Dambakan Bibir Merona ‘Mekar’ Bak Delima? Jom Amalkan Dua Cara Ni Sis!

Share

Bibir merupakan salah satu daya penarik bagi seorang wanita. Jika warna bibir anda kelihatan hitam, pecah-pecah, dan kering, itu adalah tanda bibir anda tidak sihat.

Tetapi tahukah hijabi, tanpa mengunjungi pusat kecantikkan pun anda boleh memperolehi bibir yang mungil dan merah merekah bak delima. Anda hanya perlu memanfaatkan dua bahan alami ini sahaja untuk mencerahkan warna bibir anda.

Menurut Medical News Today, ada beberapa punca yang menyebabkan bibir menjadi hitam, di antaranya seperti merokok, sering mengambil minuman berkafein, kesan dari produk kecantikan, sering terdedah kepada sinar matahari, dan yang terakhir adalah faktor genetik.

Dua Cara Ini Bantu Kekalkan Kelembapan Bibir

Madu memiliki banyak manfaat untuk melembapkan kulit, mencerahkan bibir, dan meningkatkan imunisasi kepada tubuh badan jika diamalkan. Untuk mencerahkan warna bibir, anda hanya perlu oleskan madu dan gula.

1. Scrub Madu dan Gula

Siapkan madu dan gula pasir dalam mangkuk yang bersesuaian, gaul rata hingga terbentuk butiran scrub yang mampu mengangkat sel-sel kulit mati. Pastikan tekstur scrub tidak terlalu kental atau terlalu cair. Kemudian sapukan pada bibir, sehingga bibir tampak cerah dan merah merona.

Artikel berkaitan: Selain Enak Dimakan, 5 Masker Avocado Ini Bantu Hijabi Tangani Masalah Jerawat!

Gosoklah secara perlahan dengan arah lawan jam selama 3 hingga 5 minit. Pastikan sel-sel kulit mati pada bibir dapat dikelurkan, lebih mudah jika anda melakukannya di depan cermin.

Jika sudah selesai menggosokkan scrub ke bibir dan sel-sel kulit mati pada bibir tertanggal, hijabi boleh membilas muka dengan air bersih kemudian lap muka sebersihnya dengan tuala wajah. Pastikan tiads butiran gula pasir mahupun cairan madu yang masih melekat pada wajah anda.

2. Sentiasa ‘Apply’ Pelembap Bibir

Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, hijabi boleh selang selikan rutin no.1 dengan rutin no.2 ini iaitu menggunakan pelembap bibir, agar bibir bebas kering, kekal terhidrat, cerah dan merona merah.

Ini kerana, bibir memerlukan lembapan ekstra, nutrisi, dan perlindungan daripada bahan-bahan semulajadi seperti petroleum jelly, membuatkan lip balm akan memberi kesan baik untuk kesihatan bibir.

Artikel berkaitan: Buat Sendiri Masker ‘Organik’ Ini Di Rumah Sis, Dapat Atasi Pelbagai Masalah Kulit!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir