Siapa yang tak gembira kalau insan-insan yang kita sayang berjaya mengecap kejayaan. Siapa lagi yang akan meraikan kejayaan itu jika bukan ahli keluarga sendiri, kan? Terkenang segala pengorbanan dan susah senang bersama keluarga.
Begitulah yang dirasai oleh Muabellaz yang berkongsi kegembiraan dan kesyukuran apabila adik bongsunya berjaya menamatkan pengajian baru-baru ini.
Apatah lagi, adiknya yang dipanggil Ila itu adalah satu-satunya dalam adik beradik yang berjaya melanjutkan pengajian di peringkat diploma.
Sekaligus, adiknya itu menjadi kebanggaan keluarga.
“Alhamdulilah selesai dah urusan harini Maksu Ilah dah Convo ..Syukur dalam adik beradik Bellaz dia sorang leh belajaq sampai diploma..
“Kami sekelurga terharu dengan pencapaian dia.. Tahniah Ilah..adik Bellaz paling bongsu.. rezeki Maksu.”
Paling menarik, Muabellaz sendiri yang memberi sentuhan solekan istimewa buat adiknya itu. Bertuah sungguh Ila! Umpama mendapat magic touch daripada kakak kesayangan pada hari istimewa.
Ads
Terserlah keakraban kakak dan adik ini walaupun Muabellaz nampak kuat menyakat.
Biarpun sukses dan berstatus jutawan kecantikan, Muabellaz tidak pernah melupakan asal usul dirinya sebagai anak seorang nelayan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikutnya menitipkan ucapan tahniah buat adiknya itu.
“Alhamdullillah.. Tahniah Maksu IIah teruskan ke peringkat yang lebih tinggi”
“Tahniah Maksu..semoga lebih cemerlang di masa akan datang..”
Ads
Malah, ada juga yang memuji kecantikan adiknya dan dikatakan persis pelakon jelita Puteri Sarah Liyana.
“Muka dia macam Puteri Sarah Liyana”
Semoga adiknya Ila terus sukses dan berjaya menggapai segala impiannya. Begitu juga Muabellaz, semoga terus memberikan karya yang terbaik dalam solekan, berjaya sebagai usahawan kecantikan seterusnya menjadi inspirasi buat seluruh wanita.
Untuk info, hasil perkongsian hidup selama sedekad bersama suami tercinta, Muabellaz dikurniakan empat cahaya mata yang sangat comel.
Semoga Muabellaz dan suami kekal bahagia sampai syurga.
Kredit Foto: Instagram Muabellaz
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tidak semua orang dikurniakan dalam keadaan atau suasana yang baik seperti orang lain. Ada orang yang terpaksa menempuh kehidupan dengan cara yang agak sukar yang tidak dapat kita bayangi.
Menjadi impian pelakon tanah air, Fauzi Nawawi, untuk membantu ramai orang bagi meringankan beban mereka. Kini, dia bergiat aktif dalam menjalankan aktiviti amal yang sudah lebih setahun lalu dilakukannya.
Fauzi Nawawi akui sudah lama menyertai sebuah projek jihad anak seni bagi membantu golongan yang ditimpa musibah. Katanya lagi, ini merupakan satu impian buat dirinya untuk berjasa sebagai anak seni.
Menurutnya sewaktu ditemu bual oleh Harian Metro, sepanjang melakukan aktiviti amal itu, Mohd Fauzi Mohd Nawawi atau lebih dikenali sebagai Fauzi Nawawi, jelas setiap pengalaman itu mengajar dia untuk lebih merendah diri. Bahkan, dia juga memahami erti untuk bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Allah SWT .
“Pengalaman dapat mendekati masyarakat mendidik hati untuk lebih merendah diri. Untuk sentiasa bersyukur terhadap apa yang kita miliki sedangkan lebih ramai orang susah dalam masyarakat,
“Saya mahu suatu hari nanti diingati sebagai seorang insan seni berjasa. Kalau diizinkan dapat rezeki lebih kelak, saya memang merancang untuk adakan projek amal kebajikan sendiri,” katanya.
Pelakon itu juga berkata hasratnya sudah lama tersimpan unyuk menyertai projek amal seperti ini. Niatnya juga pada awalnya untuk membantu warga seni yang banyak terkesan dengan pandemik Covid-19.
“Projek itu memfokuskan kepada pekerja seni, baik artis mahupun yang di belakang tabir. Kami bantu mereka yang terbabit dalam kemalangan, rumah terbakar dan kesulitan lain dihadapi,
“Kebanyakan warga seni tidak memiliki perlindungan insuran selain tiada pendapatan tetap. Jadi kami mahu ringankan beban mereka setakat yang yang kami mampu membantu,” ujarnya.
Bukan sahaja menghulurkan bantuan kepada warga seni, malah dia juga membantu masyarakat biasa yang memerlukan. Fauzi juga berkata mereka juga memberi bantuan kepada mangsa yang ditimpa bencana seperti banjir.
Sumber: Harian Metro
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tak dinafikan bukan mudah seseorang itu untuk mengecapi kejayaan. Pelbagai rintangan dan dugaan yang perlu dihadapi sebelum Tuhan menganugerahkan rezeki yang cukup indah. Untuk menggapai impian itu jangan sesekali ada perkataan putus asa dalam hidup.
Tidak terkecuali juga perjalanan seni seorang selebriti bernama Yuna. Ternyata penyanyi yang sudah berjaya mencipta nama di US ini tidak pernah melupakan pengalaman yang dilalui sebelum kini mampu beroleh kejayaan sekarang.
Jika sebelum ini, penyanyi yang baru sahaja melangsungkan pertunangan dengan Adam Sinclair jarang berkongsi sesuatu yang peribadi di laman sosialnya. Tetapi posting yang dimuat turut baru-baru ini mengundang reaksi para netizen.
Yuna menceritakan kepayahan yang pernah dilaluinya sebelum berjaya mencipta nama di persada antarabangsa. Perkongsian ini memang menyentuh perasaan kerana selama ini ramai menganggap perjalanan insan seni ini cukup indah dan manis sekali.
Menurut Yuna, kejayaan yang dikecapi tidak kira kecil atau besar tidak boleh dilakukan seorang diri. Pasti ada seseorang yang akan membantu. Yuna merujuk kepada anggota kumpulannya dulu yang mana mereka sanggup berkongsi RM50 untuk meneruskan kelangsungn hidup di kota penuh mencabar itu.
Begitu juga pengalaman awal ketika beliau berhijrah ke L.A yang hanya makan mi segera atau nasi bersama sardine selang sehari untuk langkah berjimat. Perkongsiannya itu memang menyentuh hati admin kerana menyedarkan diri bahawa kejayaan itu tidak datang bergolek.
Ayuh, baca perkongsiannya ini.
Bukan lakukan seorang diri
Setiap kejayaan kita tak kira besar atau kecil kita sebenarnya tak mampu melakukannya seorang diri. Pasti ada seseorang yang membantu. Ketika ini saya fikir ramai yang berasa apabila mereka memperoleh suatu kejayaan mereka lakukannya sendiri.
Tapi saya tahu ada orang yang akan membantu saya ketika saya tidak punya apa-apa. Pernah saya terpaksa berkongsi RM50 (USD$15) bersama anggota band dan krew. Ada masanya mereka juga bekerja secara percuma kerana kami tidak dibayar.
Semasa awal berhijrah ke LA, saya makan mi segera atau nasi bersama sardin selang sehari untuk jimatkan duit kerana perbelanjaan disana terlalu mahal. Tapi saya ada rakan yang selalu membantu saya dan membeli makanan. Semua perkara ini saya akan ingat sampai bila-bila. Terima kasih
Itu kisah penyanyi hebat ini sebelum mampu berdiri megah di kaki sendiri. Ternyata Yuna bukan seperti kacng lupakan kulit kerana dia tidak melupakan orang lain yang turut membantunya sebelum meraih kejayaan seperti hari ini. Yuna antara penyanyi yang boleh dibanggakan kerana membawa nama Malaysia di pentas dunia. Beliau juga antara penyanyi yang tidak banyak kontroversi dan paling penting juga mempunyai ilmu pengetahuan.
Yuna terus melakar nama di bumi Amerika apabila menjadi artis pertama dari Malaysia tercalon dalam Majlis Anugerah ‘Black Entertainment Television Award’ (BET). Gadis kelahiran Alor Setar, Kedah itu menerima pencalonan Anugerah BET ‘Centric’ untuk lagu duetnya bersama dengan penyanyi, Usher bertajuk ‘crush’.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Para petugas barisan hadapan (frontliners) negara ini bukan sahaja perlu membendung penularan wabak covid-19 ini malah dalam keadaan sebegini juga mereka mudah mendapat risiko jangkitan disebabkan oleh pesakit yang mementingkan diri sendiri dengan tidak berkata benar mengenai sejarah penyakitnya.
Akibatnya, para petugas ini juga terpaksa dikuarantinkan dan tidak dapat meneruskan khidmat mereka buat yang memerlukan.
Seperti yang dikongsi oleh Dr. Izzar Anwari yang juga suami kepada pelakon Ummi Nazeera di laman instagramnya, dia menceritakan kisah teman baiknya Dr. Amirul yang berhadapan dengan detik cemas apabila berhadapan dengan pesakit yang tidak jujur.
Ini Dr. Amirul. Kawan baik saya sejak zaman kolej lagi. Seorang peminat sukan NBA. Malangnya dia juga seorang peminat Liverpool FC ⚽️
.
Lebih malang lagi, beberapa minggu lepas dia telah terdedah kepada seorang pesakit COVID-19 POSITIF selama 3 jam tanpa pakaian perlindungan diri (PPE) lengkap. Kenapa dia tak pakai? Sebab pesakit tu tak beritahu semua orang dia baru pulang dari Korea. 😡
.
Bukan sahaja Dr. Amirul yang terdedah, malah Doktor2 di Jabatan Kecemasan dan di wad juga terdedah tanpa perlindungan sebab pesakit tersebut tak jujur semasa ditanya oleh petugas kesihatan 😱
Maka doktor2 yang terdedah tu semuanya terpaksa dikuarantin. So, berkuranglah doktor2 yang boleh bekerja pula. Dan yang paling sedih, mereka terpaksa berpisah dari keluarga.😰
.
Tapi , setelah buat test Covid-19, keputusan Dr. Amirul adalah NEGATIF. ALHAMDULILLAH! 🤲 Sekarang Hero Malaya ni dah kembali bertugas 👨⚕️
.
TOLONGLAH BERCAKAP BENAR! . Kalau pernah travel, duduk dekat dengan orang Covid-19 positif, atau ada gejala2 tu BERITAHU jelah kat petugas kesihatan. Bukan suruh menipu pun. Minta JUJUR je! Help us to help you! 😔
.
Terima kasih kepada semua rakan2 seperjuangan dan frontliners. Let’s win this battle. Yang lain, JUST STAY AT HOME. Jom doakan keselamatan dan kesihatan kita semua. Aminn. #drizzarshares
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...