Isi Kandungan
ToggleSemalam merupakan hari yang cukup bermakna dan mendebarkan buat pelajar tahun enam sekolah rendah di seluruh Malaysia kerana keputusan peperiksaan UPSR telah diumumkan. Pasti ramai yang gembira, menarik nafas lega namun tidak kurang ada yang bersedih dan kecewa dengan keputusan yang diterima.
Di Twitter, perkongsian daripada seorang guru, Syafaat Nasir mengenai kejayaan anak muridnya dalam peperiksaan UPSR telah menjadi tular. Anak murid yang dipanggil Odah itu merupakan satu-satunya pelajar yang mendapat 6A di sekolahnya.
Menariknya, sikap Odah yang sangat berbudi bahasa dan menghormati guru itu telah membuatkan netizen terharu sehinggakan mencuri tumpuan selebriti terkenal iaitu Neelofa.
Menurut gurunya, kejayaan Odah juga adalah hasil berkat daripada sokongan ibu bapa yang tidak putus-putus memberikan sokongan buatnya tidak kiralah dalam apa jua program yang Odah sertai.
Wow, untungnya adik Odah ni dapat perhatian daripada Neelofa! Alhamdulillah, rezeki yang tak disangka-sangka daripada Tuhan. Moga adik Odah akan terus semangat untuk melakar kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang. InsyaAllah.
kredit: twitter @SyafaatNasir
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kerana SUARA Itu AURAT, Wanita Ini DIHALANG Mengacarakan Satu MAJLIS. Ini Penjelasan MUFTI KELANTAN!
Suara sememangnya termasuk di dalam aurat yang perlu dijaga oleh seorang wanita. Kerana fakta itu, seorang wanita bernama Ameera Aida telah dihentikan daripada mengacara satu majlis kanak-kanak di Kota Baru, Kelantan. Menerusi akaun Twitternya, wanita ini mengakui kecewa dengan larangan Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB) kerana ia boleh menjejaskan kerjayanya.
Menurutnya, dia sudah mematuhi etika pakaian seperti bertudung dan memakai kemeja-T longgar semasa mengacarakan majlis tersebut. Disebabkan itu, dia terpaksa pulang awal ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas. Tambahnya lagi, dia diberitahu bahawa wanita tidak boleh menggunakan mikrofon untuk bercakap kerana suara wanita adalah aurat.
My 5-day emcee job in Kota Bharu got cut short to 2 days because the @mpkotabharu prohibits malay women from emceeing. It was a kids’ event. Indoors. And I wore hijab and loose crew tshirt.
Clients were horrified. Their hands are tied. I am now on a bus back to KL.
(thread)
— Ameera Aida (@meeraaida) March 29, 2018
Flight tickets and hotel rooms I’ve booked and paid for.
My client worked really hard to make sure I am prepared for the event and that the roadshow goes on smoothly.
I have invested time and money to make sure that I do a good job.
But here we are.
— Ameera Aida (@meeraaida) March 29, 2018
Now. Forgive me for trying to make ends meet. Saya hanya mahu mencari rezeki halal.
I’ve been an emcee for 6 years, toured across Malaysia (incl Kelantan). Disappointments, event cancellations, not getting hired; itu semua darah daging freelance emcee seperti saya.
But this?
— Ameera Aida (@meeraaida) March 29, 2018
You say “perempuan tidak boleh bersuara menggunakan mikrofon = women’s voice is aurat”, so you want to stop someone from getting hired? Sampai menjejaskan kerja saya, rezeki saya?
I was fuming when I first received the news, but now I’m just curious. I honestly wanna know.
— Ameera Aida (@meeraaida) March 29, 2018
Malah, katanya suara wanita dikira sebagai aurat jika dalam solat. Sekiranya di luar solat, ia bukanlah aurat dan wanita bebas bersuara selagi ia tidak mendatangkan fitnah. Ulas lanjut Datuk Mohamad Shukri, insiden ini bukan melibatkan masalah fatwa tetapi lebih kepada isu pentadbiran. Beliau berpendapat bahawa MPKB mungkin bertindak demikian disebabkan teknikal, salah faham atau berkemungkinan pihak penganjur tidak mematuhi syarat dan sebagainya.
Semoga ulasan mufti Kelantan ini bermanfaat untuk anda semua. Ya, memang suara itu aurat tetapi wanita bebas bersuara selagi ia tidak mendatangkan fitnah dan keburukan.
Sumber: The Malay Mail Online
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Abdul Aziz Ingin Ajar Anak Saudaranya Erti Semangat Dan Tanggungjawab
Isi Kandungan
ToggleKisah mengenai seorang bapa saudara yang meluru ke arah anak saudaranya dan memeluk dan menahan badan anak saudaranya yang hampir tumbang pada Majlis Perbarisan dan Kawalan Kehormatan Sempena Sambutan Jubli Emas ke-50 dan Tamat Latihan Kursus Asas Sains Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Maktab Penjara Malaysia semalam benar-benar menarik perhatian ramai.
