seorang model dari New York yang berketurunan Mesir-Malian. Dia membuat debut dalam dunia peragaan di Minggu Fesyen New York pada Februari tahun lalu untuk jenama Chromatand Maki Oh. Bukan hanya seorang model, Kadija juga mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang neurosains. Dalam sebuah temubual, dia mengakui dia memang meminati dunia perubatan, namun fesyen tetap menjadi sesuatu yang istimewa di hatinya.
2. Halima Aden
Ads
Halima Aden merupakan salah seorang model berhijab yang paling dikenali ketika ini. Model berdarah Somalia- Amerika merupakan model berhijab pertama yang berada di bawah naungan IMG Model. Dia telah melakukan peragaan untuk pelbagai jenama mewah seperti Yeezy Season 5, Max Mara dan Alberta Ferrettiand. Dia juga telah menjadi penghias kulit bagi majalah Allure, Vogue Arabia dan Glamour.
3. Mariah Idrissi
Ads
Model British, Mariah Idrissi yang juga seorang pengucap awam dan personaliti media sosial merupakan gadis berketurunan Morocco-Pakistan. Dia telah mecuri perhatian semua ketika kemunculannya dalam kempen H&M “Close the Loop” pada tahun 2015. Sebagai seorang aktivis kemanusiaan, dia juga menjadi jurucakap untuk kempen TEDxTeenin London pada tahun 2016. Mariah juga pernah tampil dalam majalah fesyen popular seperti Teen Vogur, Elle dan Marie Claire.
4. Shahira Yusuf
Ads
“Saya bukan Kendall Jenner tapi saya merupakan gadis berkulit hitam dari timur London yang akan menggegarkan industri peragaan.” -Itulah merupakan tweet yang pernah dimuat naik oleh Shahira Yusuf pada November 2017 yang lalu. Bagai mimpi jadi realiti, impiannya menjadi kenyataan sejak ‘diintai’ oleh Sarah Doukas yang juga telah mengangkat nama supermodel terkenal iaitu Kate Moss.
5. Ikran Abdi Omar
Model berbangsa Somalia, Ikran Abdi Omar telah melakukan peragaan untuk ‘London Modest Fashion Week’ sebelum kemunculan besarnya dalam industri ini pada pertunjukkan Molly Goddard FW18. Ikran yang dilahirkan di Sweden kini menetap di Bristol selepas bernaung di bawah London’s Booking, agensi pertama tempat Halima Aden bernaung. Dia juga telah berjaya tersenarai dalam Dazed 100th pada tahun lalu.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Hari ini seluruh wanita menunjukkan tanda sokongan pada Muslim New Zeland dengan memakai hijab berwarna merah jambu untuk menunjukkan mereka tidak keseorangan. Kempen #scarvesinsolidarity ini dilakukan bagi menghormati wanita di New Zeland yang hari ini (Jumaat) mengenakan hijab.
Kenapa kita memilih warna merah jamu sebagai tema untuk menjayakan kempen ini? Bagi Majalah Hijabista yang memilih warna ini dianggap sebagai warna bagi melambangkan kelembutan seseorang wanita itu.
Jadi pink dijadikan tema untuk kempen #scarvesinsolidarity. Sebenarnya mungkin tidak ramai yang gemar warna pink kerana terlalu lembut, tetapi rona ini juga berpadanan dan cantik digayakan dengan apa jua OOTD.
Tidak kiralah warna pink atau merah jambu gelap, cerah, kusam atau belacan jika dipadankan dengan busana bersesuaian, tetap menyerlahkan penampilan.
Ayuh kita lihat barisan selebiti yang menggayakan hijab atau busana rona merah jambu in kala menghadiri majlis rasmi atau tidak rasmi.
Meraikan Ulangtahun Ke-9 ALHUMAIRA, jenama hijab terulung ini mempersembahkan koleksi ‘EXPECTATION’ dan Hari Raya 2019 di pertunjukan fesyen yang diadakakan di Royale Chulan Kuala Lumpur.
‘EXPECTATION’, siri yang menampilkan 10 koleksi berlainan dengan citarasa dan gaya minimalis. Koleksi ALHUMAIRA Hari Raya 2019 mempamerkan sisi berlainan berbanding ciri elegan dan ringkas yang dibawa oleh jenama ini sebelumnya.
Hani Elia Rousli telah memimpin dan meneraju ALHUMAIRA si cantik manis ini pernah menjadi penghias muka depan majalah hijabista pada April 2013. Jenama ini unggul pada kemunculan jenama-jenama hijab ketika itu kini AlHUMAIRA kembali dengan kolaborasi edisi kedua bersama Swarovski, ALHUMAIRA menampilkan lebih 900 biji kristal Swarovski yang “ditabur” di atas salah satu helai koleksi hijab dan telah menganggarkan ribuan tatahan Kristal Swarovski.
Keluar Dari Zon Selesa
Namun ALHUMAIRA melangkah keluar daripada zon selesa mereka dengan hadirnya rekaan cetakan yang didedikasikan buat wanita cekal seluruh dunia. Tanpa mengabaikan keindahan karakter feminine, ALHUMAIRA telah mencorak garisan abstrak dan cetakan flora sebagai simbolik kepada sofistikasi dengan sentuhan gaya retro.
“Agak mencabar untuk saya yang sukakan rekaan asas, yang turut menjadi signatureALHUMAIRA selama ini. Tetapi kali ini, kami maju selangkah ke hadapan dengan menawarkan koleksi bercorak untuk musim Hari Raya 2019. Ia mencabar, namun menjadikan perjalanan ALHUMAIRA sebagai satu jenama lebih menarik lagi. Helaian hijab bercorak kami adalah versatil, ia boleh digayakan dengan pelbagai cara di mana kami mencipta rekaan yang boleh diubah gaya,” kata Hani ketika acara pertunjukan fesyen ALHUMAIRA, yang mendapat tajaan tatahan kristal oleh Swarovski dan Caudalie sebagai penaja
Elfira Loy Sebagai Wajah Baru ALHUMAIRA
Pelakon kesayangan Malaysia dan bintang media sosial, Elfira Loy sebagai ahli keluarga baru ALHUMAIRA dalam menyemarakkan lagi kempen dan kolaborasi musim Hari Raya.
Elfira Loy sentiasa memperlihatkan sokongannya terhadap helaian hijab ALHUMAIRA sejak bertahun lalu, sama ada melalui penggayaan dan pemakaian hijabnya atau kala berbicara bersama media ketika ditemu ramah. Pemahaman beliau dan penata gayaan hijabnya yang serasi dengan jenama ALHUMAIRA menyumbang dalam gaya hijab hariannya.
ALHUMAIRA berbangga memperkenalkan Elfira Loy sebagai wajah baru dan Duta Jenama di mana dirinya mempamerkan pemakaian helaian hijab ALHUMAIRA dengan penuh keyakinan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sejak mengenakan hijab setahun yang lalu, pelakon dan penyanyi kecil molek ini semakin jarang muncul di media massa. Kesibukan menguruskan keluarga kecilnya menjadikan pemilik nama Liyana Jasmay lebih senang berada di rumah. Namun itu tidak membataskan dirinya untuk kekal aktif di media sosial dan juga industri seni tanah air.
Sempena Edisi Hijabersary ini, Hijabista sempat mengadakan sesi temubual dan fotografi dengan beliau. Banyak perkara menarik dan berinspirasi dibualkan bersama wanita dan juga ibu yang jika kita lihat karakternya yang sedikit ‘gila-gila tetapi cukup bermotivasi. Malah Liyana Jasmay juga nyata memberikan kerjasama baik sepanjang sesi fotografi berlangsung.
Kembara Hijab Journey
Sekarang saya baru sahaja habis pengambaran rancangan kembara bertajuk Hijab Journey. Secara umumnya, ia adalah mengenai mencari wanita Muslim yang berjaya di serata dunia. Untuk permulaan kita mencari lokasi sekitar di Kuala Lumpur, Jakarta dan Australia. Rancangan ini akan ditayangkan di saluran Astro Naura.
