Wanita dan Outfit Of The Day (OOTD) berpisah tiada, terutamanya bila berkunjung ke tempat-tempat menarik ketika bercuti. Mesti hijabi tidak akan melepaskan peluang berOOTD bersama keluarga, adik beradik mahupun rakan-rakan.
Malah, OOTD ini bakal disematkan sebagai kenangan yang bersemadi di dalam laman Instagram masing-masing untuk tatapan umum.
Justeru, Hijabista berkongsikan tips agar OOTD anda kelihatan meriah dan tidak bosan. Jom, ketahui bagaimana caranya!
Untuk dapatkan OOTD yang menarik dan tidak bosan, hijabi boleh gayakan warna-warna ‘plain’ outfit yang anda pakai tu dengan menggayakan tas tangan yang mempunyai tona wana yang pelbagai dan menyerlah.
Kerana tas tangan ini yang bakal menjadi penambah seri kepada fesyen anda. Antara tas tangan yang menjadi pilihan Hijabista adalah tas tangan keluaran Hush Puppies x Liunic yang baharu sahaja dilancarkan pada minggu lalu.
Seperti yang kita tahu, hasil sentuhan seni kreatif dari artis seni Liunic sememangnya comel dengan menampilkan warna-warna segar dan menyerlah. Jadi sudah pasti dengan menggayakan tas tangan ini OOTD hijabi akan lebih outstanding gitchew!
Selain itu, untuk membangkitkan mood ‘funky’ dan menyeronokkan dalam OOTD anda, hijabi disarankan untuk mengenakan baju, seluar atau tudung yang mempunyai corak dan warna ‘young & vibrant’.
Lebih menarik lagi, jika baju-baju OOTD berkenaan dimuatkan di dalam bagasi yang mempunyai rekaan corak dan rona warna young & vibrant.
Artikel berkaitan: 4 Cara Pilih Tas Tangan ‘up-to-date’ Sesuai Dengan Stail Hijabi Masa Kini!
Ini kerana ia akan membuatkan anda kelihatan lebih muda dari usia di saat anda membawa bagasi berkenaan ketika pergi bercuti.
Malah, anda akan membangkitkan mood ceria dan gembira orang disekeliling anda disaat memperagakan OOTD dan membawa bagasi bersifat ‘young & Vibrant’ ini!
Ini perkara terpenting sekiranya anda pergi bercuti atau travel bersama keluarga, rakan, mahupun suami. Pemilihan sepatu yang sesuai adalah amat penting bagi mengelakkan anda tidak selesa atau sakit kaki ketika melawat tempat-tempat menarik sepanjang percutian anda itu.
Jadi, hijabista sarankan anda mengenakan sepatu yang simple dan selesa seperti senakers, loafers atau paling mudah dan praktikal gayakan sandal. Apa? Bosan pakai sandals, jangan risau.
Cuba lihat sandals dari koleksi Hush Puppies x Liunic, ia bukan sahaja menarik, tetapi di jamin cukup selesa tau untuk dipakai ketika travel. Sekaligus boleh menjadi pelengkap kepada OOTD sis.
Artikel berkaitan: 5 Cara ‘Mix and Match’ Warna #OOTD untuk Tampil Lebih Segar & Stailo!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.