Nekad untuk tidak terus bermimpi, baru-baru ini tular kisah kembara dua sahabat Hirza Hasniza Mohd Jaluli dan Fasya Rafiqa Saice, masing-masing berusia 27 tahun, berjaya merealisasikan impian mereka iaitu menjelajah 25 buah negara di Eropah dalam tempoh satu bulan sahaja.
Malah, demi menjadikan mimpi mereka sebuah kenyataan, kedua hijabi ini telah merangka satu perancangan teliti dan disiplin yang tinggi mengumpul kewangan dan melaksanakan misi jelajah benua Eropah yang bermula pada 7 Okt hingga 8 Nov lalu.
Ads
Meskipun keduanya mengakui, bukanlah satu perkara yang mudah untuk menjelajah di kesemua 25 buah negara Eropah dalam tempoh 33 hari, tetapi ia juga bukanlah sesuatu yang mustahil.
Kedua hijabi berasal dari Kuala Selangor ini telah membuktikan minat mengembara mereka sewaktu kanak-kanak juga boleh menjadi kenyataan.
Pengembaraan selama satu purnama itu, menuntut belanja dan kos yang cukup lumayan iaitu RM 15,000 setiap seorang ini termasuklah tambang pergi balik sari setiap negara yang dijelajah, kos pengangkutan, penginapan dan makanan sepanjang tempoh itu.
Lima Bulan Lakukan Persiapan, Rangka Jelajah Guna Pengangkutan Awam!
Ketika ditanya berhubung jangka masa persiapan yang diambil, ini respon mereka, pengembaraan ke negara Eropah itu telah dirancang teliti selama lima bulan sebelum.
Selain itu, keduanya bercadang hanya menggunakan pengangkutan awam seperti kereta api, bas, tren dan kapal terbang untuk menjelajah dari satu negara ke negara lain.
“Bagi negara Eropah yang popular dan mempunyai banyak daya tarikan pelancong, kami tinggal lebih dari dua hari seperti Perancis, Itali dan Switzerland. Sementara bagi negara yang kurang popular seperti Malta kami singkatkan lawatan kepada sehari.
“Ada juga pengembaraan seperti ke Estonia dan Latvia dibuat sehari sahaja kerana jarak kedua-dua negara berkenaan hanya kira-kira tiga jam dan tidak banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi,” katanya lapor media tempatan.
Tambah Hirza yang juga bekerja sebagai Pengurus sumber manusia, tujuan dia dan sahabat karibnya, Fasya Rafiqa Saice melaksanakan misi jelajah Eropah itu dalam tempohmasa singkat adalah untuk melihat sendiri keindahan negara Eropah.
Justeru, katanya, jika berpeluang mengembara ke Eropah buat kali kedua, dia dan sahabatnya itu sudah tahu negara mana yang berbaloi untuk mereka lawati dan meluangkan masa lebih lama.
“Sebelum ini saya mendengar cakap-cakap orang, negara Eropah banyak tempat menarik, jadi saya mahu menilai dengan mata sendiri. Jadi, jika ada peluang kali kedua selepas ini, tentu saja saya boleh buat keputusan negara mana yang saya patut pergi,” ujarnya.
Mengulas berkenaan pengalaman yang tak dapat dilupakan sepanjang penjelajahan itu berlangsung, Fasya Rafiqa berkata ddetik-detik cemas apabila telefon pintar Iphone jenama Apple miliknya dicuri sewaktu dalam perjalanan dari Itali ke Switzerland tidak mungkin dilupakan.
“Semasa di bandar Milan, kami letakkan barang di tepi jalan sebelum menaiki keretapi api, tanpa disedari telefon yang diletakkan sekali dengan barang itu telah diambil orang. Ia berlaku sangat pantas, kami sudah pun berhati-hati.
“Walaupun dapat menjejaki lokasi Iphone yang telah dicuri itu dan berusaha mendapatkannya semula, saya pasrah, kerana tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku di negara orang,” katanya.