Dalam bulan Januari pula, saya melancarkan filem pertama yang saya terbitkan bertajuk Bella & Jamie. Idea asalnya adalah daripada saya sendiri dan saya juga turut berlakon dalam filem ini. Filem berkenaan akan ditayangkan pada 31 Januari 2019 dan tayangan perdananya pula adalah pada 29 Januari.
Selain itu saya juga mengarah 30 episod rancangan televisyen yang saya tidak boleh beritahu lagi tajuknya. Apa pun tunggu perkembangan terbaru ini yang akan dimaklumkan tak lama lagi.
Segala Hal Kerja Saya Akan Selesaikan
Pada saya biasa sahaja sebab saya dah lakukan ini selama lima tahun. The kids are fine. Kita kena selalu mendidik mereka. Mereka selalu juga bertanya, why you have to go to work? Dan saya akan menjawab ‘Oh Mummy has to work to buy toys and milk for you guys.’ Mereka faham cuma hakikatnya mereka masih kanak-kanak.
Saya tidak suka bekerja pada hari minggu kecuali saya terpaksa kerana hujung minggu adalah waktu untuk saya meluangkan masa bersama keluarga. Seboleh-bolehnya saya akan elakkan melainkan ada pengambaran.
Segala hal kerja saya akan selesaikan pada hari Isnin hingga Jumaat dan saya akan pulang jam lima petang untuk memasak buat mereka. Alhamdulillah saya bersyukur dengan segalanya cuma buat masa ini saya belum ada perancangan lagi untuk menambah bilangan anak.
Saya Pakai Tudung Atas Kehendak Saya Sendiri
Saya sebenarnya baru setahun berhijab. Pada saya, ia sebuah perjalanan yang berbeza untuk semua orang. Saya seorang manusia yang tidak suka apabila disuruh oleh orang lain untuk melakukan sesuatu.
Saya pakai tudung atas kehendak saya sendiri. Tiada sesiapa yang memaksa. Apa sahaja yang saya mahu lakukan, apa jenis hijab yang saya nak pakai, sama ada turban ke atau nampak leher sekalipun, ia adalah keputusan saya. Bagi saya soal ini adalah urusan di antara saya dan Allah dan tidak melibatkan sesiapa.
Saya rasa adalah sesuatu yang sangat tidak patut apabila masyarakat mengkritik cara pemakaian hijab hijabi di luar sana. Mereka merasakan ada cara yang tertentu untuk berhijab tetapi sebenarnya tidak begitu.
Bagi saya juga semua orang berbeza. Stail dan cara berhijab di negara Arab dan timur tengah berbeza, di negara barat seperti di Amerika Syarikat juga berlainan. Cuma masyarakat di Malaysia sahaja yang merasakan dan memikirkan ada cara tertentu untuk berhijab dan jika tidak kena mereka ini akan mula mengecam. Tetapi tidak mengapalah asalkan keputusan saya ini tidak melibatkan orang lain.
Ini adalah tindakan saya sendiri. Saya mengakui, sememangnya ia tidak mudah. Saya juga tidak malu untuk mengakui bahawa kadang kala ada terdetik rasa di hati untuk menanggalkan hijab contohnya apabila saya rasa tidak cantik apabila berhijab.
Saya tak malu untuk mengakuinya kerana itu adalah perjalanan hijrah saya. Jadi untuk mengatasi perasaan sebegitu, kita perlulah banyakkan berdoa dan beristighfar. Pada akhirnya, ia adalah mengenai diri saya dan tidak melibatkan sesiapa pun. Apabila rasa tersasar, istighfarlah. Lagi satu berdoalah pada Allah agar dipermudahkan segala.
Orang Akan Membenci Tetapi Akan Ada Seorang Yang Sayang Pada Kita
Bagaimana Liyana menghadapi kecaman daripada masyarakat sekeliling terutamanya netizen?
It doesn’t matter. Saya sudah berada dalam industri ini selama 20 tahun. Apa itu kecaman? Cakaplah apa sahaja. At the end, mereka akan pergi ke akaun laman sosial saya untuk melihat segala apa yang saya lakukan. Itulah sebenarnya industri hiburan ini.
Saya rasa biasa sahaja dan mungkin sudah lali kerana ini adalah kerja saya. Dalam 10 orang, mungkin 9 orang lagi akan membenci tetapi akan ada seorang yang sayang pada kita. Take it easy on thing and see deeper than that. Ada orang yang rasa teruk apabila dikecam. Janganlah sampai begitu dan berusaha untuk jadi diri sendiri.
Memang normal apabila ada orang tidak sukakan kita kerana kita sendiri pun bukannya sukakan semua orang. Kita tak boleh harap semua orang sayangkan kita. Apa yang penting kita harus tahu bagaimana hendak mengawalnya. Seperti saya, saya tidak kisah jika orang mengata mengenai turban yang saya pakai, asalkan saya tidak tunjuk benda yang bukan-bukan terhadap masyarakat.
Apa yang saya ingin tonjolkan adalah mengenai hasil kerja saya dan kehidupan saya sebagai seorang ibu dan isteri. Ambillah daripada sisi positifnya seperti bagaimana seorang ibu seperti saya menguruskan syarikat. Jangan lihat dari sudut yang remeh, look at the bigger thing.
Sememangnya sukar untuk menjadi seorang wanita. Kena berkahwin, melahirkan anak, jaga keluarga dan perlu bekerja. Ianya tidaklah mudah. Tanyalah mana-mana perempuan, tipulah jika mereka kata senang.
Sebenarnya, suara wanitalah yang paling orang tidak mahu dengar. Kalau lelaki melihat saya, mereka pasti tidak suka perempuan bulldozer seperti saya. Mereka pastinya mahukan perempuan yang duduk rumah sahaja. I’m not like that! Saya mahukan gadis di luar sana fikirkan yang kahwin itu bukanlah satu misi atau destinasi, ia adalah sebuah perjalanan.
Kebanyakan gadis merasakan dengan berkahwin mereka sudah selamat. Oh sesekali tidak. Ini adalah sebab mengapa saya mahu jadi penerbit kerana saya mahu buat cerita yang seronok untuk golongan perempuan, menghargai dan meraikan mereka.
Kurangnya penerbit wanita yang mahu lakukan sebegini. Usaha saya ini sebenarnya sudah bermula sejak tahun 2011 lagi. Saya mahu tonjolkan kisah bagaimana kehidupan sebenar menjadi seorang wanita.
Apakah impian Liyana yang belum tercapai?
Saya sudah mula mengarah dan pada masa akan datang saya mahu menghasilkan banyak lagi filem mengenai wanita. Mengangkat martabat wanita, itu adalah impian saya.
Perbezaan Liyana Jasmay Hari Ini Dengan Diri
10 Tahun Yang Lalu
Oh! waktu itu saya baru berusia 20 tahun! Bezanya mungkin dulu saya nakal, sekarang masih nakal juga (ketawa). Cuma mungkin dahulu semuanya adalah tentang menginginkan keseronokan tetapi sekarang keutamaan saya adalah mengenai anak-anak tersayang. Dahulu saya bekerja kerana mahukan duit tetapi kini adalah untuk anak-anak dan juga bagi mendapatkan redha Allah. Nothing else.
Ada rutin kecantikan tertentu?
Sebenarnya saya tidak mengenakan solekan pada hari biasa. Mungkin hanya yang ringkas. Saya cuma mengenakannya jika ada pengambaran dan juga bila perlu.
Liyana rasa cantik bila…
Bila suami saya puji!
Definisi sempurna buat Liyana?
Tiada definisi sempurna kerana mustahil untuk menjadi seorang yang cukup sempurna. Imperfection is beautiful. Mungkin orang fikir kita haruslah sempurna untuk cantik tapi saya tidak rasa begitu. Tidak perlu jadi sempurna, hanya relaks dan enjoy bila perlu!.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Dipilih Penyanyi Wanita Malaysia Terbabit Dalam Konsert Udit Narayan In KL Kilafairy Mahu Arwah Ibu Jadi Saksi Pencapaian Epik Bersama Legenda Bollywood“Saya mahu arwah...