Abdul Aziz Ya’acob, 60 yang merupakan bapa saudara Nik Mohamad Adhar Nik Ismadi, 22 berlari hingga terlucut selipar untuk membantu anak saudaranya yang terhoyong-hayang ketika perbarisan.
Pemuda itu pada mulanya mampu berdiri tegak selepas dipeluk bapa saudaranya namun pengsan tidak lama selepas itu.
DAPAT JEMPUTAN DARIPADA ANAK SAUDARA
Menceritakan kejadian itu, Abdul Aziz berkata, dia menghadiri perbarisan itu selepas dijemput anak saudaranya itu.
“Dia hubungi saya, memaklumkan jemputan berkenaan dan beritahu orang lain semua bawa ibu dan bapa, jadi saya takut dia kecil hati saya hadir majlis itu.
“Saya menaiki bas dari Pengkalan Kubor, Kelantan menuju ke rumah anak di Puchong, Selangor sebelum di bawa ke majlis berkenaan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Menurutnya, ketika perbarisan berlangsung dia ada menemui Nik Mohamad Adhar selepas habis kawad pertama.
“Saya tanya dia macam mana? Boleh tahan ke, dia maklumkan kepada saya masih boleh, sebab sebelum dia beritahu dia demam.
“Saya beritahu teruskan… kemudian apabila kawad kedua saya lihat dia jatuh, ketika itu saya tidak berfikir panjang dan terus berlari mendapatkannya sebelum memapah serta mengangkatnya.
“Saya beritahu dia, tahan sedikit lagi ini baru kawad, belum lagi alam pekerjaan yang sebenar,” katanya.
@zamanajmain Kasihnya Seorang Ayah #kpdnhep #tamatlatihan #fyp #fy #fypシ #fypシ゚viral #content #contentcreator #xybca #tiktok #tiktokmalaysia #cikgupenjara #henrygurney #youtube #zamanajmain ♬ Yasir Lana – arief akdw
MAHU AJAR ERTI SEMANGAT
Katanya, dia juga memberitahu pasukan perubatan supaya tidak mengeluarkan anak saudaranya itu dari perbarisan.
“Saya hendak ajar dia erti semangat, erti tanggungjawab. Ketika bekerja kita tidak boleh main-main, kita kena beri 100 peratus komitmen.
“Namun apabila dia jatuh sekali lagi, saya tidak memapahnya kerana risau kesihatannya, dia kemudian diusung keluar. Saya bangga dengannya,” katanya.
Menurut Abdul Aziz, dia menjaga Nik Mohamad Adhar sejak berusia tiga bulan.
“Tidak ada istilah anak saudara, dia saya anggap sebagai anak saya, layanan saya berikan sama rata seperti anak-anak saya yang lain.
“Sebab itu saya ingin didik dia erti semangat, bila bekerja nanti perlu berikan manfaat kepada orang lain,” katanya.
Untuk rekod, kisah ini dikongsikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB Dato Alexander Nanta Linggi sebelum tular di Facebook.
Sumber kredit: Harian Metro Sumber gambar: Facebook: YB Dato Alexander Nanta Linggi Sumber video: Tiktok Zamanajmain
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Putri Ariani Cipta Fenomena Sendiri Di America’s Got Talent!
Putri Ariani, penyanyi muda cacat penglihatan dari Indonesia yang mencipta fenomena tersendiri dalam pertandingan realiti America’s Got Talent (AGT), tidak pernah menyangka impiannya untuk menjadi penyanyi di Amerika Syarikat menjadi kenyataan.
Putri, atau nama sebenarnya, Ariani Nisma Putri, 17 tahun, melahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga khususnya kepada ketua hakim Simon Cowell, yang mengiktiraf bakat nyanyiannya dan membenarkannya beralih ke peringkat seterusnya persembahan.
Artikel Berkaitan : Hilang Ayah Sebulan Sebelum Menduduki SPM, Hijabi Ini Buktikan ‘Dugaan Berat’, Bukan Penghalang Gapai Kecemerlangan!
“Terima kasih kerana membuatkan impian saya menjadi nyata. Tidak tahu bagaimana nak ungkapkan semua ini, tetapi apa yang berlaku benar-benar suatu magis,” katanya menerusi ruangan komen akaun Instagram AGT.
— America’s Got Talent (@AGT) June 6, 2023
Terpesona dengan suara Putri yang merdu, Simon turut meminta remaja berusia 17 tahun itu menyanyikan lagu kedua, menyanyikan lagu hit Elton John “Maaf nampaknya perkataan paling sukar”.
Selepas dua persembahan, Putri telah dianugerahkan Buzzer Emas oleh Simon.
“Impian saya adalah menjadi diva terbesar di dunia seperti Whitney Houston dan memenangi Grammy Award,” katanya.
Usai mendendangkan lagu tersebut, Putri diminta menyanyikan lagu kedua dendangan Elton John, Sorry Seems To Be The Hardest Word.
Beliau kemudian menerima tepukan gemuruh daripada juri dan penonton.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI