Dapat Anugerah Naib Canselor Waktu Diploma, Qila Yakin Restu Ibu Bapa Sumber Utama Kejayaannya

Share

Juara sulung program realiti Ratu Hijabista, Wan Nur Aqilah Shahirah Wan Lokman atau lebih dikenali sebagai Qila meluahkan rasa syukurnya kerana berjaya memenangi pertandingan ini.

Percaya restu ibu bapa merupakan sumber utama bagi setiap kejayaan dalam hidup, jelas Qila,21, dia sudah lama ingin menyertai rancangan realiti sebegini namun masa tidak menyebelahinya sebelum ini.

“Qila sebelum ini pernah nak menyertai program sebegini tapi fokus dahulu pada pelajaran. Masa diploma Qila dah capai anugerah naib canselor jadi Qila fikir selepas ini aku nak join jugak program sebegini walau apa jadi sebab ini memang minat Qila. Waktu nak post video audition itu takut jugak sebab risau orang fikir syok sendiri ke tapi Qila ada seorang kawan ini yang bernama Qalesya yang sentiasa tanya ‘Qila kau dah hantar ke video tu? Aku nampak masa depan kau dalam rancangan ini’.

“Kerana dialah Qila berani untuk post video tersebut dan apa pun terjadi Qila nak jugak buat benda itu. Sebenarnya antara faktornya juga datang dari Abi Qila jugak. Dia tanya Qila tak nak masuk ke Ratu Hijabista lepas tengok iklannya di televisyen. Jadi dari situlah tergeraknya hati untuk menyertainya sekali. Terima kasih Abi dan Umi,” jelasnya 

yang sedang menuntut dalam bidang penyiaran ini.

Ditanya adakah perkara yang menggangu fikirannya sebelum berlangsungnya malam final, Qila akui perkara itu sememangnya terjadi.

“Beberapi hari sebelum adalah berlaku pertelingkahan kecil di antara Qila bersama Umi dan Abi kerana salah faham sikitlah. Tapi bila benda itu terjadilah yang membuatkan Qila mahu lakukan yang terbaik kerana fikir ‘aku mahu tolong family aku”, luahnya.

Selain itu, Qila juga terharu kerana mendapat banyak sokongan daripada peminatnya di laman sosial yang sentiasa memberikan sokongan buat dirinya.

“So far Qila bersyukur tiada haters Alhamdulillah. Banyak yang Qila dapat doa sebenarnya dan daripada doa itulah ia akan menjadi sebuah realiti. Itu yang Qila sangat bersyukur,” kata Qila menutup bicara.

 

Published by
Team Hijabista