Dambakan Kulit Sihat & Mulus Persis Jennie Blackpink? Ini Dua Rahsianya!

Share

Jennie Blackpink merupakan antara figura antarabangsa yang tidak asing lagi dikalangan peminat K-pop. Malah, kecantikan wajahnya yang semulajadi menawan tidak pernah gagal menarik perhatian netizen.

Malah, kemulusan kulit yang dimiliki Jennie terlihat sihat dan sempurn meskipun ketika Jennie mengenakan solekan yang tebal atau sederhana, penampilanya selalu berjaya menjadi sorotan wargamaya hingga ramai yang tertanya-tanya, apakah amalan yang sering dilakukan Jennie untuk mengekalkan keremajaan kulitnya.

Justeru itu, Hijabista kongsikan semula dua rutin kecantikan semulajadi yang sering diamalkan oleh ahli kumpulan Blackpink ini untuk menjaga kemulusan kulit wajahnya.

Manfaatkan Masa Lapang Untuk ‘Ice Prep Face’

Memetik laporan Teen Vogue, Jennie mendedahkan bahawa, rutin kecantikan yang sering diamalkanya adalah memanjakan kulit wajah dimasa lapang dengan menekapkan kulit dengan semangkuk kiub ais.

Jelas Jennie, ini merupakan petua turun temurun klasik yang mampu membuat kulit wajah sentiasa anjal dan tegang, mengurangkan radang, kerengsaan dan kemerahan, serta membuat kulit menjadi lebih cerah.

Selain menekap ais pada wajah, Jennie juga akui bahawa dia selalu merendam wajahnya beberapa saat ke dalam semangkuk ais batu atau air yang sangat sejuk.

Jadi Hijabi juga boleh melakukan perkarasa sama dengan menyediakan semangkuk ais batu dicampur air untuk merendam wajah.

Lakukan teknik ini selama 30 saat sahaja setiap hari. Sama seperti Jennie, Bella Hadid juga mengamalkan rutin kecantikkan dengan teknik serupa.

Pastikan Kulit Mendapat Vitamin C Dari Buah Oren, Secukupnya!

Untuk mencapai kulit yang cantik berseri adalah tentang menjaga kulit anda dengan baik. Tetapi itu tidak bermakna anda perlu mengunjungi salon kecantikan dan berbelanja banyak untuk rawatan yang mahal atau melabur dalam produk yang mahal ujar Jennie.

Antara amalan yang sering dilakukan untuk menjaga kulit wajah, adalah memastikan kulit memperoleh Vitamin C secukupnya.

Artikel berkaitan: Hormati Islam, Penampilan Jennie ‘Blackpink’ Berhijab Di Masjid Abu Dhabi Jadi Sorotan Netizen!

Jennie akui, dia akan memastikan dirinya memakan sebiji buah oren setiap hari. Ini kerana buah oren sarat dengan vitamin C yang mencukupi seperti apa yang diperlukan oleh kulit.

Tambahnya lagi, buah oren boleh membantu hijabi menghilangkan masalah kulit seperti mengecilkan pori-pori besar, menghilangkan jerawat dan jeragat atau menghilangkan bintik hitam.

Dah tau dua rahsia kecantikkan Jennie Blackpink? Jangan lupa cuba dan amalkan secara konsisten tau!

Artikel berkaitan: Tak Perlu Mekap Mampan! Tumpukan Pada Mata, Tiru Jer Solekan Ala Rose’ Blackpink

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir