Siapa yang tak gembira kalau insan-insan yang kita sayang berjaya mengecap kejayaan. Siapa lagi yang akan meraikan kejayaan itu jika bukan ahli keluarga sendiri, kan? Terkenang segala pengorbanan dan susah senang bersama keluarga.
Begitulah yang dirasai oleh Muabellaz yang berkongsi kegembiraan dan kesyukuran apabila adik bongsunya berjaya menamatkan pengajian baru-baru ini.
Apatah lagi, adiknya yang dipanggil Ila itu adalah satu-satunya dalam adik beradik yang berjaya melanjutkan pengajian di peringkat diploma.
Sekaligus, adiknya itu menjadi kebanggaan keluarga.
“Alhamdulilah selesai dah urusan harini Maksu Ilah dah Convo ..Syukur dalam adik beradik Bellaz dia sorang leh belajaq sampai diploma..
“Kami sekelurga terharu dengan pencapaian dia.. Tahniah Ilah..adik Bellaz paling bongsu.. rezeki Maksu.”
Paling menarik, Muabellaz sendiri yang memberi sentuhan solekan istimewa buat adiknya itu. Bertuah sungguh Ila! Umpama mendapat magic touch daripada kakak kesayangan pada hari istimewa.
Terserlah keakraban kakak dan adik ini walaupun Muabellaz nampak kuat menyakat.
“Alhamdulilah taniah @az_zilaz8 atas percapaian mu.. So Bellaz makeup natural2 kat dia sebeb dia tak mau pakai bulu mata dan lens…”
Siapa yang tak kenal Muabellaz atau nama penuhnya Nabilah Zulyadaini, salah seorang makeup aritst terkenal di Malaysia.
Anak kelahiran Kedah ini berjaya membuktikan dia mampu berjaya sebagai ahli perniagaan dan pempengaruh (influencer).
Biarpun sukses dan berstatus jutawan kecantikan, Muabellaz tidak pernah melupakan asal usul dirinya sebagai anak seorang nelayan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikutnya menitipkan ucapan tahniah buat adiknya itu.
“Alhamdullillah.. Tahniah Maksu IIah teruskan ke peringkat yang lebih tinggi”
“Tahniah Maksu..semoga lebih cemerlang di masa akan datang..”
Malah, ada juga yang memuji kecantikan adiknya dan dikatakan persis pelakon jelita Puteri Sarah Liyana.
“Muka dia macam Puteri Sarah Liyana”
Semoga adiknya Ila terus sukses dan berjaya menggapai segala impiannya. Begitu juga Muabellaz, semoga terus memberikan karya yang terbaik dalam solekan, berjaya sebagai usahawan kecantikan seterusnya menjadi inspirasi buat seluruh wanita.
Untuk info, hasil perkongsian hidup selama sedekad bersama suami tercinta, Muabellaz dikurniakan empat cahaya mata yang sangat comel.
Semoga Muabellaz dan suami kekal bahagia sampai syurga.
Kredit Foto: Instagram Muabellaz
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini