Jika hijabi mencintai dunia solekan, pasti anda mengenali jurusolek Mua Bellaz ataupun nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini. Sentiasa mencuri tumpuan netizen dengan video tutorial solekannya yang menggunakan loghat utara, Bellaz juga gemar berkongsi aktiviti hariannya bersama pengikutnya.
Pada 7 April 2019 yang lalu, Bellaz telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 27. Ternyata ramai yang sayangkan ibu kepada dua orang cahaya mata ini apabila Bellaz menerima pelbagai kejutan daripada keluarga dan kenalannya.
Dah masuk 07/04/2019 selamat hari lahir buat diri saya yg ke 27 tahun.. Syukur Alhmdulilah pelbagai liku2 pahit Dan manis sepnjang kehidupan…….terima kasih ya Allah ,terima kasih pda suami maa/abah keluarga serta rakan2 Ku… Tq hampa pada yg mendoakan saya…Amin Amin
Allahuakbar syukur Alhamdulilah
Terima kasih pada semua yg datang .. Hmpa pandai no .. Prank bellaz…
To suami /manager bellaz (AP) kak ipar farah abang art kakwan abg rizal zetty kucai kamal izy dan semua yg terlibat … Hampa mmg gila laaa.. Buat aku teriak sungguh2 …
The best part bila abah mai suprisekan jugak ?….. Kpda suami terima kasih susah2 b bg kereta idaman mama yg mama idamkan ya amat… Hadiah bukan untk mama tapi untuk kita sekluarga mencari rezeki bersama2 .. Tak sangka b pandai surprise smpai mcm ni sekali.. Sampai ke lani masih dlm mimpi lagi betol ka itu kuda putih yg sy impikan..
Terima kasih bersush2 bersma mama suka duka kita tempuhi.. Ilove to somuch… Demi Allah tak sangka depa buat suprise sampai mcm ni. Inilah kali pertama seumur hidup bellaz di surprise kan smpai mcm ni….. Tq maaa azilah ayah dri jauh wish bufday kak ilove you.
Apa2 pon semuanya pinjaman dri Allah yg maha esa.. Jgn lupa padanya sentiasa kena igt kita bermula dri mana…
Buat org2 disekeliling kita bahagia n senang dgn kita… Ya Allah bergitu besarnya manfaat berkongsi Ilmu dgn hampa semua … Ya Allah ramai yg mendoakan kita smua… Apa2 bellaz buat seikhlas hati bellaz.. Jutaan terima kasih pd tetamu yg hadir.. Dan jutaan terima kasih buat hampa yg selalu mengikuti perkmbagan bellaz dri dulu sampai skrg…
Kalau org hina kita .. Fitnah kita tak suka kita.. Kita jgn berlawan .. Malah doakan baik2 untuknyaaa .. Insyallah Allah maha megetahui smua isi hati kita … Insyallah one day dia akan kenl n suka dkt kita
Video by @Adi muhaimin hakim
Kejutan demi kejutan .. Tapi kejutan saya tak akan lupa sampai bila2 sngt2 terkjut smpai ke tulang dlm…iaitu kejutan Abah bellaz …. Depa suprise bawak abah bellaz jauh dtg dri kampung depa p ambik ….. Memang satu dewan hbs menagis…. Bellaz jerit ya Allah abah….. Terkjut belllaz….xsangka Abah mai..
Tq Abah dtg suprisekan kak… Menagis gila semalam .. Gembira terharu semua ada… Sbb saya sahaja kenal abah saya mcm mna….. Your my hero dunia akhirat . ????? pic ni menagis sehabis hati sgt2
Abah saya seorang nelayan sahaja… Kerja siang malam cri rezeki .. Nk bahagiakn anak2 dia… Dia xmkn xpa asal anak dia dpt makan… ???? …abah habaq dia xpernah lupa doakan anak dia .. Walaupun berjauhan dia sentiasa doakan bellaz sentiasa dilindungi dan dimurhkan rezeki
Kita kan anak perempuan ..rapat dgn abah/ayah/papa/dady/bapak
Seronoknya diberi kejutan begini. Bertuah sungguh Bellaz apabila disayangi ramai! Patutlah ramai yang menyayanginya kerana dia sememangnya mempunyai hati yang baik dan sentiasa menghargai orang yang sentiasa bersamanya. Selamat Hari Jadi Bellaz! Moga terus sukses dan mencipta pelbagai lagi kejayaan selepas ini. Amin.
kredit: facebook Make up by Bellaz, instagram @muabellaz