Kecantikan

Dambakan Persona Kpop Idol? 5 Trend Solekan ‘Korea’ Ini Solusinya. Bakal Popular Tahun Ini!

Share

Korea Selatan sering menjadi ‘trendsetter’ untuk pelbagai produk penjagaan kulit dan solekan. Ciri unik tampilan ala Korea yang memukau dan natural sering jadi inspirasi wanita bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia.

Lagi-lagi buat penggemar Kpop ataupun Kdrama, melihat pesona artis Korea pujaan hati yang bersih, putih dan berseri semulajadi pasti membuatkan anda terpukau; sekaligus teruja untuk tampil seperti mereka! Berikut Hijabista perkenalkan trend solekan Korea yang akan menjadi trend baharu pada tahun 2023.

  1. Solekan yang Ekspresif dan Futuristik

Menurut Sharon Ahn, Penganalisis Trend Kecantikan & Solekan; 2023 akan kaya dengan warna dan tekstur. Bila sebut sahaja solekan futuristik, ia berkaitan dengan ‘masa hadapan’ dimana penggunaan eyeshadow, blusher dan lipstik digunakan dengan cara yang berbeza dan mempunyai kelainan. Selalunya, ia menimbulkan kesan yang luar biasa menggunakan pelbagai warna-warna yang terang.

Orang Korea lazimnya mengelak solekan berpigmen tinggi, mereka lebih sukakan ‘natural look’. Tetapi selepas wabak Covid19 melanda, ia mendorong wanita Korea keluar dari warna neutral dan zon selesa mereka.

Solekan ekspresif dan futuristik seperti reverse eyeliner, dan gem-studded eye yang diinspirasikan dari siri TV remaja HBO iaitu Euphoria dan Jennie BLACKPINK ini dijangka akan ‘meletup’ tahun ini.

Artikel berkaitan: Tren K-Beauty Guna Sperma Salmon Untuk Kulit Cantik? Kim Go-Eun Turut Pakai Produk Ini 

  1. Clean Makeup Look

Foto: Song Hye Kyo

Pernahkah anda melihat idola K-pop dan tertanya-tanya bagaimana kulit mereka sangat berembun, bercahaya dan berembun? Ha…semuanya melalui ‘clean makeup look’ ini lah! Penampilan solekan clean atau glass skin ini sering dikaitkan dengan rupa solekan “tiada solekan” yang bertujuan untuk kelihatan semula jadi yang mungkin.

Glass skin ibarat kaca dan kulit yang nampak bersih tetapi cerah akan menjadi trend solekan pada tahun 2023. Ia memperoleh keserian semula jadinya dari dalam dengan mengikuti tabiat gaya hidup sihat dan menerapkan rutin penjagaan kulit pelbagai langkah yang ketat. Gaya solekan ini telah wujud sejak beberapa tahun lalu, tetapi tahun ini ia akan menjadi lebih translucent dan berseri terutamanya di bahagian pipi. 

  1. Caramel Blush

Solekan ini diinspirasikan oleh ahli termuda daripada kumpulan New Jeans iaitu Hyein. Terdahulu, warna karamel lebih cenderung ditemui untuk pewarna bibir seperti lipstik namun kini ia turut menjadi pilihan ramai sebagai pemerah pipi. 

Pemerah pipi karamel ini biasanya berwarna coklat muda yang hangat, tidak terlalu merah dan tidak terlalu oren. Jauh daripada rupa merah jambu atau sawo matang, palet warna neutral kelihatan lebih semula jadi dan menambah cahaya yang sihat.

  1. Bulu mata menggumpal

Ya, anda tidak tersalah baca. Pelik tapi benar! Bulu mata yang bergumpal sering dielakkan selama ini. Bahkan,sesetengah maskara yang menyebabkan bulu mata bergumpal dianggap sebagai tanda maskara itu tidak bagus dan kualiti produk tidak baik.

Tetapi pada tahun 2023, gumpalan bulu mata telah menjadi trend dan dianggap melebarkan mata dan menyerlahkan penampilan tanpa membuat anda terlihat seperti meletakkan terlalu banyak usaha. Dahulu ia adalah perkara yang tidak baik, tetapi kini ia diterima, sepenuh hati. Tetapi jangan salah faham, walaupun bulu mata menggumpal, tapi ia masih perlu kelihatan bersatu dan jangan biarkan gumpalan tersebut melekat pada hujung bulu mata. 

  1. Plump Juicy Lips

Difahamkan, orang Korea memilih rupa yang berwarna semula jadi dan lebih mengutamakan bibir yang mudah dijaga tanpa perlu ‘touch up’ banyak. Plump juicy lips akan menjadi trend pada tahun 2023 dengan menggunakan lip tint merah yang menjadikan bibir anda kelihatan gebu dan segar dengan warna semula jadi.

Kalau hijabi nak tahu, lip tint juga membantu untuk penampilan bibir yang tahan lama. Paling penting, jangan lupa untuk sapukan lip tint pada bibir anda sebelum menggunakan light gloss atau balm!

Artikel berkaitan: Ingin Kelihatan Awet Muda Seperti Rakan Sebaya? Ini Essence Terbaik Kunci Kecantikan Wanita Korea Sesuai Untuk Hijabi Asia. 

Sumber: Dailyvanity

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
S.Amira