Sekadar Info, antara yang dilawati kedua hijabi di Eropah merangkumi bandar utama dan tempat tarikan pelancong di Switzerland, Perancis, England, Sepanyol, Iceland, Belgium, Belanda, Jerman, Denmark, Sweden, Estonia, Latvia, Lithuania dan Poland.
Turut dilawati ialah Republik Czech, Slovakia, Austria, Hungary, Slovenia, Itali, Greece, Romania, Malta dan Vatican City.
Alamak! Hari jumaat dah lepas nak potong kuku. Habislah, kena simpan panjanglah selepas ini sebab nak dapatkan pahala lebih pada hari-hari tertentu untuk memotong kuku. Takut nanti sia-sia sahaja tak dapat kelebihannya.
Tapi hakikatnya, betul ke ada hadis yang menyatakan kelebihan memotong kuku pada hari tertentu mendapat ganjarannya? Apakah ia sahih jika terdapat satu hadis yang menyatakan tentang kelebihan itu?
Sudah menjadi kelaziman buat kita untuk memotong kuku setiap kali hari jumaat menjelma pada setiap minggu. Ada juga yang sanggup menyimpan kuku semata-mata untuk mendapat kelebihan mengikut sunnah.
Tetapi adakah anda tahu bahawa memotong kuku itu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja? Ada juga kenyataan yang menyatakan tiada hadis sah berkenaan memotong kuku pada hari tertentu dan kelebihannya yang khusus.
Menurut portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, perbuatan memotong kuku itu merupakan salah satu daripada perkara fitrah yang dianjurkan oleh Islam sendiri. Rasulullah SAW juga pernah bersabda:
Maksudnya: “Lima perkara daripada fitrah ialah berkhitan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.”
Riwayat al-Bukhari (5550) dan Muslim (257)
Menurut Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, ia menjelaskan bahawa bilangan sebanyak lima perkara yang disebut itu tidak terbatas sebanyak itu sahaja. Mengapa? Kerana ia datang melalui hadis lain mengikut bilangan yang lain juga. (Lihat Fath al-Bari, 10/337).
Jadi tiada yang dinyatakan melalui kelebihan hari tertentu khusus dilakukan untuk memotong kuku. Dijelaskan juga melalui Imam al-Sakhawi mengenai isu ini:
“Tidak ada satu pun hadis yang sahih daripada Nabi SAW yang menerangkan tentang tatacara dan penetapan hari-hari tertentu untuk memotong kuku.”
(Lihat al-Maqasid al-Hasanah, hlm. 489)
Namun, terdapat juga beberapa riwayat daripada para sahabat dan tabi’in yang menyatakan mereka memiliki kebiasaan memoting kuku pada hari jumaat. Antaranya:
Ibnu Umar R.A biasanya memotong kuku dan merapi misainya pada hari Jumaat (Lihat al-Sunan Al-Kubraoleh al-Baihaqi, 3/244)
Melalui Ibrahim pula, beliau menceritakan: “Orang ramai memotong kuku mereka pada hari Jumaat.” (Lihat al-Musannaf oleh Ibn Abi Syaibah, 2/65)
Salah seorang tabi’in, Muhammad bin Ibrahim al-Taimi berkata: “Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Jumaat dan memendekkan misainya maka dia telah menyempurnakan hari Jumaatnya.” (Lihat al-Musannaf oleh Abd al-Razzaq, 3/197)
Menurut riwayat-riwayat di atas, para ulama fiqh dari kalangan Syafi’iyyah dan Hanabilah, galakan dan anjuran memotong kuku pada setiap hari Jumaat. Imam Nawai juga berkata: “Al-Syafi’e dan ashabnya dengan tegas (secara nas) menyebut anjuran memotong kuku pada hari Jumaat.” (Lihat al-Majmu’, 1/340).
Jelas disini Islam menganjurkan untuk memotong kuku dan merapikan misai pada hari Jumaat kerana hari itu merupakan hari bagi kaum muslimin berkumpul di masjid bagi melakukan ibadah solat Jumaat. Namun, boleh sahaja dilakukan pada hari lain sekiranya tidak sempat pada hari Jumaat.
