Dalami Agama Islam Sejak Jadi Mualaf, Marcell Darwin Bersyukur Lihat Anak Belajar Solat

Share

Pelakon daripada seberang, Marcell Darwin telah mendalami ilmu agama islam sejak dia memutuskan untuk memeluk Islam pada tahun 2019. Tidak hanya itu, dia juga berusaha mengajar agama Islam kepada anak tunggalnya, Benjamin Qeenan Darwin. 

Marcell Darwin mula dikenali di Indonesia sejak berlakon dalam sinetron “Alisha”. Kemudian, namanya semakin mencuri perhatian sejak menjadi bintang filem “Lawang Sewu” pada tahun 2007. Terdahulu, dia memeluk agama Kristian dan memutuskan menjadi mualaf pada tahun 2019.

Artikel berkaitan: Kisah Unik Dalam Perjalanan Rohani Mereka, 12 Selebriti Seberang Memilih Peluk Islam

Mahu membimbing anak

Aktor berdarah Makassar-Jerman ini akui bahawa sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang bapa untuk membimbing anaknya serta mengajar mengenai agama islam.

“Walaupun saya seorang mualaf, saya belajar sebanyak yang saya boleh, kerana anak saya yang masih kecil, saya perlu mengajarnya juga,” kata Marcel Darwin melalui satu temu bual.

Tambahan itu, dia turut bersyukur kerana sering dibantu sang isteri, Manila Faisal. Isterinya banyak membimbingnya dalam menjalankan ibadah sesuai ajaran Islam.

Marcell bersama isteri dan anaknya

“Alhamdulillah, isteri saya dapat membimbing saya dan anak-anak saya dalam mengerjakan solat serta membaca surah-surah pendek.

“Dan perkara yang paling penting ialah mungkin saya boleh belajar lebih cepat daripada anak-anak saya,” katanya.

Sudah tentu, sebagai ibu bapa, pelakon filem ‘Nikah Yuk’ ini sentiasa cuba menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anaknya. Dia turut mengakui terharu dan gembira melihat anaknya mula belajar solat.

“Sebab itu saya boleh mula mengajar anak saya perlahan-lahan, dan ketika anak saya mahu mendoakan saya…Alhamdulillah, ya, walaupun saya masih baru (masuk Islam), terasa macam kami belajar bersama.” , kata Marcell Darwin.

“Semoga istiqamah…”

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji telatah dan kecomelan anaknya, Qeenan ketika belajar solat serta turut mendoakan agar pelakon itu serta si comel terus istiqamah.

“Masyaalah tabarakallah… Semoga istiqamah di jalan Allah dan bahagia selalu dunia akhirat bersama keluarga. Aamiin…”

“Indahnya😍, semoga berkah selalu dunia akhirat kak sekeluarga aamiin”

“Bapaknya jadi teladan, anaknya sholeh. Masya Allah Tabarakallah…”

“MasyaAllah si soleh Qeenan ‘gemes’ bangat si kamu nakk”

Artikel berkaitan: Baru Peluk Islam, Lelaki Amerika Ini Letak Kertas Panduan Di Depan Bagi Belajar Solat

Sumber: Celebrities.id dan Instagram Marcell Darwin

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
S.Amira