Tetapi janganlah membiarkan keadaan diri tidak terurus melebihi 40 hari. Hal ini pernah dijelaskan oleh hadis daripada Anas bin Malik R.A, kata beliau:
Maksudnya: “Rasulullah SAW memberikan batasan waktu kepada kami untuk memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, dan mencukur bulu kemaluan, agar tidak dibiarkan lebih dari empat puluh hari.”
Riwayat Muslim (520), al-Tirmizi (2759) dan al-Nasa’ie (15)
Dihuraikan lagi oleh Imam al-Nawawi bahawa hadis ini beri penjelasan berkenaan para sahabat yang tidak melewatkan apa-apa perkara apabila sampai masanya. Dan jika lewat sekalipun, tidak melebihi 40 hari. Tidak juga alasan bagi seseorang melewatkan sehingga 40 hari secara mutlak. (Lihat al-Majmu’, 1/287)
Sumber: Portal Laman Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Orang kulit berminyak sentiasa membuat tanggapan sendiri yang mereka tidak boleh menggunakan face oil sebagai rejimen kecantikan mereka. Sis, boleh sahaja guna tapi mengikut kesesuaian produk dan jenis minyak itu!
Dilaporkan oleh Alodokter, face oil ini banyak manfaat buat mereka yang kulit berminyak. Ia digunakan untuk membersihkan dan merawat kulit wajah dengan memperbaiki struktur lapisan kulit yang telah rosak.
Kulit juga mendapat nutrisi dan juga kelembapan yang terjamin dari kegunaan minyak ini. Tapi anda perlu tahu apakah face oil itu selamat digunakan pada muka atau tidak.
Ini kerana kebanyakan minyak muka ini perlu anda pertimbangkan dari segi nisbah asid oleik dan asid linoleik. Oleh kerana kadar asid oleik yang tinggi boleh membentuk tekstur yang lebih tebal, ia tidakmampu menyerap ke dalam kulit malah boleh menyumbatkan pori-pori dan menimbulkan bintik hitam serta jerawat.
Tetapi minyak yang mempunyai kandungan asid linoleik yang tinggi lebih mudah diserap dan tidak akan menyumbatkan pori-pori di muka. Jadi macam mana nak pilih minyak yang sesuai serta noncomedogenic?
Ini adalah beberapa jenis minyak muka yang sesuai buat anda yang ingin mencuba teknik ini!
#1 Minyak Jojoba
Berasal dari pokok Jojoba atau Simmondsia Chinensis. Ia merupakan sejenis minyak yang mampu mengimbangkan pengeluaran sebum di muka. Kemampuannya juga boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka atau lapisan kulit yang rosak. Anti-radang dan antibakteria membuatkannya sebagai penghalang pertumbuhan jerawat.
#2 Minyak biji anggur
Terdapat kajian menyatakan minyak biji anggur kaya dengan vitamin E di mana ia boleh melindungi kulit daripada terdedah dengan radikal bebas dan cahaya matahari. Selain itu, minyak jenis ini bersifat antimikrob. Ia juga dapat melawan jangkitan kuman yang boleh menyebabkan bisul dan jerawat pada muka.
#3 Minyak bunga matahari
Minyak dari bunga matahari juga sangat bagus untuk kegunaan kulit muka. Ia mampu menyembuhkan kesan terbakar yang ringan, mengurangkan masalah kulit kering, serta menguatkan dan membaiki lapisan kulit.
#4 Minyak rosehip
Kaya dengan kandungan provitamin A dan atioksidan, minyak rosehip boleh melindungi kulit daripada kesan keradangan, kerosakan sel, penuaan pramatang, serta mengurangkan risiko kanser kulit akibat radikal bebas yang mempunyai tekanan oksidatif dan sinaran UV.
#5 Minyak Marula
Tidak sahaja memberikan kelembapan pada kulit, minyak Marula boleh menyihatkan kulit serta membaiki sel kulit yang rosak dan cegah penuaan pramatang. Manfaat ini datang dari kandungan vitamin C, vitamin E, serta antioksidan yang di milikinya. Tekstur yang ringan dan lembut cepat sahaja boleh meresap ke dalam kulit dan tidak menyumbat pori-pori kulit.
Jadi anda boleh sahaja menggunakan teknik membasuh muka dengan face oil atau urut muka dengan minyak yang bersesuaian. Nak cantik haruslah kena usaha dan lebih peka! Selamat mencuba!
Bukan rahsia lagi bahawa kulit berubah mengikut usia. Sama ada anda perasan kehilangan keanjalan atau kelantangan, beberapa garis halus di sana sini, atau perubahan warna yang tidak biasa anda miliki, perubahan ini boleh menjadi sedikit tekanan semasa anda cuba menavigasi rutin penjagaan kulit yang serba baharu.
Walaupun sabun tangan pelembap yang baik berfungsi untuk tangan kering pada semua peringkat umur, banyak produk kulit yang berkesan untuk anda pada awal 20-an mungkin kehilangan keberkesanannya walaupun seawal beberapa tahun kemudian, dan anda perlu sentiasa menyesuaikan rejimen berdasarkan kulit anda serta keperluan semasa.
Meneroka pelbagai kebimbangan penjagaan kulit yang perlu anda tangani pada setiap dekad dalam hidup anda, dan sudah tentu, cara merawatnya:
20-an
Kebimbangan penjagaan kulit terbesar yang berusia 20-an adalah sedikit kusam dan biasanya kelihatan lebih letih. Ini cenderung berlaku pada pertengahan hingga lewat 20-an. Isu-isu ini boleh disebabkan oleh kerosakan matahari yang telah mula terkumpul dari masa ke masa, kurang tidur, tekanan atau genetik.
Kebimbangan utama dengan 20an adalah untuk menjalani rutin penjagaan kulit yang baik untuk menyediakan kulit untuk masa hadapan. Walaupun kulit anda mungkin belum menunjukkan tanda-tanda penuaan lagi, meletakkan asas (terutama dengan SPF) untuk tahun-tahun akan datang hanya akan membantu kulit anda dalam jangka masa panjang.
Gunakan pelindung matahari spektrum luas yang berasingan dengan sekurang-kurangnya SPF 30 setiap hari untuk melindungi kulit daripada semua sumber cahaya, termasuk yang datang dari skrin komputer riba atau telefon anda.
Pakar juga mengesyorkan memulakan penggunaan produk penjagaan kulit yang lebih mujarab pada usia lewat 20-an yang bersifat pencegahan dan membentuk tabiat. Walaupun anda tidak mengalami masalah jerawat, ia masih berfaedah untuk menambah sama ada serum berasaskan AHA/BHA atau retinol topikal pada rutin penjagaan kulit anda untuk membantu menangani kekusaman dan menggalakkan pengelupasan lembut.
ANESSA Perfect UV Sunscreen Skincare Milk (in Doraemon design)
Produk penjagaan matahari kecantikan ini menggabungkan kesan penyekatan UV yang kuat dengan faedah penjagaan kulit. Selain itu, pelindung matahari ini mempunyai kesan mempertingkatkan kecantikan yang menghasilkan kulit lut sinar yang cantik berseri. Ia tahan gosokan dan memakai topeng dan sangat ringan dan mudah digunakan dalam kehidupan seharian.
30-an
30-an adalah masa peralihan, menurut pakar, kerana kulit anda benar-benar selepas akil baligh (yang kadang-kadang boleh mencecah lewat 20-an). Tiga puluh biasanya lebih stabil dalam semua aspek kehidupan mereka dan mampu bukan sahaja melabur untuk masa depan, tetapi mereka juga boleh melabur untuk diri sendiri dan kesihatan kulit.
30-an anda adalah apabila anda mula melihat beberapa tanda awal penuaan, serta kesan pertama kerosakan matahari yang kemungkinan besar berlaku pada tahun-tahun remaja anda atau dalam 20-an anda. Kehilangan keanjalan di pipi (yang boleh membuat perubahan di bawah mata kelihatan lebih menonjol) dan pigmentasi yang lebih berat akibat kerosakan matahari. Sistem pembaikan kulit anda menjadi perlahan, yang bermaksud kulit boleh kelihatan lebih kusam akibatnya, dan pengeluaran kolagen yang berkurangan bermakna kulit anda akan kelihatan kurang tegang, jadi anda mungkin melihat kedutan awal dan kulit yang lebih nipis secara keseluruhan. Masa yang sesuai untuk melabur dalam krim mata yang bagus!
Thicc N Smooth Rich Peptide EyeCream – Selamat tinggal kepada kekeringan bawah mata, lingkaran hitam, bengkak dan garis halus. Krim mata ultra tebal ini berfungsi dari semasa ke semasa untuk mencerahkan, melicinkan dan mengurangkan rupa bengkak, garis halus, kedutan di sekeliling mata.
Sebagai tambahan kepada rutin penjagaan kulit teras pembersihan, pelembapan dan perlindungan matahari, pakar mengesyorkan menambah retinol topikal (atau alternatif seperti bakuchiol atau serum berasaskan peptida) untuk membantu dengan garis halus dan ketegasan kulit. Menambah antioksidan dalam usia 30-an juga merupakan sesuatu yang perlu diberi penekanan.
Antioksidan akan membantu memperbaiki beberapa kerosakan matahari yang telah mula berkembang selama bertahun-tahun-ia mencerahkan kulit yang kusam, dan membantu meremajakan kolagen.
Antioksidan paling biasa yang anda akan temui dalam penjagaan kulit ialah vitamin C tetapi terdapat pilihan dan formula hebat lain yang menggabungkan banyak antioksidan bersama-sama. Cari produk atau produk berasaskan tumbuhan dengan buah-buahan dan/atau sayur-sayuran di bahagian atas senarai ramuan, kerana makanan tersebut cenderung secara semula jadi mengandungi kepekatan antioksidan yang tinggi.
Pakar juga mengesyorkan sebarang rawatan yang menggalakkan perolehan selular, seperti pengelupasan kimia, microneedling (tusukan kecil pada permukaan kulit) untuk merangsang pertumbuhan kolagen baharu, peranti frekuensi untuk membantu mendorong pengeluaran kolagen dan elastin baharu pada lapisan kulit yang lebih dalam. Dan sudah tentu, 30-an anda berkemungkinan besar apabila anda akan mula melihat garis dan kedutan yang lebih ketara, jadi anda boleh mendapatkan suntikan untuk membantu mengurangkan penampilannya.
40-an adalah ketika anda benar-benar mula melihat perubahan besar dalam ketegasan kulit. Anda berhadapan dengan kehilangan kelantangan dan keanjalan (mengakibatkan kulit kelihatan kendur), serta kedutan yang lebih ketara dan kerosakan matahari, yang mungkin membawa kepada keadaan seperti melasma. Walaupun anda mungkin mula melabur dalam lebih banyak rawatan estetik, doktor berkata bahawa pesakit yang paling berjaya adalah mereka yang menggabungkan rawatan di pejabat dengan pengetahuan mereka tentang penjagaan kulit. Iaitu, mereka membuat pelarasan gaya hidup untuk membantu menyokong hasil daripada rawatan.
Kerana kulit anda mengalami banyak perubahan pada usia 40-an, anda mungkin perlu menggabungkan dua jenis pembersih yang berbeza, pembersih pengelupasan lembut dan pembersih seperti losen lembut untuk menampung keperluan kulit anda untuk kedua-dua sel.
Untuk pengekalan lembapan muktamad, pakar juga mengesyorkan memasukkan asid hyaluronik ke dalam rutin anda (boleh digunakan pada waktu siang dan malam), serta krim malam kaya yang mengandungi gliserin, ceramide dan atau lipid lemak untuk membantu menggalakkan pembaikan penghalang kulit.
Lazimnya, pakar dermatologi melihat lebih ramai wanita berusia 40-an datang untuk rawatan yang membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan. Pengisi membantu menggantikan keanjalan yang hilang. Pengelupasan kimia boleh menyasarkan melasma, kerosakan matahari dan tona atau tekstur yang tidak sekata. Mereka juga mengesyorkan merawat kulit “dari bawah, atas,” atau lebih tepat, dari lapisan kulit paling bawah ke atas. Walaupun penjagaan kulit topikal bagus untuk mengekalkan kesihatan dan penampilan keseluruhan kulit anda, jika anda ingin bekerja secara aktif melawan tanda-tanda penuaan, anda perlu mula menggabungkan rawatan laser yang berada di bawah permukaan kulit.
50an
Selepas menopaus, badan kita mengalami peralihan hormon dengan penurunan tahap estrogen dan peningkatan tahap androgen dan ini boleh menjejaskan kulit.
Kulit akan menjadi lebih nipis dan kurang anjal. Penyerapan tulang berlaku dan ini menunjukkan dirinya sebagai kehilangan kelantangan, terutamanya di tengah-tengah muka-semasa kita semakin tua. Kekeringan adalah satu lagi kebimbangan utama, dan anda mungkin melihat jerawat yang tidak pernah anda lihat sejak remaja anda mula timbul semula akibat turun naik hormon ini. Lebihan pigmen dan tanda kerosakan matahari (iaitu, bintik coklat dan penuaan foto) juga menjadi lebih ketara.
Penyelesaian penjagaan kulit terbesar ialah memastikan anda membantu kulit anda mengekalkan kelembapan. Beberapa jenis kulit boleh menahan kekasaran yang disebabkan oleh pembersih pengelupasan pada ketika ini dalam kulit, dan sebaliknya menekankan kepentingan pembersih yang lebih lembut dan bersusu yang tidak terlalu berbusa. Jenis pembersih ini berkesan untuk menghilangkan kotoran dan serpihan tanpa mengeluarkan minyak penting yang dihasilkan oleh kulit yang diperlukan oleh kulit.
Walaupun usia 50-an anda mungkin kelihatan seperti masa yang menggerunkan, ia adalah satu dekad penting, lagipun kebimbangan utama doktor ialah memastikan pesakit, terutamanya wanita, tahu bahawa kehidupan baru bermula. Anda sepatutnya berasa diberi kuasa untuk melabur dalam diri anda dan rawatan yang menggembirakan.
Terdapat banyak produk penjagaan kulit yang hebat yang direka untuk menangani masalah kulit dengan teliti yang muncul dalam dekad kelima dalam hidup anda. Pada usia 50-an, anda akan berhadapan dengan lebih banyak perubahan hormon, serta perubahan kulit secara keseluruhan yang berlaku terutamanya disebabkan oleh genetik. Pakar mengesyorkan melihat diri anda dengan mata yang baik dan meraikan ciri terbaik anda, dan bukannya cuba kelihatan seperti seorang berusia 20 tahun atau seseorang yang sama sekali berbeza, dalam hal ini.
60an dan seterusnya
Perkara utama yang pakar mahu pesakit berusia 60-an tahu adalah bahawa masih belum terlambat untuk memulakan rawatan anti-penuaan. Datang untuk melihat kulit anda dengan kerap akan membantu anda kelihatan terbaik dari semasa ke semasa. Kebimbangan utama pesakit berusia 60-an dan seterusnya adalah kekurangan penghidratan dan pengekalan kelembapan.
Pakar mengesyorkan menjaga penjagaan kulit sangat mudah, menghidrat, dan lembut pada usia ini dan memberi tumpuan kepada prosedur seperti laser yang boleh dilakukan sekali atau dua kali setahun untuk penambahbaikan dan penyelenggaraan.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...